Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

suspek akan bebas

Suspek kes bunuh Jong-nam dibawa keluar hari ini
Kim Jong Nam

SEPANG - Suspek bagi pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam akan diserah kepada Jabatan Imigresen bagi proses penghantaran pulang ke negara asal, hari ini.

Suspek, Ri Jong-chol, 47, dibawa keluar daripada Ibu Pejabat Polis Sepang tepat jam 9.00 pagi tadi.

Memetik laporan Astro Awani, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan melibatkan suspek  itu dibuat selepas dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Jong-chol direman sejak 18 Februari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Difahamkan, Jong-chol ditahan polis berhubung kes pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lepas.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada semalam berkata, Jong-chol yang ditahan untuk siasatan berhubung pembunuhan rakan senegaranya akan dibebaskan dan dihantar pulang secepat mungkin.

Ini berikutan kekurangan bukti untuk mendakwa suspek.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.