Raja Bomoh dipanggil beri keterangan
MELAKA - Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh akan
dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan berhubung upacara
perbomohan yang dikatakannya 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara
asing khusus Korea Utara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya menerima
beberapa laporan mengenai perbuatan ritual oleh individu yang berasal
dari Teluk Intan, Perak itu dan siasatan terhadapnya akan dilakukan
mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.
"Kita boleh memanggil sesiapa sahaja mengikut kanun berkenaan untuk
membantu dalam siasatan apabila laporan daripada orang awam diterima,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Sang Saka
Biru sempena Hari Polis Ke-210 pada 25 Mac ini, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
Datuk Seri Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil
Hassan pada majlis yang turut diadakan prapelancaran Kempen Rayuan
Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).
Khalid menyeru supaya Ibrahim menghentikan aktiviti ritualnya kerana
tindakannya itu boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai terutama
perkara yang membabitkan perbuatan syirik.
"Sebahagian masyarakat kita suka terlebih-lebih (dalam perbuatan). Ada
ke patut menembak menggunakan buluh meriam. Ini perbuatan syirik. Syirik
tidak ada dalam adat budaya kita.
"Cukuplah, jangan lakukan perkara yang mengarut. Perbuatan dia jelas
memalukan orang Melayu. Saya minta dia hentikan dan jadikan al-Quran dan
sunnah sebagai panduan," katanya.
Pada 17 Mac lepas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan orang ramai agar tidak menularkan
upacara perbomohan Ibrahim kerana menyebar luaskannya, secara tidak
langsung akan mempromosikan individu terbabit.
Video dan pelbagai rakaman gambar aksi terbaharu Raja Bomoh yang juga
Pengasas Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia itu tular di media
sosial baru-baru ini.
Aksi Raja Bomoh itu dipercayai dilakukan berikutan wujud ketegangan
politik antara Malaysia dan Korea Utara susulan pembunuhan Kim Jong-nam,
abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas. - Bernama
1 orang berkata:
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Post a Comment