Takkan kerana Salena Gomez, kita nak berpecah: Azmin
IPOH - "Takkan kerana Selena Gomez kita nak berpecah belah," itu
sindiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap
perwakilan Pemuda Pas yang mengaitkan isu itu antara sebab tahalluf
siyasi perlu ditamatkan antara Pas dan PKR.
Beliau berkata, perbezaan pandangan dalam politik merupakan perkara
biasa kerana dalam rumah tangga juga mempunyai perbezaan antara suami
dan isteri.
Katanya, parti-parti pembangkang perlu memikirkan isu-isu yang lebih
besar terutama melibatkan kerjasama mereka pada PRU14 kerana rakyat
sedang memerhati siapa yang akan dipilih nanti.
"Ini dalam dua tiga hari ini, saya kena teruk jugak. Tak apalah siapa
hentam pun... Marah kerana saya menyokong Selena Gomez. Saya cakap
betul, saya tak kenal sangat Selena Gomez ni, Tanya presiden (Datuk Seri
Wan Azizah Wan Ismail), presiden kenal saya. Saya kenal lagu-lagu
nasyid saja, saya dengar tazkirah saja, penyanyi artis saya tak kenal.
Mengapa marah saya?
"Tak apalah... Nak marah, marahlah. Saya tak ambil hati, saya maafkan
mana-mana pihak, individu yang marah saya kerana tanggungjawab saya nak
jatuhkan Umno dan BN. Sekarang parti-parti politik berpecah kerana apa?
Kerana Selena Gomez tak bolehlah tuan-tuan. Kalau saya salah guna kuasa,
rasuah, saya zalim maka tolaklah saya," katanya ketika berucap pada
Konvensyen PKR Perak, di sini, hari ini.
Hadir sama menyempurnakan konvensyen tersebut, Presiden PKR, Datuk Seri
Wan Azizah Wan Ismail dan beberpa pimpinan tertinggi PKR Pusat dan
negeri.
Mohamed Azmin berkata, dasar-dasar peduli rakyat yang diperkenalkan
kerajaan Selangor perlu dipertahankan oleh pimpinan parti-parti yang
menolak BN.
Katanya, Pakatan Harapan dan parti-parti progresif yang lain perlu
menunjukkan kesatuan mereka kerana rakyat sedang melihat pengganti
kepada BN.
6 orang berkata:
Alhamdulillah.
Tiada lagi pemecah perpaduan dln PH.
Sila keluar dari kejaan selangor. Kalau tau malu la. Klu muka tebal biawak hidup, duduklah sampai lepas pru
ape la korang bodoh mengalahkan kerbau semua.. ini bukan pasal selena gomez la barua oi.. hasan ali pun pas boleh tendang pasal hasan ali nak sekat arak abang lim, negara islam pun pas cakap xda dalam quran setelah sekian lama pas terpekik terlolong kat orang ramai nakkkan kepada negara islam, semuanya demi hububgan ngan abg lim masa tu hehe...ape la sangat pasal pkr syok kat selena gonez tu kerbau2 oi..hal kecik je tu.. ini semua pasal pas nampak yg pkr x syok ngan pas tapi pkr syok ngan abang lim dan parti pan la barua2 semua oi.. betul2 bangang la korang ni.. cuba pkr tunjuk yg dia x suka abglim dan parti pan skrg ni tapi syok kat pas, nescaya kelakuan2 sumbang pkr insyaAllah pas akan backup guna hujah bertopengkan agama la hehe.. eli wong telanjang pun pas setle kejap je, tutup kes, setle terus hehe, pas pakai hujah topeng agama.. korang lupa ke..??
bodoh punya pentaksub2 barua semua..
Alhamdulillah. Takde lg lebai2 musang berjanggut gunting dlm lipatan. Cepat2lah berambusss dari Selangor.hamPAS betul!
marah ke... jgn marah nanti kena jual... betul tu muka tebal biawak hidup geng pan, keluar parti tapi masih lagi makan gaji yb. kah3 . keldai oh keldai
Parti lebai setan bergumbira..
Parti cibai PKR berdukalara....
Post a Comment