Terserah Pas tentukan hala tuju kerjasama politik
SHAH ALAM - PKR menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pas untuk menentukan
hala tuju kerjasama politik PKR-Pas susulan cadangan Pas kawasan agar
hubungan itu diputuskan.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dari segi
PKR, pendirian mereka tidak berubah malah mahu semua parti pembangkang
termasuk Pas kekal dengan misi bekerjasama untuk memenangi PRU14.
"Kita tengok nanti apa yang akan diperkatakan dalam muktamar mereka (Pas).
"Pendirian PKR tetap sama (kekal berhubungan dengan Pas) dan meneruskan
misi satu lawan satu pada PRU-14," katanya kepada pemberita, di sini
hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Pas Permatang Pauh,
Pulau Pinang semalam yang mencadangkan Pas pusat memutuskan kerjasama
politik dengan PKR.
Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menghadiri
perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri anjuran Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor di sini.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata PKR tidak pernah memutuskan
hubungan dan kerjasama dengan mana-mana rakan pembangkang malah pihaknya
sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk terus berbincang dengan
Pas mengenainya.
Semalam Pas kawasan Permatang Pauh dilapor meluluskan usul agar Pas
pusat memutuskan hubungan dengan PKR berikutan tindakan parti itu
dikatakan bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi.
Cadangan Yang Dipertua Pas Permatang Pauh Omar Hassan itu berasaskan
tindakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk terus
bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara yang banyak menyerang
kepimpinan Pas. - Bernama
2 orang berkata:
Eloklah PA$ berpecah dan terus berkubur. Dah lama sgt memecahbelahkan org melayu serta keharmonian kaum berbilang agama. Perosak Islam yg mulia.
Setuju. Elok pas berpecah shj. Pas dah tak ada masa depan. Pas dah rahai
Post a Comment