SALAM
ANDAINYA DULI YANG MAHA MULIA
YANG DIPERTUAN AGONG MENYENTUH
TENTANG RUU 355 MAKA TIDAK SIAPA
YANG BERANI MENENTANG RUU 355
SECARA MUTLAK
YANG DIPERTUAN AGONG ADALAH KETUA AGAMA
DI DALAM NEGARA. ANDAINYA ADA YANG MENENTANG BERERTI
MENENTANG ATAU MEMPERTIKAIKAN
TANGGUNGJAWAB YANG DIPERTUAN AGONG
DAN RAJA-RAJA MELAYU TERHADAP AGAMA
JIKA INI BERLAKU MAKA TERSERLAHLAH
SIAPA YNG MENENTANG KEHENDAK
AGAMA DI NEGARA INI.
SAMA-SAMA KITA TUNGGU !
apa ucapan pembukaan nanti
-PAK kARAMU-
RUU355: Situasi kem pembangkang dijangka panaskan dewan
KUALA LUMPUR - Persidangan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen
ke-13 mulai Isnin ini, jelas bukan hanya tertumpu kepada usul meminda
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Malah, tumpuan pasti juga kepada kedudukan kem pembangkang yang dilihat goyang dan kehilangan hala tuju.
Persidangan selama 20 hari hingga 6 April ini akan dirasmikan Yang
di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, dengan penuh istiadat di bangunan
utama Parlimen, yang sebelum ini menjalani proses pengubahsuaian dan
penambahbaikan secara berperingkat sejak 2012.
Persidangan dijadual bermula dengan perbahasan usul menjunjung kasih
selama tujuh hari sebelum diwarnai dengan sesi soal jawab kementerian,
sesi kamar khas dan perbahasan pelbagai rang undang-undang (RUU).
Pembentangan beberapa rang undang-undang dan pindaan dijangka menarik perhatian persidangan kali ini.
Mengharapkan persidangan berjalan lancar dan teratur, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata:
"Kerajaan akan memberi tumpuan dan fokus yang lebih kepada isu-isu dalam
RUU.
"Ini termasuk Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) dan undang-undang
mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak selain beberapa pindaan
lain.
"Kemungkinan akan ada lagi beberapa RUU daripada
kementerian-kementerian lain. Semua senarai ini mungkin berubah dan
tertakluk kepada Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat," katanya kepada
Bernama.
Azalina berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menambah baik
Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) dengan antara perkara yang diberi
perhatian adalah mereka yang menjadi penjamin khususnya penjamin sosial
kepada peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman.
"Kerajaan berpendapat golongan ini tidak sepatutnya dibebankan untuk menjelaskan pinjaman yang diambil pihak lain," katanya.
Bagi cadangan penggubalan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak, Azalina
sebelum ini berkata ia akan dibawa ke Parlimen pada sidang Mac untuk
bacaan pertama dan kedua selepas Kabinet meluluskan usul berkenaan.
Kertas cadangan itu kini dalam proses draf oleh Pejabat Peguam Negara
dan Kabinet juga bersetuju menubuhkan mahkamah khas bagi menangani kes
melibatkan akta berkenaan, sekali gus menyelesaikan kes jenayah seksual
yang melibatkan kanak-kanak dengan segera.
Dalam pada itu, Azalina berharap setiap Anggota Parlimen memanfaatkan
peluang dan ruang diberikan ketika persidangan dengan penuh rasa
tanggungjawab kepada rakyat.
"Parlimen adalah institusi tertinggi bagi membincangkan tentang
kebajikan rakyat yang diwakili oleh Ahli-Ahli Parlimen dan tempat
undang-undang dibahaskan.
"Dalam tempoh 20 hari persidangan semua Ahli-Ahli Parlimen diharap
bersama mengambil bahagian dalam membahaskan titah diraja di samping RUU
yang akan dibentang nanti. Manfaatkanlah peluang dan ruang yang ada
kerana rakyat di luar memerhatikan kita," katanya.
Selaras dengan reformasi Parlimen, Azalian turut berharap semua pihak
terlibat termasuk pegawai kerajaan dan pihak media menjaga prestij
dewan.
