Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INVOKE KAKI TEMBERANG


 SEBUT SAHAJA INVOKE SEMUA TAHU
BERITA DARINYA ADALAH
KELENTOOOONG !

INVOKE DI UJUDKAN HANYA UNTUK
JATUHKAN PAS DAN PIMPINANNYA

INVOKE ADALAH PERANG SARAF PKR YANG
DITERAJUI OLEH KAKI KELENTONG
IAITU RAFIZI RAMLI.

SEKARANG SEBUT SAHAJA INVOKE, SEMUA ORANG TAHU
IA ADALAH ALAT PERANG SARAF RAFIZI/PKR

LEPAS INI INVOKE AKAN JADI KAKI  SEBOK !!!



-Pak Karamu-
 
 
 
Kajian Invoke hanya perang psikologi
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr Kamarul Zaman Yusoff 
 
KOTA BHARU - Dapatan kaji selidik Invoke Malaysia mungkin sahaja akan ditafsirkan sebagai satu perang psikologi bagi melekakan BN atau untuk melemahkan semangat Pas.

Pengarah, Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), UUM Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata, dapatan  kaji selidik iaitu  10,523 pengundi mengenai kebolehpindahan undi antara parti pembangkang yang dilakukan oleh Invoke  for Policy Initiatives tidak perlu dipandang serius oleh rakyat.

Ini kerana menurutnya, diketahui ramai bahawa Invoke adalah milik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap keneutralan kaji selidik tersebut.

“Sebagai pemimpin tinggi PKR, tentu akan ada tuduhan bahawa dapatan kaji selidik tersebut berpotensi digunakan bagi melonjakkan imej PKR sebagai peneraju utama Pakatan Harapan.


“Tuduhan ini tidak boleh dipandang remeh kerana PKR didapati paling diterima oleh pengundi parti komponen Pakatan Harapan  lain, iaitu 87.2 peratus pengundi DAP, 80.4 peratus pengundi Amanah dan 80.3 peratus pengundi Bersatu,” katanya.

Katanya, berdasarkan dapatan kaji selidik itu, maka Amanah kelihatan paling menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi tetapi tidak mendapat balasan sama dari ketiga-tiga parti komponen lain, khususnya PKR.

Tambahnya, masalah kelihatan berlaku di dalam hubungan antara PKR dan Amanah bila hanya 61.0 peratus pengundi PKR sahaja menerima Amanah berbanding 80.4 peratus pengundi Amanah yang menerima PKR.

Begitu juga katanya, dengan hubungan antara PKR dan Bersatu yang turut tidak seimbang bila hanya 66.3 peratus sahaja pengundi PKR menerima Bersatu berbanding 80.3 peratus pengundi Bersatu terima PKR.

Jelasnya lagi,hubungan antara DAP dan Amanah juga kelihatan tidak seimbang bila hanya 65.5 peratus pengundi DAP sahaja menerima Amanah berbanding 81.5 peratus pengundi Amanah yang terima DAP.

Begitu juga dengan hubungan antara DAP dan Bersatu yang kelihatan tidak seimbang bila hanya 61.4 peratus pengundi DAP sahaja menerima PPBM berbanding 69.8 peratus pengundi Bersatu yang menerima DAP.

Kesemua ini katanya, mendedahkan ketidakikhlasan antara sesama parti komponen PH, khususnya DAP terhadap Bersatu dan Amanah serta PKR terhadap Amanah dan Bersatu.

Oleh itu, dalam pada ia menunjukkan penerimaan semua komponen Pakatan Harapan terhadap PKR, dapatan kaji selidik berkenaan juga menunjukkan belang sebenar bukan sahaja PKR tetapi juga DAP terhadap parti-parti rakan mereka.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Invoke dibuat berdasarkan pertandingan 3 penjuru. Oleh sbb invoke positif, maka PH perlu pastikan pertandingan 3 penjuru di semua kerusi di malaysia.


Jangan bagi pas menang walaupun satu kerusi. Kita nak tengok bibir hadi tukar kala jadi biru

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.