KENA PERBETULKAN JUGA ISTILAH RAMAI.
Tidak perlu polemik hukuman sebat dikhalayak
YAN - Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai yang diluluskan
Persidangan Dun Kelantan tidak perlu dipolemikkan kerana ia bukan
perkara baharu di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, orang ramai juga perlu faham, hukuman itu hanya dilaksanakan
terhadap pesalah orang Islam berikutan ia berdasarkan kepada kesalahan
syariah.
"Jangan jadikan isu...amalan ini sudah pun berlaku di luar dari penjara
macam di Tawau (Sabah). (Tetapi) ramai tidak faham hukuman berdasarkan
syariah hanya melibatkan orang Islam," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Persidangan Pemuda Umno Bahagian Jerai di Guar Chempedak
dekat sini, hari ini.
Pada Rabu lepas, Dun Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU)
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya
membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.
RUU itu turut memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama
menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan
sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
Jamil Khir yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai berkata, bagaimanapun
hukuman sebat dalam penjara sebenarnya sudah menepati khalayak ramai
kerana menurut istilah Islam, ia bermaksud melebihi dua orang.
"Dalam penjara itu sudah lebih dua orang termasuk dengan doktor yang
datang melihat, pegawai (penguat kuasa) agama, pengiring pesalah serta
petugas lain," katanya. - Bernama
3 orang berkata:
Rasanya hukuman ini tak akan dijalankan di kelantan selagi nik abdoh belum jadi MB klate dan mokhta snake belum jadi presiden pas.
Hanya nik abdoh dan mokhta snake saja yg mampu menzahirkan hukuman ini.
Setuju 100%
Mokhtar snake tu yg mana 1? Yg tunjuk kote kat pompuan tu ke?
Post a Comment