Malaysia tetap ada kelebihan berbanding Korea Utara
KUALA LUMPUR - Malaysia tetap mempunyai kelebihan sekiranya ketegangan
hubungan diplomatik dengan Korea Utara berlanjutan dan membawa kepada
peperangan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, ini
kerana Malaysia mempunyai hubungan bilateral dengan banyak negara lain
yang mempunyai aset pertahanan canggih.
"Jangan ingat kita hanya bergantung kepada aset kita sendiri. Kita ada hubungan bilateral dengan banyak negara.
"Contohnya, masa insiden MH370 kita tak ada aset pun nak cari kapal
terbang yang hilang tapi ada 26 negara bantu kita dengan peralatan yang
canggih.
Tidak mungkin kita menyaingi Korea Utara (dari segi aset
pertahanan) tapi tak bermakna kita tak ada kelebihan sendiri untuk
berdepan apa jua kemungkinan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen,
hari ini.
5 orang berkata:
Kita tak nak perang.
Kita cuma nak hidup aman damai.
Kalau ko nak perang, pergi berambus dari sini.
Tak payah nk berperang la hisham oiiii.. apa yang kita ada.. negara lain yg membantu pun nampak untung jer.. tak ada nya diorang membantu percuma.. pikir la sikit....
Menteri UMNO BN kan semuanya BANGAN.....
Klu perang, kuasa besar akan lumba2 gunakan negara utk jadi bahan ujian senjata mereka. Rakyat YG mati. Pemimpin pergi luar negeri.
Turki, iraq, dll boleh dijadikan cth
Kelebihan Kita ialah Kita ada bomoh meriam buluh. Buat apa Kita nak takut. Sekali meriam buluh meletop, habis satu Korea utara padam.
Post a Comment