PAKATAN HARAPAN MEMANG KETANDUSAN
PEMIMPIN UNTUK MEMIMPIN. LALU MEREKA LANTIK MAHDHIR UNTUK MENJADI PEMIMPIN TERTINGGI. INI MENUNJUKKAN PH LEMAH DAN TIADA
YANG MEREKA HARAPKAN.
TIDAK SALAH JIKA KITA MELANTIK SESIAPA SAHAJA MEMIMPIN TAPI PERIKSA DAHULU LATAR BELAKANG
PEMIMPIN TERSEBUT, ADAKAH DIA BEBAS DARI SEBARANG JENAYAH ? ATAU KELUARGANYA ?
KALAU BOLEH BIARLAH DIA DARI ANAK NEGERI/NEGARA YANG ORI DAN IKHLAS
TERHADAP NEGARA DAN RAKYATNYA
CER PERIKSA APA JENAYAH YANG TELAH DILAKUKANNYA SELAMA 22 TAHUN MEMERINTAH ?
DAN KESAN DARI PEMERINTAHANNYA ADAKAH RAKYAT TELAH TERBEBAN ?
-Pak Karamu-
Tindakan Zahid mengecewakan
SHAH ALAM - Tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi menghina Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad
semata-mata kerana keturunan bapanya amat mengecewakan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan itu amat
mengecewakan apatah lagi ia dilakukan oleh pemimpin nombor dua negara.
Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, Ahmad Zahid seharusnya
menunjukkan tauladan yang baik dan Islamik dari segi tindakan mahupun
percakapannya.
“Sebagai umat Islam, Ahmad Zahid tidak wajar bermain dengan politik
perkauman. Apatah lagi, melibatkan keturunan dan individu yang bapanya
sudah meninggal dunia.
“Saya bimbang, tindakan Ahmad Zahid ini akan menyebabkan musuh
menyiasat pula asal usul keturunan beliau. Tindakan sebegini sudah pasti
tidak membantu, malahan tidak memajukan rakyat Malaysia,” katanya
kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan majlis penutup
mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya mendedahkan mempunyai bukti nama
sebenar Mahathir ialah Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.
“Ini kad pengenalan biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki
Iskandar Kutty. Nombor kad pengenalan biru dia. Ini yang dihantar oleh
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” dakwa Ahmad Zahid.
Tambahnya lagi, bekas perdana menteri keempat itu hanya menggunakan orang Melayu sepanjang berkuasa selama 22 tahun.
Tambah Izzah, rakyat sudah muak dengan politik perkauman sebaliknya kebajikan dan kehidupan mereka perlu dibela.
“Perkauman tidak akan menyelesaikan masalah rakyat, malah menanam kebencian,” katanya.
Sementara itu, anak bekas perdana menteri keempat, Datin Paduka Marina tidak mahu mengendahkan kata-kata Ahmad Zahid itu.
“Saya tiada masalah walaupun gelaran itu salah sebab saya bukan rasis.
Sesiapa sahaja datuk nenek kita, kita mesti hormat kerana tanpa mereka,
kita tidak akan wujud hari ini,” katanya.