BARUA SEORANG NI MENCABAR PAS
CABARANNYA ADALAH YANG TERBAIK
DISEBABKAN KEKEROHAN PAS&PAN
BERMULA DARIPADA PKR MAKA
PAS PERLU BERTEGAS
DENGAN PKR
PUTUSKAN SAHAJA !!!!
KITA NAK TENGOK PKR BOLEH HIDUP ATAU BERKUBUR !!!!
-Pak Karamu-
Pas perlu lepas jawatan di Selangor
SHAH ALAM - Sekiranya Pas memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR secara
muktamad, semua ahli Pas yang mempunyai jawatan dalam Kerajaan Selangor
wajar meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan
itu dimuktamadkan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tidak
logik bagi Pas memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi pada masa yang
sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor.
"Di mana logiknya memutuskan hubungan dengan Amanah dan DAP (sebelum
ini) dan kini mahu memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi pada masa yang
sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor?
"Sebarang tindakan yang lain dari itu akan memualkan rakyat kerana
ruang politik pembangkang akan dilihat banyak berkisar kepada serangan
kepada kawan sendiri (termasuk mengisytiharkan bertanding di
kerusi-kerusi PKR) sedangkan pada masa yang sama masih mahu menerima
habuan dari jawatan yang disandang di Selangor," katanya dalam
kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Usul putus tahalluf siyasi bersama PKR diterima]
Beliau dalam masa sama turut melahirkan rasa kesal berhubung serangan
dan kritikan kasar terhadap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali yang Menteri Besar Selangor yang dibuat oleh perwakilan Dewan
Ulama Pas semasa perbahasan semalam.
"Saya ambil maklum usul yang diluluskan tanpa bahas oleh Dewan Ulama
Pas dan tidak terkejut jika usul yang serupa akan terus diluluskan
sepanjang berlangsungnya Muktamar Pas pada hari ini.
"Pas juga menzahirkan secara jelas tanpa berselindung untuk memimpin
beberapa negeri termasuk Selangor yang kini diterajui PKR.Sebarang
keputusan Pas yang bakal diambil adalah hak Pas dan PKR akan
menghormatinya," katanya lagi.
Perwakilan Dewan Ulama Pas Selangor semalam memberi 'nasihat' kepada
Mohamed Azmin agar tidak bermulut celupar dengan menghina ulama.
Menurut Nik Bakri Nik Mat, beliau berkata demikian sebagai merujuk
tindakan Azmin sebelum ini yang menggelar seseorang sebagai 'tok lebai
yang kalah tersungkur'.
4 orang berkata:
Kalau putus dgn pkr, memang patut lebai fulusikom dikeluarkan dari kejaan selangor. Ada berani? Ke pondan jugak?
Ini bukan gertak. Ini satu cabaran kpd pas. Beranikah pas keluar dr kejaan sgor?
Ada telo???
Sifir nya mudah ...kalau dah cerai x kan nak duduk serumah lagi .....
Dah Cerai. ....Berambuslah. .
Post a Comment