Keluarga Thaqif akan tuntut bela jika betul didera
JOHOR BAHRU - Keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,
11 akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya kematian pelajar
tahfiz berkenaan mempunyai kaitan dengan kes penderaan terhadapnya.
Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38 berkata, mereka akan membela
kematian Allahyarham sekiranya wujud unsur penderaan ke atas anak ketiga
dari lima beradik itu.
"Buat masa ini kami serahkan siasatan kepada pihak berkuasa, sekiranya
benar didapati dia didera kami akan lawan untuk membela apa yang berlaku
ke atas Allahyarham.
"Sebelum ini dia memang sihat serta tidak pernah dimasukkan ke
hospital. Malah dia juga aktif bermain bola sepak," katanya ketika
ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.
Dzuraidah berkata, pembedahan tangan kanan Allahyarham yang dijadual
pada 8 pagi, semalam terpaksa ditangguhkan selepas dia mengalami demam
teruk serta tekanan jantung yang tinggi.
"Pada mulanya keadaan dia nampak baik dan akan jalani pembedahan tangan
kanan, tetapi terpaksa dibatalkan mungkin disebabkan demamnya yang
terlalu tinggi sehingga suhu melebihi 40 darjah dan tekanan jantung
tidak stabil," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia]
Dalam pada itu katanya, mereka sekeluarga amat rapat dengan Allahyarham
kerana dia anak yang baik malah mereka sering berkumpul bersama-sama
setiap kali musim cuti persekolahan.
"Semasa cuti persekolahan bulan lalu kami dapat melihat keseronokannya
mengikuti pembelajaran di madrasah berkenaan kerana dia memang
bercita-cita menjadi tahfiz malah dia turut memperdengarkan bacaan surah
Al-Mulk yang dihafal olehnya.
"Kami amat bangga dengannya, sebelum dimasukkan ke hospital dia juga sempat menghafal surah Yasin bersama ibunya," katanya.
1 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1495] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 690 JUTA , wassalam.
Post a Comment