Anwar fail saman mohon dibebaskan segera
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebentar tadi memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia bagi menuntut
supaya dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun atas kesalahan
meliwat.
Anwar selaku plaintif memfailkan saman tersebut di Pejabat Pendaftar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N. Surendran menamakan
Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Melalui pernyataan tuntutannya, Bekas Ketua Umum PKR itu mendakwa sabitan bersalah ke atasnya di Mahkamah Rayuan diperolehi
melalui penipuan yang dilakukan ke atas Mahkamah Tinggi oleh Mohd Saiful
Bukhari Azlan.
Dakwanya lagi, penipuan itu kemudiannya diteruskan di Mahkamah Rayuan
dan Mahkamah Persekutuan yang mengakibatkan plaintif disabitkan tuduhan.
Sehubungan itu, plaintif menuntut keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 7
Mac 2014 dan keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 10 Februari 2015
diketepikan atas sebab penipuan.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menuntut supaya dilepas dan dibebaskan, selain kos dan relif lain yang sesuai.
Sementara isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata,
pemenjaraan ke atas suaminya yang tidak bersalah adalah satu kezaliman.
"Satu hari dipenjara adalah kezaliman kepada orang yang tidak bersalah.
Atas dasar keadilan Anwar tidak patut berada dalam penjara kerana tidam
bersalah," katanya.
5 orang berkata:
Klu anwar kuar, musnahlah harapan tn guru lebai dol nak jadi pm.
Klu anwar kuar, 99.999% kompem kelantan jatuh ke tangan PH.
Kalau Anwar keluar, nada suara ketua dan lebai2 rasuah jual agama Pas akan mula kendur memfitnah PH.
lebai jd pm... x layak langsung. kaki ponteng
Kalau anwar kluar penjara akan ada BERSIH 4. Jilat semua ludah Tun M sampai bersih. Puih...dulu bkn main marah meluat kat tun. nah sekarang bkn main mesra lg..puih lg skali.
Post a Comment