Daroyah setia bersama MB Selangor
SHAH ALAM - PKR tetap pendirian dan terus setia bersama pentadbiran
kepimpinan Selangor di bawah pemerintan Menteri Besar, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali.
Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, beliau tidak tahu menahu isu
membabitkan empat Adun PKR yang dikatakan melompat parti untuk
menubuhkan kerajaan campuran baru di Selangor.
“Saya belum dengar mengenai perkara itu. Insya-ALLAH, saya kekal pendirian bersama parti,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan lompat parti hanya propaganda]
Ditanya mengenai Mohamed Azmin akan mengadakan pertemuan bersama Adun
Pakatan Rakyat minggu depan bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun
Selangor kerana terputusnya hubungan Pas dengan Pakatan Rakyat, Daroyah
enggas mengulas lanjut.
“Berita itu pun kita belum lagi dengar. Lagipun, menteri besar sibuk
dengan konvensyen minggu ini siri jelajah ke beberapa negeri.
“Malah, beliau juga akan akan bertolak ke Timur Tengah malam ini
(semalam) untuk lawatan kerja di Maghribi, Jordan dan Mesir selama lima
hari,” katanya.
Diajukan pertanyaan adakah nama beliau dikaitkan akan lompat parti, Daroyah sebaliknya menjawab: “Wallahhualam”.
3 orang berkata:
Sapa lompat bole dpt exco.
Masalahnya yg sorang tu tak nak berambos. Sayang elaun puloh2 ribu terbang
Lompat masuk umno la.
Bole kaya wooo.
Hari ini cuti umum, ofis tak bukak. Besok baru bukak bolehlah pergi ofis letak jawatan.
Post a Comment