Yakin komponen BN terima RUU355
SETIAUSAHA Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yakin pemimpin-pemimpin parti komponen BN seperti MCA, Gerakan
dan MIC akhirnya akan menerima penjelasan Umno mengenai pindaan Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Beliau berkata, pindaan RUU 355 ini bertujuan memperkasa mahkamah syariah dan hanya sesuai digunakan ke atas umat Islam.
"Keputusan ini hanya akan dilaksanakan sekiranya diterima semua pihak
kerana semua pemimpin sentiasa pegang kepada konsensus. Disebabkan BN
mengamalkan cara sedemikian, maka pemimpin BN bersedia memberi
penjelasan kepada semua parti komponen BN.
"Kami akan pastikan semua pemimpin BN benar-benar faham apa itu pindaan
RUU355 ini kerana kebanyakan daripada mereka masih tidak faham dengan
jelas," kata Tengku Adnan ketika ditemu bual oleh Sin Chew Jit Poh.
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan memberikan penjelasan kepada pemimpin.
Ditanya sekiranya MCA, MIC dan Gerakan teus mengemukakan bantahan,
Tengku Adnan berkata, BN akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan
Persekutuan dan tidak akan mengubah dengan sewenang-wenangnya.
4 orang berkata:
Ingat no.togel ingat Pakkara.
Ingat 90juta ingat Hadi munafik dan PA$.
Bila umno dah sokong ruu355, janganlah pula pas nak kacau kerusi umno. Pas kena belajar tolak ansur dgn umno. Pas kena saling memberi dan menerima. Biarkan umno saja yg lawan 1 dengan 1 dengan Amanah atau Dap.
Pas boleh masuk calon di kawasan umno tidak bertanding.
Kerjasama umno dgn pas perlu diperluaskan dalam bidang politik pula. Tak elok kalau berhenti sekadar kerjasama agama saja.
Post a Comment