Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA TAK PATUH ARAHAN BATALKAN SAHAJA DAP


Kit Siang takut hilang kedudukan
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
 
SHAH ALAM - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dikhabarkan bimbang kedudukannya terjejas, menjadi punca parti itu enggan melakukan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa, Kit Siang dikatakan bimbang sekiranya pemilihan dilakukan, beliau akan kehilangan kedudukannya kepada Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang lebih berpengaruh dalam parti.

“Seng Giaw lebih popular dalam DAP. Sebab itu, mereka sengaja melengah-lengah dan tidak mahu buat pemilihan semula,” katanya, semalam.

Menurutnya, jika tiada apa yang hendak disembunyikan, mengapa DAP enggan menurut arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Bila sudah berada di bawah ROS, kita terpaksa ikut arahan mereka. Jika tidak buat, banyak implikasinya.

“Antaranya CEC yang ada sekarang ini tidak akan diiktiraf oleh ROS. Bila tidak diiktiraf, maknanya ia tidak berfungsi. Apabila tidak berfungsi, mereka tiada kuasa untuk buat apa-apa termasuk meletakkan calon pada PRU14,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini dilaporkan mempertikaikan arahan ROS dan bertegas tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu dengan alasan parti itu telah berbuat demikian pada 29 September 2013.

1 orang berkata:

Anonymous said...

ROS MAH

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.