Zairil sebenarnya kecewa Pas mendahului DAP
KUALA LUMPUR - Kenyataan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil
Khir Johari terhadap Pas hanyalah kenyataan daripada orang-orang yang
kecewa.
Kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Zairil kecewa
kerana Pas telah mendahului DAP dalam arena politik tanah air.
"Kita (Pas) lebih dahulu lawan Umno berbanding DAP. Sejak pilihan raya tahun 1990-an lagi kita bertanding menentang Umno.
"Zairil kena ingat, dia tu baru lagi (dalam politik). Sedangkan Pas
sudah ada sejak 1951 lagi," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beberapa hari lalu, Zairil melalui blognya, mempertikaikan kewajaran
Pas untuk terus berada dalam politik negara sekiranya parti itu lebih
berminat bercakap mengenai keredaan ALLAH berbanding strategi untuk
menang dalam pilihan raya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas tak wajar jadikan agama sebagai alasan]
Menurut Zairil, tulisan itu adalah lebih kepada menyatakan hasratnya,
persoalan sama ada Pas serius dalam politik atau sekadar ingin
berdakwah.
Mengulas kenyataan Zairil, Tuan Ibrahim berkata, partinya tidak pernah
mengubah dasar perjuangan dan prinsip sejak mula ditubuhkan.
Jelasnya, apa sahaja yang dilaksanakan dalam parti bertujuan untuk menyelamatkan umat manusia di dunia mahupun di akhirat.
"Saya agak Zairil tidak faham konsep mencari keredhaan ALLAH. Apa
sahaja yang dilakukan dari segi ekonomi, pentadbiran mahupun politik
mesti berlandaskan redha ALLAH.
"Pas ada matlamat jangka panjang dan apa sahaja yang dibuat oleh parti
ini tidak boleh lari daripada landas agama," katanya lagi.
2 orang berkata:
Ada yg dah tua bangka tapi otak lagi bodo drp budak lembik ubun2.
Dgn budak lembik ubun2 pun dah x tentu hala
Post a Comment