RUU355 BUKAN CERITA BARU, IA CERITA LAMA
POKOKNYA BERAPA LMA LAGI IA AKAN DILAYAN ?
MASALAH AGAMA ADALAH MASALAH
PENGANUTNYA, TAPI MENGAPA ORANG KAFIR
PERLU MASUK CAMUR ?
ORANG KAFIR MAHU CARI PASAL ?
ATAU
ORANG ISLAM SUDAH TAKU DENGAN ORANG KAFIR ?
SEHINGGA MEREKA SUDAH TERPAKSA AKUR
DAN TUNDUK KEHENDAK MEREKA ?
YAN DIAMANAHKAN MENJAGA AGAMA ISLAM
BELUM KITA DENGAR SUARA MEREKA
KITA TIDAK TAHU MEREKA SUKA ATAU TIDAK DENGAN PENINGKATAN MARUAH
RANG
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MARTABATKAN
ATAU MEREKA MENGANGGAP ISLAM MEMANG TIDAK LAGI SESUAI DIANUTI ?
ATAU
MEMANG MEREKA NAK JADIKAN ISLAM SUPAYA MENJADI PUSAKA LAPOK?
-Pak Karamu-
RUU355: Tiada istilah patah semangat buat Pas
SHAH ALAM - Pas tidak rugi sekiranya kerajaan tidak membentangkan
pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965
atau Akta 355 di Parlimen.
Ini kerana menurut Naib Presiden Pas, Idris Ahmad, RUU 355 adalah agenda Islam dan bukannya isu politik semata-mata.
"Ada yang tuduh Pas dipermaikan oleh Umno. Kepada Pas, tidak ada
perkara yang rugi. Siapa bawa pun tidak mengapa, asalkan agenda Islam
dapat dilaksanakan. Hatta jika DAP hendak bawa pun Pas akan sokong.
"Ini bukan isu yang hendak dipolitikkan. Kalau fikir keuntungan politik
daripada awal, Pas tidak akan memperjuangkan perkara ini. Ahli Pas
diajar berpolitik untuk bekalan akhirat, bukan sahaja di dunia. Inilah
motivasi kami," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tidak patah semangat, katanya lagi, pihaknya akan kekal memperjuangkan RUU355 dan syariat Islam hingga kiamat.
"Jangan haraplah Pas hendak berundur daripada memperkatakan mengenai
Islam. Rakyat boleh menilai sikap Pas tidak pernah berubah sejak
daripada dulu. Bukan perkara baru berbagai pihak meminta Pas buang
sahaja agenda Islam jika mahu maju dalam politik.
"Perjuangan Pas tidak relevan di dalam masyarakat majmuk seperti
Malaysia. Pas menjawab dengan amalan dan terus istiqamah dengan agenda
Islam," katanya lagi.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan
kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen dan ia
akan kekal sebagai RUU persendirian.
Katanya ini susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN)
yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tidak akan bentang RUU 355]
"Rakyat boleh menilai itulah kualiti pemimpin Umno mengenai perjuangan mereka untuk memartabatkan Islam di negara ini.
"Hampir 60 tahun merdeka mereka gagal mendidik rakan-rakan mereka untuk
memahami Islam dan menghormati hak orang Islam. Rakyat juga boleh
menilai inilah Pas, bukan ia hirau apa yang manusia hendak kata," ujar
Idris lagi.
15 orang berkata:
Dorang patah semangat pasal letih nak jilat kahak2 dorang kat umno..dorang terpaksa terima umno dalam pura2 sedang mereka nak umno jahanam..dorang benci umno hingga ke tulang tiba2 nak kena kawan,mana x patah semangat
Hahahaha
Dorang sangat berharap abg lim tendang pan dan pujuk pas balik hahaha
Pas hidup meroyan tanpa cinta abg lim hehehe
Amno lebih ptgkan sokongan kuasa berbanding ugama
Diharap TGHH sihat dan sudah bersedia untuk membentangkan Ruu 355 beliau ini. Kipidap dong gibap. Jgn ponteng naaa
TGHH kena byk ambik multi vitamins untuk kekal cergas. Maklumlah usia dah lanjut. Jangan tangguh lagi tau
Pedulikan sahaja mereka, TGHH. Tn hj teruskan shj usaha tn hj tu. Kami ahli pas sentiasa sokong. K
Masa bentang nanti kalau pening boleh telan panadol dua biji.
Kami ahli pas tidak akan patah semangat. Tapi kami semakin bingung dengan permainan ahli politik yang mempermainkan agama.
Umno pas pkr dap mic mca dan lain2 semua sama barua
Hehehe
Tak best la klu Pak karamu patah semangat.
Mintak tn hj jangan gelojoh sangat. Kalau rasa tak mampu tu, mintaklah tangguh lagi kat tn speaker
Relak la. Jgn patah semangat. Bawak2 la melancong ke jepun ker, gi candat sotong ker, gi jala ikang belukang ker....Jgn tension yer tn hj
Alaaa...Baru umno pulang balik ruu hadi tu pun dah patah hati. Pondan betol la
lepas ni ding ayang nk keje pe???
Ahli PAS patah semangat le . Depa x dapat dedak ...yg dapat pemimpim . Ahli MSU lagi . Selagi x abis semangat le
Post a Comment