Apa erti dua penjuru Pakatan jaja selama ini?
SHAH ALAM – Pas hari ini mempersoal idea dua penjuru yang dijaja Pakatan Harapan dalam soal penentuan kerusi PRU selama ini.
Tidak memahami konsep yang diperjuangkan Pakatan, Ketua Penerangan
Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, idea
Pakatan seolah-olah bertujuan mengecilkan size Pas dalam pertandingan
pilihanraya.
“Adakah maksudnya Pas jangan kacau kerusi dap lawan MCA dan Gerakan?
“Juga Pas jangan kacau kerusi PKR lawan MACA dan Umno, manakala kerusi
tradisi Pas pula sebanyak lebih kurang 80 kerusi lawan Umno akan
diagih-agihkan kalangan Pas, Amanah dan Bersatu?” katanya dalam
kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Pas dilaporkan 'mengarahkan' seluruh parti pembangkang
supaya jangan masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU14 akan
datang.
Mohd Khairuddin berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika Pas menentang Umno.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas arah pembangkang jangan tanding 80 kerusi pilihan]
Menurutnya, jika BN jatuh maka Pas hanyalah parti politik yang seumpama
melukut di tepi gantang parti-parti pembangkang lain dan perjuangan
Islam yang dibawa oleh Pas tidak akan ke mana.
“Sebab itu saya tegaskan Amanah dan Bersatu jangan bertanding di kerusi
Pas lawan Umno iaitu 80 kerusi tradisi. Ia hanya akan menguntungkan
Umno.
“Amanah dan Bersatu minta sahaja sebahagian kerusi DAP dan PKR tandingi
iaitu sebanyak lebih kurang 150 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan
Sarawak. Itu akan menjadikan pembangkang satu lawan satu dengan BN,”
katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment