Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA TUNGGU, BETULKAH PAS TIDAK KENA TIPU ?

Pas bukan mangsa ‘permainan’ BN: Abdul Hadi
Pas bukan mangsa ‘permainan’ BN: Abdul Hadi
 
Abdul Hadi Awang. - Foto Sinar Harian
 
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak menjadi mangsa ‘permainan’ Umno-BN berhubung pembentangan usul meminda Akta 355 di Parlimen kerana ia adalah urusan agama Islam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas juga tidak terjejas dengan keputusan Dewan Tertinggi BN yang memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 itu.

“Ini kewajipan bersama, macam masjid. Kerajaan benar kita sembahyang Jumaat di masjid, itu bukan kerja tipu...kerja apa, itu kerja agama, ini urusan agama bukan tipu menipu,” katanya ditemui di kediamannya di Rusila di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta 355 selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus.

“Dewan tertinggi BN malam ini membincangkan dan memutuskan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 selaras dengan dasar dan amalan kita bahawa BN membuat keputusan berdasarkan konsensus.

“Justeru, rang undang-undang ini akan terus menjadi bil (rang undang-undang) persendirian dan terserah kepada speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan (kedudukannya),” kata Najib dalam kenyataanya di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur sebelum ini.

Dengan ketetapan terbaharu itu, kata Abdul Hadi, status usul persendirian itu akan dibawa sendiri olehnya walaupun masanya masih lagi tertakluk kepada pertimbangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Saya akan bawa sendiri di Parlimen dan kita sudah mendapat persetujuan untuk bawa dalam sidang (kali) ini juga…akan dibahaskan InsyaALLAH.

“(Masanya) speaker akan tentukan mengikut Standing Order Parlimen selepas urusan kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan boleh beri masa pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Ketika ditanya penolakan itu akan memberikan kesan terhadap Pas termasuk dari segi sokongan rakyat terhadap parti itu dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang, beliau berkata, keputusan itu tidak memberikan kesan.

“Tiada kesan sebenarnya kerana kerajaan bersetuju kita bawa, beri jalan kita bawa, tiada kesan. Ini kaitan dengan hak orang Islam, kewajipan bersama bagi orang Islam, dan tiada sebab orang bukan Islam campur tangan. Itu sebenarnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru ahli Parlimen Islam menyokong usul akan dibawa manakala ahli Parlimen bukan Islam pula menghormati Perlembangaan kerana Parlembagaan mengatakan ia adalah hak berkait dengan orang Islam sahaja.

Tegas Abdul Hadi, sikap Pas tidak berubah dan persediaan parti itu juga tidak terjejas dalam hal itu yang akan meneruskan langkah mereka dan akan mengetahui pihak mana yang sebenarnya mahu menghalang usaha dibawa parti itu.

“Kita hadapi halangan itu, dan kita kenal siapa yang menghalang, insyaALLAH,” katanya.

13 orang berkata:

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2104] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 900 JUTA , wassalam.

Lan said...

X nak tanam DSN kat jirat cina ke ? Ni mesti geng Ah Hok ramai dalam BN ? Bila dah jadi usul persendirian pas tu BN x nak bentang . So bila bacaan kali kedua pun , BN x nak bentang lah . Tu pun x faham2 lagi kr ? X kan sampai DSN nak kata oiii Hadi wa kencing lu lah ini hal baru nak FAHAM ....Ayoyo Tolol lah betul lah presideng ni

Anonymous said...

Ketua penipu dah kena kencing dgn ketua penyamun.

Anonymous said...

Oooo BN ikut konsensus boleh pulak yer? Bila ikut konsensus tak kena maki yer?

Kalu gitu biarlah pkr, amanah, dap dan bersatu pun ikut konsensus sendiri jugak. Kang kalu ph ikut konsensus, jangan ko maki pulak yer....

Bodo!
(Pinjam cakap seorg ostat kat youtube)

Anonymous said...

Hahaha....
Apalah punya bangang keldai tua neh.....

Kalu semua parti guna consensus mcm BN buat, bila la agaknya ruu 355 nak lulus??

Bukan ker dulu keldai tua dan para unta ada cakap, sokong ruu 355 tu wajib kpd org islam? La ni nak sokong ker, tak nak sokong ker, boleh ikut konsensus pulak???

Kalu dia punya geng buat, dia punya spin konar baring memang terbaik betol la....

Anonymous said...

