'PKR nafi Sivarasa mahu lapor polis terhadap Sultan'
SHAH ALAM - PKR hari ini, menafikan mesej WhatsApp satu kenyataan yang
kononnya dikeluarkan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa terhadap Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, kenyataan itu sengaja dibuat bagi menjejaskan nama Sivarasa dan PKR.
"Beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media seperti ini, malah beberapa fakta adalah salah.
"Sivarasa tidak mempunyai seorang pembantu/PA pada waktu ini yang
bernama Peter Chong dan beliau bukan Naib Presiden PKR," katanya dalam
satu kenyataan media hari ini.
Sebelum ini tular di WhatsApp satu kenyataan yang kononya dikeluarkan
oleh Sivarasa, di mana kenyataan itu dipetik sebagai Sivarasa berkata,
"Kenyataan dikeluarkan pihak Istana Selangor terhadap saya dirasakan
terlalu kasar dan menafikan hak kebebasan saya untuk bersuara dan
menyatakan kebenaran mengenai situasi politik semasa.
"Disebabkan itu, saya akan membuat laporan polis terhadap kenyataan
Sultan Selangor kerana melanggar hak seperti termaktub dalam Perkara 8
Perlembagaan," petik kenyataan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN:Tindakan Sivarasa melampau: Sultan Selangor]
Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita
terhadap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang berucap dalam
Masjid An Nur di Kampung Melayu Subang, 24 Mei lalu.
Baginda menyifatkan perbuatan Sivarasa itu melampaui batas kerana masih
berucap di dalam masjid meskipun sudah berkali-kali diingatkan agar
masjid tidak dijadikan tempat berpolitik sama ada bagi yang beragama
Islam mahupun bukan Islam.
Sultan Selangor turut memberi amaran untuk tidak teragak-agak
menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya menamatkan
perkhidmatan nazir, imam dan AJK masjid yang melanggar serta tidak
mematuhi peraturan ditetapkan.
Selasa lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan tindakan
Sivarasa yang memasuki dan memberi ceramah di ruang solat Masjid An Nur
Kampung Melayu Subang.
3 orang berkata:
Akibat makan dedak yang banyak, fitnah jadi halal.
Saya ibu surty tki singapore saya hadir berkomentar di dalam blog ini,cuma ingin menceritakan kisah nyata,sekaligus mau mengucapkan banyak terimah kasih kepada Mbah Sero,atas bantuannya semua hutang2 saya sudah pada lunas,nomor togel yang Mbah berikan lansung 4d bocoran singapore,syukur alhamdulillah tembus dapat kemenangan 800.juta,itu dalam bentuk uang indo,kemarin saya sangat bingun karna hutang banyak syukur sekarang sudah senang,saya tidak akan melupakan bantuan Mbah,apa bila saya sudah pulang ke indo saya akan berkunjung kepondok Mbah untuk silatu rahmi,bagi saudarah2 yang lagi terlilit hutang jangan anda putus asa,kalau mau sukses seperti saya silahkan tlpn atau sms Mbah Sero di nomor O82~37O~357~999 beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberikan bukti,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktiannya terima kasih...
Sampai skrg sekor mnusia dr amno atau pas x dpt beri bukti ucapan Siva berpolitik dlm masjid....
Post a Comment