MASA PILIHANRAYA KECIL SG:BESAR DAN K.K
AMBOI, BUKAN MAIN LAGI, KATA PAS MACAM-MACAM, DAH LUPA KE ?
BILA DEKAT PILIHANRAYA NI PANDAI PULAK NAK TUNJUK LEMBUT, NAK AMBIL HATI RAKYAT ?
RAKYAT TAHU PARTI TERNAKAN DAP SIAPA
KEMUDIAN TOLAK PULA RUU 355.
HAAA, BETUL LA PAN YANG BANYAK TAK KENA.
DAH LA WARNA BAJU MACAM SAMI. TAK HABIS DENGAN TU, MACAM PAKAIAN ORANG JAHAT DALAM PENJARA PULAAAAK ,
MASIH TAK NGAKU ?
-Pak Karamu-
Amanah perlu tabah bila digelar 'Pan'
KUALA TERENGGANU - Ahli-ahli Amanah perlu berjiwa besar berhadapan
tekanan daripada Pas termasuklah apabila parti tersebut menggelarkan
Amanah dengan panggilan 'Pan'.
Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata, walaupun panggilan
tersebut tidak digemari ahli-ahli Amanah, beliau berharap mereka
berlapang dada dan menerimanya dengan terbuka serta menganggapnya satu
‘latihan’ dalam berhadapan cabaran politik.
Dalam pada itu, Husam turut mengingatkan ahli-ahlinya supaya tidak
membalas tindakan tersebut dengan memberikan gelaran buruk kepada Pas.
“Walaupun orang ‘Pan’ tak suka dipanggil ‘Pan’ tetapi saya sengaja
gunakan istilah yang dipakai oleh Pas supaya saudara tidak rasa kecil
hati dan sempit fikiran bila orang sebut saudara, panggil saudara dengan
nama yang saudara tidak sukai.
“Anggaplah ini sebagai satu latihan hendak mengukur berapa besarnya
jiwa inklusiviti kita. Kalau dengan perkataan ‘Pan’ pun kita tidak boleh
toleransi, kompromi, bagaimana nanti kalau kita mentadbir Malaysia,
mentadbir negara, mentadbir negeri dengan kesempitan dada, kesempitan
fikiran, minda kita menghadapi karenah yang akan berlaku? Jadi Pas kata
‘Pan’, kita boleh terima dengan hati terbuka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Dana PRU14
anjuran Pemuda Amanah Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER)
di sini, malam tadi.
Turut hadir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi Amanah
Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Ketua Pemuda
Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan; Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Mohd
Hasbie Muda; Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail; Pengerusi DAP
Terengganu, Ng Chai Hing; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
dan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, beliau menuntut ahli-ahli Amanah terus bergerak ke
hadapan bagi mencipta kebangkitan sokongan rakyat terhadap ‘oren’, tema
warna parti Amanah, tanpa terlalu sensitif dengan isu gelaran tersebut.
“Jadi kalau kita hendak ‘go for orange’, kita kena betul-betul terbuka
dan keterbukaan ini boleh diukur apabila kita berhadapan dengan garis
keras Rusila, dihadapi dengan garis lembut Raja Bahrin,” katanya.
4 orang berkata:
Pas akan berentap dgn Umno dan Pakatan. 3 penjuru itu lebih berpihak kpd Pakatan kerana;
1) Krisis Pas lahirnya Amanah (Pakatan)
2) Krisis Umno lahirnya Bersatu (Pakatan)
* Sekiranya dianggarkan 30% shj ahli Pas menjadi ahli Amanah dan 30% shj ahli Umno menjadi ahli Bersatu. Bermakna pertambahan hampir 60% jumlah keahlian baru dalam Pakatan. Inilah kekuatan gelombang yang akan berlaku pada PRU14. Mustahil ahli bersatu mengundi Umno, mustahil ahli Amanah mengundi Pas dan mustahil ahli gabungan
dalam Pakatan mahu mengundi Pas dan Umno.
Oleh itu 3 penjuru tidak akan mengugat Pakatan.
Negeri Umno akan ditawan oleh Pakatan. Negeri Pas akan ditawan oleh Pakatan atau Umno.
Elakkan menerima gula2 Pas memujuk Pakatan menerima mereka kembali setelah analisa ini didedahkan, kerana Pas adalah parti yang tidak konsistan dan boleh diperkudakan janji ada dedak ditawarkan.
Pas parti bangsat
Pas parti lebai2 korup jual agama.
Dengan adanya Pas dlm PH akan lebih menyusahkan PH. Umno sendiri tak berminat dgn Pas yg hanya layak jd keldai tunggangan mrk je.
Post a Comment