'Jika Pas ingin bersama Umno, putuslah dengan PKR'
GEORGETOWN - Pas perlu segera menyatakan pendiriannya sama ada ingin kekal bersama Pakatan Harapan atau akan bekerjasama dengan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Pas tidak boleh melengah-lengahkan masa lagi kerana ia akan menyebabkan keyakinan pengundi terhadap Pakatan Harapan terganggu.
Menurutnya, tindakan Pas kini lebih condong ke arah ingin bekerjasama dengan Umno selepas mengumumkan putus hubungan dengan PKR di Pulau Pinang.
"Apabila mereka ingin bekerjasama dengan Umno dan BN, mereka perlu memutuskan hubungan dengan PKR. Mereka juga dilihat sedang membuat persediaan asas apabila mengumumkan keputusan itu baru-baru ini.
"Bagaimanapun, apa yang kita boleh jangka, mereka (Pas) akhirnya akan bekerjasama dengan Umno dan BN selepas mula memutuskan hubungan dengan DAP dahulu," katanya kepada media, hari ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri berkata, berkemungkinan akan berlaku satu pakatan baharu iaitu 'BN+1 Pakatan' dalam PRU akan datang.
"Walau apa juga keputusan mereka, mereka perlu menyatakannya dengan jelas pendirian mereka itu.
"Ini bagi mengelakkan kehilangan pengundi kerana mereka akan keliru dengan pendirian Pakatan Harapan," katanya.
Ahad lalu, Pas Permatang Pauh meluluskan usul untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR selepas melihat parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.
Mereka berkata, PKR khasnya di Pulau Pinang tidak menghormati Pas sebagai rakan tahaluf apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara yang sebelum ini dengan lantang menyerang Pas dan pimpinannya.
Selain Permatang Pauh, Pas Bayan Baru turut mengambil tindakan sama apabila mendapati PKR Pulau Pinang gagal membela dan mempertahankan Islam apabila secara terang-terangan mencampuri urusan Jawatankuasa Fatwa negeri.
Ditanya mengenai rundingan kemungkinan Pas akan bekerjasama dengan Bersatu, Guan Eng berkata, perkara itu dilihat tidak akan berlaku.
"Sangat jelas rundingan itu tidak akan menjadi kenyataan dan ia telah terbukti dengan tindakan kedua-dua cawangan Pas berkenaan. Keadaan ini berbeza di Selangor yang mana Pas menyokong PKR dan kerajaan negeri.
"Mereka hanya menunggu masa, sampai waktunya mereka akan tinggalkan PKR dan bekerjasama dengan Umno dan BN. Walau apa pun keputusan, itu hak mereka namun perlu membuat kata putus yang jelas," katanya.
13 orang berkata:
Ha..ha...ha... bodoh piang...
Kan orang dah kata pas akan membentuk blok ke 3. Tak faham ke??
Pakatan haram dah mulo kecut perut ...
Padan muko kamu jenis sombong..
Habis tu selangor.
Yg buat jadi haram pasal kat pp keluar. Kat selangor tak nak keluar. Perut.
Janji asyukkk. Apa kira sarban dan jubah. Duit punya pasal PAS jadi HamPAS
Selangor tu menang bersama Pas. Klu nak tunjuk kuat. Bubar la Dun..
Sembang je lebehh...
Knp perlu bubar dun? PA$ berambus, Selangor tetap milik PH (PKR, DAP dan Amanah).
PA$ pelacur agama takde maruah.
hamPASampah.
Tbaik pas...jgn hirau apa depa nak kata..usah peduli..cukuplah apa yg dah jadi dulu...biar bjuang sndiri dr jd mangsa tikam blkg...menang kalah ketetapan Allah...istiqamah tetap istiqamah..
MB punya kuasa utk nyahkan PAS dari Selangor..tapi knp MB tak buat?
. Fikir 2 kan.
PAS keluar ..yg seronok DAP.Parti lain senang saje dicucuk hidung.
Istiqamah peralatkan Islam.
Ko ingat MB PH mcm perangai lebai2 jual agama? Yg melawan atau kritik bos kena pecat. Kalu ada maruah berambus je dari Selangor.
PA$ ada pun tak menambah, takde pun tak mengurang. PA$ parti melukut pelacur agama. Fikir2kan.
غسيل خزانات بالمدينة المنورة
Post a Comment