SETIAUSHA PKR BODOH TIDAK
SEBARANG TANGGUNG !!!
HORAS BAYYYYYY !
BANGANG PUNYA MANDAILING !
-Pak Karamu-
Exco Pas tak perlu letak jawatan kerajaan Selangor
ALOR SETAR – Tiada keperluan untuk semua ahli Pas termasuk Exco Pas di
Selangor meletakkan jawatan sekiranya Pas membuat keputusan untuk
memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, kata Ketua Pemuda Pas, Muhammad
Khalil Abdul Hadi.
Menurutnya, bukan PKR yang melantik exco-exco Pas di Selangor dan
secara faktanya kerusi PKR pun lebih sedikit berbanding kerusi Pas di
negeri itu.
“Exco dalam kerajaan Selangor tidak dilantik oleh PKR ataupun DAP,
mereka mesti meneruskan kerja mereka untuk rakyat di Selangor.
“Kalau putus hubungan dengan PKR bermakna masing-masing akan bekerja
untuk rakyat, bukan untuk parti semata-mata,” katanya kepada media, hari
ini.
Beliau berkata, exco Pas akan bekerja untuk rakyat dan ia adalah amanah
daripada parti serta tidak ada sebab untuk pimpinan Pas mengikut
telunjuk PKR.
Anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata
demikian sebagai menjawab kenyataan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk
Saifuddin Nasution Ismail yang menyarankan supaya semua ahli Pas
melepaskan jawatan dalam kerajaan Selangor jika parti Islam itu
memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Ditanya bagaimana Pas nak mengatasi perpecahan undi pembangkang pada
PRU14 nanti, beliau menjelaskan bahawa tahaluf siyasi itu adalah
bersifat fleksibel dan bukan statik.
“Sebab itulah kita perlu lihat ia dari semasa ke semasa. Apa yang
penting dalam tahaluf siyasi dan dipersetujui oleh Pas. Di sana ada
syarat-syaratnya dan yang paling penting sekali mesti mengukuhkan Islam.
“Sekarang ini kita dengan Gagasan Sejahtera dan kita akan perkasa
memperkasa Gagasan Sejahtera. Kita sudah ada parti sedia ada dan saya
percaya akan ada pengumuman-pengumuman dalam masa terdekat apabila
mungkin ada penyertaan daripada parti-parti lain,” katanya.
3 orang berkata:
Ya mmg tak cerdik, sama mcm presiden pas.
X cerdik x apa ...tapi istiqamah lawan BN . Kalau cerdik pun nak buat apa ...dah boleh menang p bagi BN kuat
Komen KP PAS yang baru memang WIN😆😆😆😆😆😆😆😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Post a Comment