Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS SEMAKIN GERUN DENGAN PAN ? PARTI PENGKHIANAT NI MIMPI RUPANYA

PAN PARTI TERNAKAN 
TAK DE MARUAH
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Jahanam Pan: Amanah tak kecil hati
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR - Amanah tidak berkecil hati dengan ungkapan 'Jahanam Pan' yang ditujukan kepada parti itu di Muktamar Dewan Ulamak Pas, semalam.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, sebaliknya tindakan perwakilan Pas itu membuktikan Amanah menjadi saingan yang semakin digeruni.

"Kita tak kecil hati sebaliknya jauh di sudut hati saya gembira. Apabila Pas tunjukkan reaksi yang agresif kepada Amanah, ini tunjukkan kita semakin ditakuti.

"Malah, apa yang mereka dakwa Amanah sebagai parti serpihan dan sebagainya terbukti tidak benar. Itu yang jadi kerisauan Pas dan kerisauan mereka berasas kerana Amanah ternyata semakin diterima berbanding Pas," katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, istilah 'Jahanam PAN' dilaungkan sebelum Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Mohd Rejab Md Akhir memulakan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak Pas.

Sebelum itu, Mohd Rejab meminta semua perwakilan berdiri kerana mahu mengetuai bacaan ikrar.



Bacaan ikrar yang disampaikan dalam bahasa Arab itu disusuli laungan takbir sebanyak tiga kali, sebelum  Mohd Rejab  menyebut 'Jahanam PAN' sebaik ia berakhir.

Menurut Salahuddin, tindakan perwakilan Pas itu juga bukan satu budaya politik yang dianjurkan Islam.

Jadi tak sewajarnya ia berlaku dan kita juga tidak akan terpedaya dengan pendekatan sebegini," katanya.

2 orang berkata:

Lan said...

Sifir nya mudah . Kalau dah sampai tahap maki hamun , Amanah di jadi kan keceman dalam Muktarmar mmg maknanya PAS gerun lah . Kalau x , kalau Amanah ini cuma cicak mengkarung , x payah sebut , x payah maki , buat x tau saja lah . Nanti Ustaz2 PAS akan halalkan semua ini .

Anonymous said...

Kalau dah dipanggil jahannam pun suka. Memang hahannam lah...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.