PERCAYA ATAU TIDAK ?
KEKALAHAN PAKATAN HARAPAN
PADA PRU 14 ADALAH KERANA DIDALAM
PAKATAN HARAPAN ADA DAP DAN JUGA PAN.
PERCAYA ATAU TIDAK ?
KEKALAHAN PKR ADALAH KERANA PUTUSNYA
HUBUNGAN ANTARA PAS DAN PKR.
PERCAYA ATAU TIDAK ?
KEKALAHAN PAKATAN HARAPAN ADALAH KERANA
MEREKA MENENTANG RUU355 !
PERCAYA ATAU TIDAK ?
SELEPAS PRU 14 ADA MUSIBAH KERANA
TOLAK RUU355 !
PERCAYA ATAU TIDAK ?
RAMAI PIMPINAN DARI PKR DAN PAN
AKAN TERSUNGKUR PADA PRU 14,
PERCAYA ATAU TIDAK?
HANYA MAT SABU MENANG TIPIS DITEMPAT PENGUNDI CINA,
-Pak Karamu-
Pas lebih yakin kajian sendiri
SHAH ALAM - Pas sama sekali tidak mempercayai kajian yang dilakukan
oleh NGO, Invoke Malaysia, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Menurutnya, daripada mempercayai kajian yang dibuat oleh badan luar itu
, adalah lebih baik Pas mempercayai kajian dalaman yang dilakukan parti
itu.
“Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) seorang yang tidak boleh dipercayai,
sudah banyak penipuan yang di buat. Begitu juga, Invoke Malaysia, bukan
pusat kajian yang boleh dipercayai.
“Pas pun ada kajian sendiri, kita ada tiga pusat kajian. Tapi, kita
buat untuk maklumat dalaman, bukan untuk hebahan umum,” ujarnya.
Mohd Khairuddin berkata, kajian dilakukan Pas adalah strategi parti
bagi memastikan parti Islam itu menang pada setiap kerusi yang
ditandingi.
“Oleh sebab itu, kita tak hebah kajian kerana kita buat strategi
berdasarkan kajian itu. Malah, kajian jentera Pas lebih telus, mereka
turun padang pergi rumah ke rumah.
“Kita ada jentera tidak bergaji, yang hanya mengharapkan pahala dan
kajian kita paling lengkap hingga ke akar umbi, berbanding kaji selidik
guna telefon.
“Kita yakin Pas boleh menang meskipun Amanah akan bertanding
menyebabkan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.
Insya-ALLAH Pas masih boleh menang kerusi yang banyak,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keyakinan Pas juga didorong sokongan
rakyat setelah Pas tidak lagi bersama dengan Pakatan Rakyat.
“Rakyat sudah bersama Pas, orang Islam terutamanya bersama dengan Pas,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas juga menjalankan kajiannya.
"Tidak mengapa, kita tunggu pilihan raya. Kami pun ada kajian juga," katanya.
Bagi Ketua Muslimat Pas, Nuridah Salleh, beliau menyifatkan kenyataan Rafizi itu sekadar membina persepsi.
"Kebiasaannya Pas bertanding melawan Umno dalam kawasan majoriti
Melayu. Jadi kawasan majoriti Melayu, undi bukan Melayu peratusannya
kecil dan tiada jaminan mereka menyokong Amanah," katanya.
Beliau berkata, kini pelbagai persepsi dibina bagi menakut-nakutkan Pas.
"Realitinya rakyat ada pilihan ketiga bagi yang tidak menyokong BN atau
Pakatan Harapan.
Manusia ini dinamik boleh berubah. Kajian yang
dilakukan Invoke itu bukan konklusif," katanya.
1 orang berkata:
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Post a Comment