Lee Chong Wei juara All England
DATUK Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain muda
China, Shi Yuqi 21-12, 21-10 pada pentas akhir Seluruh England di Arena
Barclaycard, Birmingham, sebentar tadi.
Keputusan ini sekali gus menyaksikan Chong Wei berjaya menamatkan
penantian tiga tahunnya untuk meraih kejuaraan terbabit setelah kali
terakhir menang pada 2014.
Chong Wei sudah tiga kali menjuarai Seluruh England iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2014.
Dengan empat kemenangan selaku pemain perseorangan lelaki di Seluruh
England, Chong Wei kini menyamai pencapaian yang pernah dilakar legenda
badminton negara, mendiang Datuk Eddy Choong yang meraih kejuaraan sama
pada 1953, 1954, 1956 dan 1957.
Penyokong Malaysia dan tempatan juga tidak putus-putus memberi sokongan kepada Chong Wei sehingga tamat perlawanan.
"Terima kasih kepada semua peminat, ini kali pertama saya melihat
begitu ramai orang (penyokong) di final. All England adalah kejohanan
kegemaran saya.
Ya (saya mahu beraksi di All England tahun depan)," kata Chong Wei selepas tamat perlawanan.
5 orang berkata:
Lebai dol juara syiah tehran setahun tiga Kali berturut2
Husam akan menjadi juara rakyat kelantan. In Shaa Allah. Ahmad yakob jangan kecil hati. Rakyat kelantan mengucapkan terima Kasih kpd Ahmad.
Juara kencing negara - "no keahlian parti tiket masuk sorga'
Pak karamu, dia bukan ahli pas la.....heeeee
http://msomelayu.blogspot.my/2017/03/nomini-seorang-exco-terima-rm448300.html?m=1
Post a Comment