Pas tetap akan saman Sarawak Report, Husam
KUALA TERENGGANU – Keputusan memfailkan saman terhadap Sarawak Report
dan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa tetap diteruskan apabila
Pas kini sudah pun menguruskan sebahagian pembayaran kos guaman di
United Kingdom (UK) bagi tujuan tersebut.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman
Razali berkata, pihaknya juga kini sedang dalam proses pengumpulan
maklumat yang cukup sebagai persiapan untuk menepis dakwaan kononnya Pas
menerima dana RM90 juta daripada Umno.
“Kita sedang buat proses saman itu di UK dan sedang berjalan… Kita
sudah bayar (kos) sebahagian (bagi proses) bayaran kepada peguam di
sana.
“Cuma sedang dalam proses pengumpulan data lagi. Surat pertama
(tuntutan) telah kita hantar dan tunggu masa sahaja, Insya-ALLAH,”
katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan
Dewan Muslimat Pas Kawasan Kuala Nerus Kali Ke-36 di Kompleks Tarbiyyah
At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, di sini.
Mengulas lanjut, Dr Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus
turut mendakwa bahawa Husam mendedahkan pembohongan dan fitnah mengenai
Pas yang boleh menjatuhkan maruah dan kepimpinan parti.
“Husam akan diambil tindakan (saman) itu oleh pihak yang bertanggungjawab,” katanya.
Husam dalam ceramahnya sebelum ini mendakwa tahu berhubung maklumat
dana RM90 juta yang disalurkan kepada Pas melalui akaun Affin Bank.
Sebelumnya, isu tersebut mula dimainkan Sarawak Report pada Ogos tahun
lalu yang mendakwa RM90 juta diterima kepimpinan Pas daripada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berikutan itu, Pas menyatakan untuk menyaman portal tersebut dan telah
menghantar surat tuntutan kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle
Brown menerusi alamat beliau di London, United Kingdom pada 13 Disember
tahun lepas.
4 orang berkata:
Pakarra dgn no.togel dah sehati sejiwa.
Cakap berdegar2.
Habuk tarakkkkk
Tak ada kesungguhan.
Tak nampak serius.
Macam main2 pulak.
Tapi bila nak saman?
Alamat husam ado?
Dari dulu nak saman. Cakap mcm keling botol
Post a Comment