Kalau BN buat consensus tolak bentang ruu, cantik je dia ulas. Bagi pujian lagi pulak tu. Lepas ni kalu undi tolak atau berkecuali pun konsensus, nak puji jugak ker, lebai??

Anonymous said...

Sebenarnya ruu 355 ni, kalau BN ikhlas nak martabatkan mahkamah syariah, BN boleh bentang dan luluskan secara undian whip. Boleh terus jadi akta.

Yg jadi belit sana, belit sini tu adalah sebab ruu ini dijadikan modal politik. Utk pecahkan pembangkang. Lepas tu ada keldai tua yg dah termasuk perangkap. Tak teruskan, termalu2 pulak nanti. Jadi kena teruskan jugaklah walaupun dlm hati memang dah tahu ruu 355 ni akan gagal.

Anonymous said...

Tn Haji....
Mp Sabah Sarawak tak nak ruu 355. Mp umno pulak ikut konsensus BN.

Kalu semua mp PH dan Pas sokong undian Ruu 355 tu, agak2 boleh kulus ke, tn haji?

Politik je tu tuan haji kot?

Anonymous said...

Alhamdulillah........
Sejak RUU 355 Hadi ni disensasikan, semua masalah besar negara seperti GST, 1MDB, DERMA, JET PERIBADI, KENAIKAN HARGA PETROL, POTONGAN BELANJAWAN, KENAIKAN HARGA BARANG, RASUAH, SALAH GUNA KUASA dan sebagainya telah dapat diredakan dan dilupakan oleh rakyat.

Alhamdulillah. Berkesan sangat.

Anonymous said...

Org kita memang senang kena tipu wahai pak karamu:

Org kita ni paling lemah sekali di dunia dari sudut kesedaran good governan. Orang kita jugak paling sensetif jika sebut pasal ugama dan bangsa. Orang yg bijak akan menggunakan 2 kelemahan ini untuk mendapat sokongan demi kepentingan diri sendiri.


Pemimpin yg korup, yg sudah lemah, yg tidak mengamalkan good governan, akan menggunakan isu agama dan bangsa bagi menarik simpati, menarik sokongan setelah usaha lain tidak berjaya atau gagal menarik pengundi. Mereka akan menggunakan agama dan bangsa sebagai alat utk memecahkan perpaduan pembangkang dan ikatan setiakawan antara pelbagai bangsa. Org kita cukup sensetif jika isu ini diucap berulang kali apatah lagi jika ditokok tambah dgn cerita fitnah.


Malang sekali, orang kita mudah termakan strategi politik kotor spt ini terutamanya bagi mereka yg lemah dalam urusan polutik. Mereka ini hanya akan menjadi mangsa pemerintah yg tidak mengamalkan konsep good govern dalam pemerintahan

Anonymous said...

Syukur...takbir!!

Alhamdulillah. Sejak isu ruu 355 persendirian tn guru hj hadi ini menjadi panas membara, pelbagai masalah dan isu besar di negeri kita telah dapat dilupakan oleh rakyat.

Syukur Alhamdulillah. Rakyat negeri kita sudah dapat melupakan penderitaan orang asli, sudah dapat melupakan air sungai yg keruh, sudah dapat melupakan hutan yg gondol, sudah dapat melupakan keperluan lebuh raya, sudah dapat melupakan penguasa2 lombong mangganam mengaut untung, sudah dapat melupakan saman kpd SR, sudah dapat melupakan mangsa banjir yg tidak berumah, sudah sapat melupakan kekayaan pemimpin, sudah dapat mekupakan GST, sudah dapat melupakan tugu peringatan banjir, sudah dapat melupakan lawatan ke Tehran, sudah dapat melupakan perebutan duit jual tanah, sudah dapat melupakan saman oleh syarikat korea, sudah dapat melupakan salahguna duit guru agama, sudah dapat melupakan 1mdb, .............


Jika isu ruu ini dipanjangkan lagi hingga pru 14, In Sha Allah kita akan dapat mengekalkan penerintahan di negeri ini untuk selama2nya.


Syukur...Alhamdulillah..
Takbirrrr 3X

Anonymous said...

Parti politik yg peralatkan agama mcm PAS mmg menjijikkan.

Unknown said...

ysl handbags
michael kors handbags outlet
hollister clothing
ed hardy
ray ban sunglasses outlet
true religion
kate spade
mcm outlet
replica watches
under armour
20174.15wengdongdong

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.