Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH MULA MINTA KERUSI

Memang Bersatu ada minta runding kerusi: PKR
Mohd Sukirman Mustafa
Mohd Sukirman Mustafa
 
TANAH MERAH - PKR Kelantan mengesahkan ada permintaan daripada Bersatu untuk berunding supaya parti baharu itu bertanding di kerusi parlimen di negeri ini yang ditandingi PKR tetapi kalah pada PRU13 lalu.

Pengarah Komunikasi PKR negeri, Mohd Sukirman Mustafa  berkata, cadangan daripada pimpinan Bersatu berhubung rundingan itu menyebut tiga kawasan parlimen terbabit iaitu Ketereh, Machang dan Tanah Merah.

Namun, katanya, kepimpinan PKR negeri belum memberikan kata putus terhadap permintaan parti rakan dalam Pakatan Harapan itu dan menyerahkan kepada pimpinan tertinggi parti untuk membuat keputusan.

"Dia (Bersatu) bukan minta (kerusi pilihan raya) tetapi nak berunding dengan PKR negeri untuk bertanding pada PRU14 nanti di kerusi parlimen yang PKR kalah pada PRU13.

"Bagaimanapun kita tak boleh beri begitu sahaja kerana dia mesti ada kekuatan jentera dan calon boleh menang. PKR pun kena kemukakan calon dan jika calon kita lebih baik, PKR tetap akan bertanding," katanya, hari ini

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan Bersatu sedang melobi PKR untuk bertanding di Parlimen Tanah Merah, manakala sebagai ganti, PKR bertanding di Parlimen Jeli pada PRU14 akan datang.

Mohd Sukirman berkata, berdasarkan kenyataan Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution sebelum ini, parti itu tidak akan melepaskan kerusi parlimen yang kalah dengan majoriti tipis seperti Ketereh dan Machang.

"Tapi bagi kerusi Parlimen Tanah Merah, mungkin boleh runding lagi (cadangan supaya Bersatu bertanding) sebab kita (PKR) kalah dengan majoriti besar lebih 4,000 undi.

"Tetapi kalau ikutkan kenyataan Penasihat Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa pula, kerusi di mana PKR bertanding pada PRU13 sama ada parlimen atau Dun kekal milik PKR (pada PRU14)," jelasnya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

pak karam, pru dah dokek, bilo ey hadi dan najib nak bincang bahagi2 kerusi parlimen??
jantung lobai hadi lomah lagi ko?

Anonymous said...

Saya memang mengharapkan pas dan umno bekerjasama agih kerusi pada pru14 nanti. Semoga pertandingan 1 lwn 1, iaitu diantara pas/umno lwn ph. Pakatan pas/umno mewakili melayu islam lwn ph pakatan diketuai kapiag dap pejuang lgbt,diketuai anwar aljuburi ,diketuai pan si khalwat dan berbual lucah dg bini org , diketuai ppbm kepala tuan guru rasuah dan penyeleweng ratusan billion wang negara.

Unknown said...

Sudah berkali-kali saya mencari tempat yang menyediakan pesugihan,mungkin lebih dari 15 kali saya mencari paranormal mulai dari daerah jawa garut,sukabumi, cirebon, semarang, hingga pernah sampai ke bali ,namun tidak satupun berhasil, niat mendapat uang dengan jalan pintas namun yang ada malah kehabisan uang hingga puluhan juta, suatu hari saya sedang iseng buka-buka internet dan menemukan website dari MBAH BUDI HARTONO, sebenarnya saya ragu-ragu jangan sampai sama dengan yang lainnya tidak ada hasil juga, saya coba konsultasikan dan bertanya meminta petunjuk pesugihan apa yang bagus dan cepat untuk saya, nasehatnya pada saya hanya disuruh yakin dan melaksanakan apa yang di sampaikan MBAH BUDI HARTONO, semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari alhamdulilah akhirnya MBAH BUDI HARTONO membantu saya pesugihan dana gaib 5M yang saya tunggu-tunggu tidak mengecewakan, yang di janjikan cair keesokan harinya, kini saya sudah melunasi hutang-hutang saya dan saat ini saya sudah memiliki usaha sendiri di palembang, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi MBAH BUDI HARTONO di 085256077899 atau kunjungi websitenya agar lebih di mengerti klik disini-> KLIK PESUGIHAN DANA GAIB DISINI tidak lansung datang ke jawa juga bisa, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. alhamdulillah hasilnya sama baik

Anonymous said...

Hadi tongah bincang dongan kartel azmin kot?

Anonymous said...

Amno dah koncing hadi.
Lobai dah pocah barai.
1/3 sokong lobai. 1/3 harum manis. 1/3 masuk amanah.

Jadi tukun laa

Anonymous said...

Ko kenal tar snake?
Ko tak kenal kot...
Hehe

Anonymous said...

Bila PH guna 1 logo, umno, azmin dan pas akan tertonggeng...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.