KALAU ORANG BAIK TAKKAN AKAN DIPENJARA
-Pak Karamu-
Geli hati dengan kenyataan Rafizi
-Pak Karamu-
Geli hati dengan kenyataan Rafizi
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar
mengakui berasa geli hati dengan kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi
Ramli yang mendakwa pimpinan Pas menerima wang rakyat daripada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, sekiranya Rafizi boleh membaca, ahli parlimen PKR itu sudah
tentu faham yang Pas konsisten dan komited menentang kezaliman BN
melalui siri-siri kenyataan rasmi pimpinan parti.
"Malah di dalam perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda Pas pagi tadi
menunjukkan komitmen kami sekiranya ada pimpinan Pas menerima duit BN,
kami sendiri akan "menendang" keluar dari barisan kepimpinan Pas.
"Dengan syarat buktinya jelas, bukan fitnah tanpa asas seperti yang
dilakukan Rafizi . Ini asas kami parti yang memperjuangkan Islam. Ia
telah dijawab Setiausaha Agung Pas bahawa.
"Nasharudin Mat Isa tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Pas," katanya dalam satu kenyataan balas, semalam.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Rafizi menerusi sidang media di Ibu
Pejabat Invoke, menjelaskan pendedahan itu dibuat setelah seminggu
beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh
yang rapat dengan pimpinan Pas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi dedah nama tokoh Pas terlibat dengan 1MDB]
Sementara itu, tambah Mohamed Sukri lagi, membaca kenyataan Rafizi juga sudah cukup membuatkan beliau geli hati.
"Kenyataan lucu Rafizi boleh dilihat apabila Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly dari PKR ditahan SPRM.
"Di mana ketelusan Rafizi jika benar melawan segala bentuk
penyelewengan? Tetapi sebaliknya yang berlaku adalah kenyataan Rafizi
mendakwa Adam adalah bekas ahli Pas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Adam Rosly dulu ahli Pas: Rafizi]
[ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi usul ambil tindakan terhadap Adam Rosly]
"Pas komited dan konsisten berkata benar di hadapan pemerintah walau
ada di kalangan kami pernah yang dibunuh, ditembak, dipenjara tetapi
bukan dengan cara dan budaya kami menabur fitnah tanpa asas serta
merangka strategi bagi menghalalkan matlamat politik kotor," katanya
lagi.
2 orang berkata:
Org berani mcm rafizi tak takut masuk penjara utk menegakkan kebenaran demi rakyat.
Org penakut dan bacul spt aku dan lebai2 fulusikum tak berani tegakkan kebenaran sbb takut penjara.
Kalau kita byk komitmen mcm hutang kereta mewah, hutang banglo, bini 3-4 orang, memang susah kita nak putus. Kalu putus maka putuslah fulusikom kita. Sapa nak suap 3-4 orang bini kita turr? Bank kejar kereta mewah kita kang...
So acah2 pun jadi la kannn
Post a Comment