RAKYAT MENYAKSIKAN PAKATAN HARAPAN
DAH MULA NAK REBUT NEGERI.
-Pak Karamu-
Gesa beri laluan Bersatu ketuai Kedah
KULIM - Bersatu mahukan Pakatan Harapan memberi laluan kepada parti itu
untuk mengepalai pembentukan kerajaan di Kedah sekiranya berjaya
merampasnya pada PRU14.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasrat itu telah
disuarakan kepada pemimpin Pakatan Harapan yang lain berikutan sokongan
diberikan rakyat.
Menurutnya, Pakatan Harapan juga diminta memberi peluang kepada
calon-calon Bersatu untuk menguasai kerusi-kerusi yang ada di negeri itu
pada PRU ini.
"Saya sudah bisik kepada rakan-rakan Pakatan Harapan bagilah Kedah
kepada Bersatu untuk mengepalainya kerana kita lihat sokongan yang
ditunjukkan rakyat kepada parti di sini amat menggalakkan.
"Malah saya juga minta kerusi-kerusi yang ada di negeri ini diberikan
juga sebahagian besar kepada Bersatu yang mana apabila kita berjaya,
kita boleh bentuk kerajaan,"katanya dalam ucapan di Rumah Terbuka
Bersatu Negeri Kedah, hari ini.
Beliau berkata, semangat rakyat negeri ini yang mahukan perubahan sudah
lama ditunjukkan dan ia adalah peluang untuk Pakatan Harapan memenangi
hati mereka dan menarik sokongan untuk parti.
"Rakyat di negeri ini sudah lama bukan hanya untuk pasukan bola sepak
tetapi semangat untuk membawa perubahan-perubahan untuk negeri termasuk
pembangunan dan kerajaan.
"Kedah juga adalah kubu bagi Beratu, kita boleh lihat di setiap majlis
atau program yang diadakan, begitu ramai yang hadir bukan masyarakat nak
lihat pemimpin yang ada sahaja atau Tun Mahathir tetapi mahu nyatakan
pendirian mereka untuk tukar kerajaan sedia ada,"katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
turut berkeyakinan rakyat akan terus memberi sokongan kepadanya ekoran
trek rekodnya sebagai Menteri Besar sebelum ini adalah baik.
"Saya pun tak banyak pengalaman sangat tapi saya lihat zaman saya dulu
pun tak ada masalah besar pun saya buat, saya tak pernah lena ketika
buat kerja.
"Tapi disebabkan kononnya saya kehilangan kepercayaan rakyat saya
terpaksa mengundur diri menjadi Menteri Besar namun saya lihat sehingga
ke hari ini masih ada orang menyokong saya,"katanya.
2 orang berkata:
Ini bukan perebutan. Ini strategi. Apa level kita nak menyatakan ini suatu perebutan!
Ayat ini biasanya umngok gunakan dan sekarang giliran pigs pula.
Pilihlah parti mana yang berpotensi utk memenangi setiap kerusi.
Jangan kita sombong dan riak. Kerana hendak menunjukkan kita parti kononnya kuat maka dipertaruhkan bertanding disemua kerusi. Itu BODOH namanya!
Utamakan 1 misi Janji BN tumbang.
Kelantan boleh bagi kat husam.
Nik abdoh boleh jaga tukun
Post a Comment