Ribut landa Muktamar Pas
ALOR SETAR - Muktamar Pas yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, di
sini, gempar apabila dilanda kejadian ribut kira-kira jam 7 malam tadi.
Kejadian itu turut mengakibatkan beberapa khemah jualan rosak selepas diterbangkan angin beberapa meter.
Difahamkan, terdapat 18 orang awam tercedera termasuk seorang kanak-kanak buat masa ini.
Add caption |
Lokasi kejadian ribut buat masa ini tidak dibenarkan untuk dilawati
oleh sesiapa kerana sedang diperiksa tahap keselamatan oleh pihak bomba.
Semua aktiviti pada malam ini juga dibatalkan dan bersambung pada esok
hari, namun jamuan kepada mereka yang menempah tetap berjalan seperti
biasa tanpa kehadiran tokoh penting.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Nurul Amin Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
3 orang berkata:
Nak dikira guane tu pak karam?? BALA atau DUGAAN??
Allah dah laknat PAS ke guane??
Itulah kalau cacian mainan lidah.
Lain kali jgn jahannamkan orang. Kalau Allah tak redha dgn ucapan dan niat kita, sekelip mata Allah bagi balasan.
Peringatan utk kita semua tu....
Post a Comment