DAP terima surat rasmi ROS adakan pemilihan baharu
SHAH ALAM - DAP telah menerima surat rasmi daripada Pendaftar
Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu bagi
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), pagi semalam.
Perkara itu dinyatakan Ketua Biro Perundangan Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo melalui laman sosial Facebooknya.
“DAP menerima pemberitahuan rasmi keputusan daripada ROS melalui surat
pada pagi ini (semalam). CEC akan bertemu Rabu ini untuk bincang
kandungannya. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas itu,” katanya.
Pada 7 Julai lalu, ROS dalam kenyataan media berkata, pelantikan
anggota CEC dan pemegang jawatan utama dalam DAP melalui pemilihan
semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah di sisi
undang-undang.
Pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai perwakilan
yang berhak hadir dan mengundi dalam pemilihan CEC pada 15 Disember
2012, membabitkan 2,576 perwakilan dari 865 bahagian.
Ini kerana hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf boleh melantik
individu ke jawatan utama, menurut Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan
DAP.
Susulan pengumuman itu, DAP mengadakan sidang media mengumumkan ia
tidak akan mengadakan pemilihan baharu, tetapi mahu bertemu ROS.
2 orang berkata:
Kan senang. Pemilihan tiada perubahan keputusan tetap sama. Semua telah stand utk tumbangkan Umngok/Bn.
Pru lama lagi. Sempat nak buat pemilihan balik tu. Tapi aku rasa keputusan tetap sama.
Post a Comment