PRU14 mungkin paling sengit dalam sejarah
SHAH ALAM - PRU14 yang bakal menjelang mungkin akan disifatkan sebagai PRU paling sengit dalam sejarah politik tanah air.
Bekas ahli Umno dan juga Parti Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu
Hassan berkata, namun Pakatan Harapan masih berupaya untuk memenangi PRU
akan datang sekiranya mereka dapat membuktikan yang pembangkang adalah
barisan parti yang tulen.
"Kalau boleh buktikan kepada rakyat yang kita adalah parti yang tulen,
ya, kita boleh menang. Tentang Pas, kita tidak perlu takut.
"Pas ini pada hakikatnya mereka sedang gali perigi dan terjun.
Kemungkinan mereka akan lemas," katanya dalam wawancara bersama Sinar
Harian di sini, hari ini.
Beliau turut menyuarakan keyakinan yang kemenangan akan berpihak kepada
Pakatan Harapan sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru antara Pas,
Pakatan Harapan dengan Umno.
Kemungkinan tersebut, menurutnya lagi, boleh berlaku sekiranya Pas mengumumkan kerjasama dengan Umno secara rasmi.
"Yakinlah, kalau Pas umum secara formal yang mereka akan kerjasama
dengan Umno, kita jangan takut, (kalau lawan tiga penjuru, insya-ALLAH
saya yakin, kita akan menang.
"Kerana Pas pada hakikatnya akan hilang banyak pengaruh di kalangan
ahli peringkat akar umbi sekiranya mereka terus kerjasama dengan Umno,"
katanya lagi.
3 orang berkata:
Bagi saya pas memang dah out drp politik negara. Ada pun tak menguntungkan, tak ada pun tak merugikan. Pas cuma macam debu yg beterbangan dan tak beri apa2 faedah.
Ahli pas dah tak byk mana dah. Klu ada pun cuma budak2 tahfis, budak dlm perut yg tak boleh ngundi.
Undi umno pecah, undi pas pecah. Undi DAP stay. Undi pkr pun stay. Selebihnya pada atas pagar. Itu yg menentukan nasib semua parti.
Post a Comment