Pada penggal ini, tumpuan turut terarah kepada usul meminda Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang hebat
diperkatakan, namun Azalina enggan mengulas sama ada ia akan
dibentangkan pada persidangan kali ini.
Cadangan meminda RUU 355 buat kali pertama dibawa ke Dewan Rakyat pada
Mei 2016 dan usul itu sekali lagi dibaca Abdul Hadi pada 24 Nov tahun
lepas dan usul pindaan itu dijangka dihuraikan lebih lanjut pada sesi
persidangan kali ini.
Turut menjadi tumpuan adalah kegawatan kem pembangkang apabila tahaluf
siyasi antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) semakin renggang berikutan pandangan berbeza
berkaitan RUU 355 daripada dua lagi sekutu mereka, iaitu DAP dan Amanah.
DAP dilanda krisis dalaman apabila empat wakil rakyat mereka dari
Melaka bertindak keluar parti berkuat kuasa serta-merta kerana kecewa
dengan pimpinan parti dan mendakwa DAP telah menyimpang daripada
matlamat asal termasuk bekerjasama dengan musuh yang kini Pengerusi
PBBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Adun
Duyong, Goh Leong San; Adun Bachang, Lim Jak Wong dan Adun Kesidang,
Chin Choong Seong.
Pelbagai persoalan kini berkisar kepada hala tuju pembangkang dalam
mendapatkan persetujuan mana-mana RUU yang dibentangkan kerajaan atau
berlakunya undi belah bahagian sehingga mencetuskan perbalahan, seperti
yang berlaku sebelum ini.
Selepas selesai persidangan Dewan Rakyat, tumpuan akan beralih pula
kepada persidangan Dewan Negara selama 10 hari dari 17 April hingga 27
April. - Bernama
12 orang berkata:
Aku akan sokong walaupun satu apa pun aku tak tau apa2. Kang aku tak sokong derang cakap aku kafir pulak. Jadi dengan rasa rendah diri aku sokong aje la.
bodohnya kau. aku tak terkejut pun, sebab aku tahu kau spesis al keldai,al fitnati wa bohongial panngani. lebih 2 kau tengah mabuk asmara dgn si khonzir, lafilah kau tak tahu apa2
Kawe pon sokong jugok sbb kalu kawe tok sokong nanti demo kato kawe munapik pulok. Kawe sokong demolah. Lepah ni jange kato kawe munapik pulok boh sbb kawe dah sokkongg
Ahli parti ade 1000000...yg datang berhimpun dipadang burong 300000(konon2) 700000 lagi tak datang...ikut kata mereka ni penyokong Ahok ke.
Kalau ko tak apapun.. tak payah la sokong. Orang jahil lepas dari hukuman. Ko duduk la dalam hutan ka.. senang fikir makan ja.. ko tak payah la ambik tau semua tu bala..bla..bla..
Cerdik nya mu... mu ingat kalau ahli ada sejuta.. sejuta mesti datang ke?... masa azan suruh gi solat. Semua orang pergi ke ?. Mu pergi ke ???
Tima kasih puji aku cerdik yg bodohnya ketua mu yg kat Perak tu terang2 tulis kat fb tu sapa2 yg tak gi penyokong Ahok...fitnah ke ?
Hidup penyamun duit rakyat..hidup rakan subahat penyamun yg dpt 90juta..pedulikan 1mdb..pedulikan gst..pedulikan rasuah..pedulikan anak kampong nk belajar..potong bajet pendidikan..potong bajet kesihatan..asalkan yg memerintah masih lagi islam..dasar lebai bangsat penjual agama..rosaknya islam kerana puok2 kamu wahai lebai setan..
Aku dah sokong ruu dah tapi kenapa ko suruh aku duduk dalam hutan...
Hoiii apa gadoh2 ni?
Kita sokong aje la. Bantai aje la. Kang tak sokong kena sekeh kepala pulak dgn ostat audi
Tak sokong kena maki.
Dah sokong pun kena maki.
Habis camner?
Dok tunggu presideng hang nak tangguh lagi x usul dia tu .....
Post a Comment