Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASALAH PENGUNDI HANTU MEMBAWA NEGARA DALAM KEADAAN HURU HARA ?

Pengundi hantu: PKR beri SPR seminggu beri penjelasan
0
 Pengundi hantu: PKR beri SPR seminggu beri penjelasan
 
Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (dua, kiri) memberikan penerangan ringkas kepada wartawan berkaitan 4,000 yang disyaki pengundi hantu di Wangsa Maju dalam sidang media di Petaling Jaya, hari ini.
 
PETALING JAYA - PKR hari ini mendesak Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berkaitan pengundi hantu di Wangsa Maju.

Bendahari Agung, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew memberikan tempoh seminggu pada SPR untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

"Saya terkejut apabila mendapati satu angka besar pengundi yang luar biasa didaftarkan dan dipindahkan ke Wangsa Maju dalam tempoh sembilan bulan ini.

"Siasatan juga menunjukkan kebanyakan pengundi ini menggunakan alamat orang lain untuk mendaftar.

"Justeru, kami menggesa pihak terlibat tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara ini,"katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau akan mengambil tindakan jika pihak tersebut gagal memberikan penjelasan.

"Laporan polis akan dibuat kepada individu terlibat sekiranya gagal berbuat demikian," katanya lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan bagaimana isu pengundi hantu ini boleh terlepas pandang oleh pihak SPR.

"Dengan wujudnya pengundi hantu ini, akan membuatkan wujudnya persepsi bahawa di kawasan lain juga ada perkara seperti ini.

"Saya hairan mengapa SPR tidak kelihatan bersungguh untuk mengatasi perkara ini.

"Selain itu, saya juga hairan mengapa tidak diwujudkan "Automatic Voter Registration" supaya sistem pendaftaran pengundi akan lebih teratur," katanya pula.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.