SHHHHHHH ! PERMATANG PAUH
TERKESAN ?
Rafizi ajak perkemas gerak kerja Permatang Pauh
TERKESAN ?
Rafizi ajak perkemas gerak kerja Permatang Pauh
PERMATANG PAUH - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengajak jentera PKR
untuk terus bekerja keras membela rakyat di Permatang Pauh.
Beliau dalam masa sama turut menyeru jentera PKR untuk memperbanyakkan
program membela rakyat dan tidak terlalu memberi perhatian kepada
pelbagai polemik politik kepartian.
Beliau berkata demikian ketika mengambil maklum usul yang diluluskan di
Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Permatang Pauh semalam untuk
memutuskan kerjasama dengan PKR di Permatang Pauh.
"Sementara saya menghormati keputusan itu yang dibuat oleh perwakilan
Pas Permatang Pauh, saya juga menghargai sokongan ribuan lagi ahli Pas
di Permatang Pauh yang telah sebati dengan perjuangan bersama sejak
tahun 1998 lagi.
"Bagi pihak PKR, saya ingin merakamkan rasa terhutang budi kepada
ahli-ahli Pas biasa seperti ini dan kami akan terus mengukuhkan semangat
persahabatan yang telah dibina sekian lama," katanya dalam kenyataan,
hari ini.
Pas Permatang Pauh semalam meluluskan usul untuk memutuskan hubungan
tahaluf siyasi dengan PKR selepas melihat parti itu tidak menghormati
kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.
Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, PKR khasnya di
Pulau Pinang tidak menghormati Pas sebagai rakan tahaluf apabila terus
bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang sebelum ini dengan lantang
menyerang Pas dan pimpinannya.
Selain itu, Omar berkata, PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan
sebilangan ahli Pas untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan
terlebih dahulu dengan Pas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas Permatang Pauh putus hubungan dengan PKR]
Menurut Rafizi, keputusan untuk tidak membantu PKR di dalam pilihanraya
pernah berlaku sebelum ini pun semasa kempen PRK Permatang Pauh dalam
tahun 2015 lalu.
Malah, dakwanya, ada segelintir ahli Pas menunjuk perasaan membantah
PKR semasa kempen itu tetapi ia tidak melunturkan semangat kerjasama di
antara ahli biasa PKR dan ahli biasa Pas di bawah.
"Akhirnya, (pada waktu itu) Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail kembali menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada margin
yang sama dengan kemenangan (bekas Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar
Ibrahim dalam tahun 2013.
"Oleh yang demikian, saya memohon supaya ahli-ahli PKR terus mendekati rakyat dan membela rakyat biasa di Permatang Pauh.
"Saya yakin prinsip membela rakyat seperti ini yang telah dizahirkan
oleh Anwar dan Wan Azizah sekian lama telah memenangi hati rakyat
Permatang Pauh, walaupun pelbagai gelora politik melanda sejak 1999
kerana Umno sangat menginginkan kerusi Parlimen Permatang Pauh itu,"
katanya lagi.
2 orang berkata:
Keldai2 tua sja yg nak berambus. Ahli bawahan tetap sokong PH.
Ha ha ha...tbaik la pas...one man army...istiqamah tetap istiqamah...
Post a Comment