Ritual Raja Bomoh haram
IPOH – Kerajaan Perak mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara
perbomohan Ibrahim Mat Zin di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 pada 3 Ogos 2015.
Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, Jawatankuasa Fatwa yang
bersidang pada 17 hingga 19 September 2014 dengan perkenan Sultan Perak
membuat dan menyiarkan fatwa bahawa upacara dan amalan perbomohan yang
dilakukan oleh Ibrahim
Mat Zin atau Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menggunakan objek-objek
tertentu atau tanpa menggunakan apa-apa objek sama ada untuk tujuan
perubatan, perbomohan atau selainnya adalah berlawanan dengan hukum
syarak dan haram.
Menurutnya, mana-mana orang Islam di Perak yang mengingkari fatwa boleh
diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri
ini.
Dalam konteks perbuatan ritual yang dilakukan Ibrahim baru-baru ini,
Zamri berkata, tindakan akan dikenakan ke atasnya jika ia dilakukan di
dalam negeri ini.
“Malah mana-mana orang Islam atau kumpulan yang menjadi ahli atau
pengikutnya juga boleh dikenakan tindakan di bawah enakmen tersebut.
“Jika perbuatan itu dilakukan di negeri lain, maka pihak berkuasa
negeri berkenaan perlu mengambil tindakan kerana urusan agama adalah di
bawah urusan negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan ringkas
kepada Sinar Harian.
Terdahulu, nama Ibrahim Mat Zin kembali disebut apabila videonya
melakukan ritual di pantai berdurasi tiga minit bagi mengelakkan
Malaysia diserang Korea Utara menjadi tular Ahad lalu.
Video itu memaparkan Ibrahim bersama tiga pembantunya di pantai
berkenaan dengan dua kelapa, kayu (teropong), lima buluh (meriam),
sejadah dan semangkuk air laut.
Selepas video itu, Ibrahim sekali lagi melakukan ritual sama di luar
Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur atas
kematian Kim Jong-nam petang kelmarin.
16 orang berkata:
Tak Mahal sangat tropong bomoh tu. Tak sampai RM90 juta pom.
1 teropong RM1 juta. Kalu 90 teropong berapa juta?
Bersatu join PR.
Hancurlah impian pas utk terus berkuasa di klate, tengganu, kedah dan selangor.
Hancur, punah, ranah, rahai
Pas pula dengan gabungan Pas Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS)
Aku tak nampak apa usaha pas untuk majukan kebajikan dan ekonomi rakyat. Aku tak nampak ada ciri2 pemimpin yg berkelayakan dlm pas.
Selain ugama, rakyat juga perlu makan, pakai dan tempat tinggal. Setakat makan durian kunyit dan duduk dlm khemah, tak cukup
Ibrahim ni dok teropong duit rasuah 90juta lebai sorok kat mana..
Dlm hubungan islam dgn kafir, rujukan sapa yg nak kita ikut? Nak ikut tgna ker tgha?
Klu ikut tgna, kita boleh berbaik dgn dap walaupun dap tolak hudud.
Klu ikut tgha, kita tak boleh berbaik dgn dap sbb dap tolak hudud.
Jadi, yg mana kita nak ikut??
Kompius la.
Bodoooo...cuma nak menang klate, sgor, tgganu dan kedah. Negeri2 lain dia suruh umno menang.
Bodoh ke bengap tu?
-Kalo sesapa yg x ikut tgna wajib dia masuk neraka ke?kalo ikut pula wajib dia masuk syurga?
-Kalo sesiapa x ikut hadi wajib dia masuk neraka ke?
Kalo ikut pula wajib dia masuk syurga?
Kalo kedua2nya jawapannye ialah tidak, yg ko kecoh2 kelam kabut mcm dah xda jalan keluar wat pe...politik demokrasi je pun ni..undi seorang penyangak/ penyamun/penyembah berhala pun sah diterimapakai..ape yg ko serius sangat..xda keje lain ke?haha
*mana maunya
*3suku
Sesuatu yg pada asalnya bercanggah dengan hukum fekah tapi boleh jadi harus bila tiada jalan lain,atau bila bertemunya 2 pilihan darurat,iaitu darurat ringan dan darurat besar..ketika bertemunya 2 darurat ini hukumnya yg asal bercanggah dengan hukum feqah tadi ianya sudah jadi harus..mcm kalo xda makanan..yg ada babi je..kalo ko x makan sikit darurat dia lagi besar..jamah sikit la..kene pilih darurat yg ringan,tapi bukan ko pasang pulak cita2 yg kesihatan yg cemerlang suci lagi murni boleh terbit dari daging babi..lalu ko beriye2 makan haha..ana maunya..sama juga agama pun x boleh lahir dari sesuatu yg asalnya bercanggah dengan hukum feqah(sistem demokrasi)..ianya hanya bersifat usaha sementara mcm makan sikit daging babi tadi..bukan siap pasang cita2 lak barang baik dan suci boleh terbit dari daging babi hehehe..itu 2suku nama dia hahaha
Jgn buang masa mcm ye2 sangat la..nak muntah kadang rasa hihi..
*darurat@mudarat
Habis tu nak ikut sapa? Ikut tgna ker ikut hadi?
Habis tu nak ikut sapa? Nak ikut tgna ker nak ikut hadi?
Darurat makan babi tu ikut sapa? Sejak merdeka sampai skang tak sesuai makan babi la beb...beras byk. Sotong byk. Unta pun byk...
Sapa yg darurat@mudarat? Tgna ke tgha??
christian louboutin outlet
oakley vault
ralph lauren polo outlet
nike outlet
ralph lauren outlet
michael kors handbags
true religion
ray ban wayfarer
nike outlet
ray ban sunglasses
20174.15wengdongdong
Post a Comment