PKR masih mengharapkan Pas?
SEBERANG JAYA - PKR yakin Pas akan memuktamadkan keputusan mengenai isu
tahaluf siyasi dengan semangat untuk mengukuhkan gabungan pakatan.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau
yakin keputusan itu akan dibuat dengan sebaiknya kerana keputusan Majlis
Syura Pas berbeza dengan parti politik lain.
Menurutnya, setakat ini PKR masih lagi menunggu keputusan Majlis Syura
Ulama Pas berhubung isu berkenaan sebelum sebarang tindakan lanjut
diambil.
"Kita tak boleh buat spekulasi..tunggu lah majlis syura buat keputusan
rasmi, sebelum ini hanya segelintir ahli pas sahaja yang membangkitkan
isu berkenaan.
"Saya yakin kepimpinan tertinggi Pas akan membuat keputusan atas
semangat untuk mengukuhkan semangat pakatan," katanya ketika ditemui
media selepas menghadiri Konvensyen PKR Pulau Pinang yang diadakan di
sini, hari ini.
Hadir merasmikan konvensyen berkenaan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai nasib barisan Exco dari Pas di
Selangor, Azmin berkata, sebarang keputusan mengenai kedudukan mereka
hanya akan diputuskan selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan
rasmi mengenai usul tersebut.
Pada 27 April lalu, Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara
meluluskan usul supaya tahaluf siyasi antara Pas dan PKR ditamatkan.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman
Razali bagaimanapun berkata, keputusan usul itu tertakluk kepada
keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan Pas.
2 orang berkata:
ralph lauren uk
mlb shop
oakley sunglasses
canada goose outlet
ugg boots clearance
moncler outlet
supreme outlet
ugg boots
pandora charms
canada goose uk
zzzzz2018.8.10
salomon
moncler
cheap jordans
jordans
pandora
nike soldes femme
nike factory outlet
true religion outlet store
christian louboutin shoes
ugg boots
Post a Comment