Gagasan sejahtera lebih baik berbanding pakatan
ALOR SETAR - Pas bersama rakan blok ketiga melalui Gagasan Sejahtera
akan dimantapkan dengan penyertaan kalangan rakyat, pimpinan masyarakat,
mantan pegawai tinggi kerajaan, serta NGO sebagai asas mendepani
suasana politik yang semakin hangat kini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, agenda ini lebih sistematik dan dirangka sebaik sahaja selesai muktamar ini.
“Kita bentuk gagasan baharu ini yang lebih bersifat setiakawan dengan
libatkan semua kaum dan pelbagai parti politik, NGO serta tokoh pelbagai
kaum, di mana kita ambil kira masyarakat majmuk walaupun kita tonjolkan
Islam sebagai penyelesaian,” katanya, pada sidang media hari ini.
Menurutnya, semua pihak wajar memahami Islam adalah agama yang sempurna, termasuk ideologi dan teori politiknya.
“Jika kaum lain boleh perjuangkan idelogi masing-masing, seperti
Melayu, Cina, India dan Barat, kenapa tidak boleh terima pendekatan
politik Islam dalam pelbagai cabang antaranya, ekonomi. Ini yang mahu
kita perkenalkan sebagai alternatif kepada pakatan sedia ada,” katanya.
Abdul Hadi berkata, gagasan baharu ini diwujudkan susulan sebelum ini,
terdapat rakan politik yang tidak menghormati pendirian Islam yang Pas
perjuangkan.
“Kita tak ganggu pihak lain, tapi pihak lain yang ganggu kita. Mereka
langgar sempadan, sebab itu itu kita wujudkan gagasan baharu yang lebih
baik,” katanya.
Menurutnya, anggota gagasan ini terbuka kepada semua pihak namun belum tiba masanya untuk umum secara rasmi.
3 orang berkata:
Kawan2 dari gagasan PIGS ker pakharamu? Misti best jumpa kawan satu gagasan kan?
Wow!! Tahniah pak karam, ahli pas 1juta, campur parti bow tie ahli 1 juta, mudah2an pas terus karam.
PIGS itu baik
Post a Comment