PUAK-PUAK NI MANA TAHU SYARAK ?
-Pak Karamu-
Usul cerai PKR talak tiga diterima
-Pak Karamu-
Usul cerai PKR talak tiga diterima
ALOR SETAR - Muktamar Dewan Pemuda Pas sebulat suara menerima usul supaya diputuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
Usul itu dikemukakan Perwakilan Muktamar Dewan Pemuda Pas Kuala
Terengganu, Abdul Rahman Che Mat dan disokong oleh seorang Perwakilan
Muktamar Dewan Pemuda Pas daripada Shah Alam.
Abdul Rahman berkata, usul itu dibuat berdasarkan beberapa perkembangan
semasa yang dilakukan PKR dan Pemuda Pas berpandangan hubungan ini
boleh diputuskan.
"Situasi Pas dan Pakatan Harapan berlaku dalam pelbagai serangan dan
tohmahan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Pas itu
sendiri.
"Sebelum ini kita melakukan pelbagai tahaluf berdasarkan syarak yang
ditetapkan, tetapi syarak itu telah dilanggar dan kita cerai PKR dengan
talak tiga," katanya.
Menurutnya, Pas kini berhadapan dengan musuh politik iaitu Umno dan BN
serta Pakatan Harapan yang menyerang daripada depan dan belakang.
AKAN MENYUSUL
4 orang berkata:
Hahaha pak karam
Sebagai parti fulusikom, eloklah bertanding bersendirian
Blog PakHARAM
Puak2 walaun mmg bahalol tak dpt beza hukum syarak. Dah putus dgn PKR gi lah berambus dari Selangor. Ibarat suami isteri dah bercerai tapi masih duduk serumah. Hukumnya haram!
Agak2 siapa yg x tau syarak rupa nya
Post a Comment