Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh
KUALA LUMPUR - Polis mengklasifikasikan semula kes kematian pelajar
tahfiz yang dilapor dipukul pembantu warden asrama sekolahnya sebagai
kes bunuh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kematian Mohamad
Thaqif Amin Mohd Ghaddafi itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan.
"Kes adik Mohamad Thaqif Amin - PDRM ucapkan takziah kepada keluarga
anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen
302 (Kanun Kesiksaan) kerana bunuh," kata beliau di laman Twitternya
hari ini.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mohamad Thaqif Amin.
Berikutan itu, Khalid berkata, polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan segera.
"Kes adik Mohamad Thaqif Amin - PDRM akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera," kata Khalid.
Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi di
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, tempat pelajar itu mendapatkan
rawatan.
Pelajar tahfiz itu dijadual menjalani pembedahan memotong tangan
kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku pagi tadi, namun
ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.
Kedua belah kakinya sebelum ini telah dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak pada bahagian lain tubuhnya. - Bernama
2 orang berkata:
Blog penuh iklan no ekor!
2018323 leilei3915
ugg boots clearance
cheap nfl jerseys
lacoste clothing
fitflops sale clearance
polo ralph lauren
coach outlet
mont blanc outlet
kate spade handbags
mcm outlet
ralph lauren uk
Post a Comment