INGAT BALIK BAGAIMANA PENGKHIANATAN DI SG: BESAR DAN KUALA KANGSAR ?
SUDAH LUPA ?
SIAPA YANG MENGAJAR TIGA PENJURU ?
-Pak Karamu-
Jika tiga penjuru Pas akan kalah, Umno menang
KUALA LUMPUR - Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Invoke
Malaysia, menunjukkan Amanah mengatasi Pas sekiranya pertandingan tiga
penjuru berlaku dalam PRU14.
Naib Presiden PKR, Rafizi berkata, perkara ini berlaku kerana undi
bukan Melayu tidak memihak kepada Pas sekaligus memberi kelebihan kepada
Amanah.
Bagaimanapun katanya, berdasarkan kaji selidik tersebut Umno tetap
mengatasi kedua-dua parti tersebut dengan mendapat 32.2 peratus.
"Sekiranya pertandingan tiga penjuru melibatkan antara Umno, Pas,
Amanah menunjukkan Amanah berjaya mengatasi Pas dengan kelebihan 3.6
peratus.
"Namun kelebihan tetap kepada Umno iaitu mendahului Pas dan Amanah
iaitu Umno mendapat 32.2 peratus, Amanah 16.1 peratus sementara Pas
hanya mendapat 12.5 peratus," katanya dalam sidang medianya di Invoke di
sini, hari ini.
Sementara itu, Rafizi berkata, sebanyak 3.2 peratus menyatakan tidak
akan mengundi dalam kaji selidik tersebut; tidak mahu menjawab sebanyak
20.1 peratus dan belum membuat keputusan sebanyak 15.9 peratus.
Ujarnya kaji selidik ini dijalankan selama dua bulan bermula dari enam Februari sehingga enam April 2017.
Pengundi dipilih melalui secara rawak oleh sistem kaji selidik
berkomputer Invoke dan selepas itu mereka akan disoal melalui beberapa
soalan menerusi telefon.
Seramai 1.67 juta orang pengundi berdaftar telah ditelefon secara rawak
dan dari jumlah itu, 116,922 orang pengundi mengangkat telefon
manakala, 10,523 orang pengundi menjawab kesemua 40 soalan yang ditanya.
1 orang berkata:
Yup.
Janji klate dpt kejaan baru dan pas lingkup. It sudah bagus.
Post a Comment