Apa lagi akan naik lepas minyak masak, bahan api, gula
SHAH ALAM - "Selepas minyak masak, bahan api dan gula, apa lagi yang
bakal dinaikkan harga oleh kerajaan?" demikian soal Ketua Penerangan
Pas, Nasruddin Hassan ketika mengulas tindakan kerajaan menaikkan harga
gula sebanyak 11 sen 1 Mac lalu.
Mengkritik tindakan tersebut, Nasruddin dalam masa sama turut
menyatakan langkah kerajaan yang membebankan rakyat ini akan menerima
pembalasan daripada ALLAH kelak.
"Jika diteliti dengan lebih mendalam, kesan berantai daripada kenaikan
harga gula kepada rakyat lebih meruncing. Kos sara hidup yang tinggi dan
kenaikan inflasi yang mendadak adalah bahana yang sedang ditanggung
rakyat dan semakin berganda dari sehari ke sehari.
"Selepas minyak masak, bahan api dan kini gula, apa lagi yang akan
dinaikkan oleh pihak kerajaan? Berilah apa pun alasan tetapi tunggulah
hari pembalasan kelak!" katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada satu sisi yang lain pula, ujarnya lagi, sifat kerajaan yang
mementingkan diri dan hanya tahu mengaut keuntungan maksima dalam
orientasi pemikiran kapitalisme telah menyebabkan keuntungan sosial
diketepikan.
"Apatah lagi barangan dan perkhidmatan yang disediakan berkait dengan keperluan asas rakyat.
"Rakyat akhirnya menjadi mangsa orientasi pemikiran ini," bidasnya.
Dalam masa sama, kata Nasruddin lagi, peningkatan harga gula mentah
dunia ditambah lagi penyusutan nilai mata wang ringgit juga akan memberi
impak kepada kos mengimport gula.
"Kesan rantaian ini turut memberi implikasi terhadap kos pengeluaran gula di pasaran domestik.
"Purata mengimport gula adalah RM4.40 berbanding RM4.10 pada tahun sebelumnya," jelasnya lagi.
15 orang berkata:
Najib naikkan jumlah dedak. Dulu rm90juta, lepas ni rm180juta. Sila kemaskinikan buku akaun bank affin anda!!!
Apa hal tiba2 sibuk pasal harga barang naik? Nak ambik hati rakyat miskin ker?
Tak payah la. Parti lain dah dari dulu dah cakap benda ni. Parti ko aje yang sibuk dgn ruu hadi 24 jam sehari..
Ptuiiii
Oii ohstat..
Ko ada 4 saksi ker nak sebok2 pasal barang naik ni....heeeee
Bila dah nampak bayang2 nak kalah pru14, barulah teringat pasal harga barang. Hadoiiii
Nak turunkan harga barang, kita kena usir pas di kelantan pada pru 14 nanti. Ini sebab parti tuan punahsihat tak bole pakai
Kalau tak nak harga barang naik, pas jangan bertanding di kerusi umno dan umno jangan bertanding di kerusi pas.
Kurangkan sikit tengok filem german. Banyak sangat tengok ko boleh kena kanser otak dan kanser prostat. Hati2 tau.....
Ruu 355 hadi lebih penting drp harga barang naik. Tak patut ko habiskan masa utk fikir pasal harga barang naik. Sila beri tumpuan 150% kpd ruu hadi sahaja.
oklah jugak, masalah Parti al keldai alkaki fitnati sibuk nak bahagi kerusi aje. PANngan parti paling bangang dlm malaysia.
komen paling bangang. patutlah tergolong dlm krlompok al keldai pun
siapa nak jadi abg husam ke abg mat ni. pening jugak mikir ni. masing 2 gila kuasa.
Bukti cinta si keldai pada sikinzir. segala kata2 mu benar2 belaka.
sebiji seperti alasan ABDULLAH BIN UBAY mencari alasan untuk tidak mahu keluar berperang dgn nabi
Alahai en togel pura2 jadi orang baik pulak..togel togel
Lebai2 Pas penunggang agama perosak Islam dan akidah org melayu.
Post a Comment