Isu Korea: Henti jadikan Malaysia bahan tawa dunia
SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan digesa bersikap serius dalam menangani isu diplomatik, antara Korea Utara dan Malaysia.
Pengarah Pemikir Kaum Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Ahmad
Anwar Asyraf berkata, kerajaan juga disarankan lebih tegas dalam
menghadapi kemelut diplomatik ini.
"Jangan ulang kelemahan dan kesilapan dalam berhadapan misteri kehilangan MH370 lagi.
"Cukuplah menjadikan Malaysia bahan tawa dunia dengan kelemahan risikan
dan keselamatan negara. Rakyat juga perlu berani untuk memastikan
Kerajaan Persekutuan bercakap benar dalam isu ini,"' katanya dalam satu
kenyataan.
Terdahulu hubungan antara Malaysia-Korea Utara kini memasuki episod
baharu apabila kedua-dua buah negara bertindak membekukan perjalanan
keluar, sama ada rakyat Malaysia di Korea Utara atau rakyat Korea Utara
di Malaysia.
[ARTIKEL BERKAITAN: Korea Utara sekat rakyat Malaysia keluar negaranya]
Terdahulu, memetik laporan Reuters, larangan itu atas alasan untuk
memastikan keselamatan diplomat dan rakyatnya di Malaysia ekoran krisis
diplomatik yang berlaku antara kedua-dua negara selepas pembunuhan abang
tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.
Namun menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina
Merican , difahamkan 11 rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan
selamat dan tiada sebarang ancaman diterima oleh mereka di sana.
[ARTIKEL BERKAITAN: 11 rakyat Malaysia di Korea Utara selamat]
Seramai 11 orang warga Malaysia itu terdiri daripada tiga orang
kakitangan kedutaan Malaysia, dua daripadanya adalah individu yang
bekerja dengan World Food Programme di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) manakala selebihnya adalah ahli keluarga mereka.
Ujar Ahmad Anwar lagi, mengimbas mengenai hubungan Malaysia-Korea
Utara,ramai rakyat tidak mengetahui hubungan diplomatik yang telah
terjalin di antara kedua dua buah negara berkenaan selama ini.
"Selama bertahun-tahun, Korea Utara telah menikmati banyak kebebasan apabila menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia.
"Rakyat mereka diberikan kebebasan untuk melawat, bekerja dan tinggal
di Malaysia. Walaupun Korea Utara dianggap 'jahat' oleh sebahagian besar
dunia hari ini tetapi Malaysia tetap menjalin hubungan dan memberikan
keistimewaan kepada Korea Utara atas pertimbangan ekonomi dan
sebagainya," katanya.
Katanya lagi, rakyat perlu sedar bahawa selain hubungan diplomatik
dengan Korea Utara, Malaysia juga mempunyai hubungan perdagangan dengang
dengan negara itu.
Dalam pada itu, mengulas lanjut perihal itu katanya, apa yang perlu
diberi pertimbangan kini adalah bersatu hati mempertahankan kedaulatan
negara.
"Ayuh, rakyat Malaysia, bersama-sama kita menjadi benteng mempertahankan kedaulatan negara.
"Ayuh, kita doakan keselamatan saudara-saudara kita yang menjadi
tebusan rejim Pyongyang. Kita perlu berganding bahu bersama Kerajaan
Persekutuan untuk mengambil tindakan tegas menyelamatkan rakyat Malaysia
di sana," katanya.
Ujarnya lagi, maruah kedaulatan Malaysia sedang dicabar, jadi ketepi
perbezaan kita untuk berdiri bersama-sama pertahankan negara Malaysia.
1 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [8042] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 850 JUTA , wassalam.
Post a Comment