Bersatu nafi dakwaan wujud pilih kasih dalam parti
SHAH ALAM - Parti Bersatu menafikan dakwaan salah seorang bekas
pengasas parti tersebut, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengatakan
wujudnya amalan pilih kasih dalam pelantikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian
Bersatu yang menyebabkannya meninggalkan parti.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata,
Bersatu pelantikan dibuat secara rundingan dengan pelbagai pihak yang
terlibat dalam menggerakkan parti di peringkat akar umbi berlandaskan
prinsip musyawarah.
Menurutnya, ini memandangkan terdapat ramai pihak yang berminat dan
bersedia untuk menerajui pimpinan di peringkat bahagian parti di seluruh
negara dan kata sepakat perlu dicapai sebelum pelantikan dibuat.
“Pucuk pimpinan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik dalam
pelantikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian dengan mengambil kira faktor
sumbangan seseorang calon yang hendak dilantik, pengalaman, bakat
kepimpinan dan penerimaan oleh masyarakat setempat.
“Setakat ini sebahagian besar ketua penaja bahagian parti telah
dilantik dan hanya beberapa bahagian sahaja yang memerlukan rundingan
lanjut dengan beberapa pihak di akar umbi,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Semalam, Kamarul Azman yang pernah menyandang Pengerusi Perhubungan
Bersatu Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Bersatu
mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam parti kerana kabur dengan
perjuangan Bersatu.
[ ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya keluar Bersatu bukan sebab nak jawatan’ ]
Shahruddin berkata, Kamarul Azman sendiri telah dilantik sebagai ketua
penaja parti Bahagian Teluk Kemang setelah rundingan lanjut dibuat
dengan pelbagai pihak di akar umbi.
“Pelantikan tersebut dibuat setelah pucuk pimpinan mengambil kira
faktor sumbangan beliau kepada parti dan penerimaan oleh ahli-ahli
parti.
“Bagaimanapun, saya bagi pihak pimpinan tertinggi parti merakamkan
ucapan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan pengorbanan
beliau (Kamarul Azman) selama ini serta mendoakan yang terbaik untuk
beliau bagi masa hadapan,” katanya.
2 orang berkata:
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Lebai2 yg balun rasuah 90juta duit haram dan sokong ketua penyamun negara lg rapuh imannya.
Post a Comment