UNDI MELAYU MEROSOT PADA PAKATAN HARAPAN DISEBABKAN DAP,PAN DAN MAHADHIR BERADA DIDALAM PAKATAN HARAPAN
-Pak Karamu-
Pakatan yakin raih 30 peratus undi Melayu
BANDARAYA MELAKA - Pakatan Harapan yakin mampu menarik 30 peratus undi
Melayu pada PRU akan datang dalam usaha pembangkang menawan Putrajaya.
Berbekalkan 30 peratus undi itu ditambah dengan sokongan yang diterima
dari pengundi bukan Melayu, pakatan pembangkang percaya mereka akan
mendapat undi majoriti, sekali gus membentuk kerajaan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Harapan menyasarkan
mendapat sekurang-kurangnya 25 peratus undi Melayu bagi memudahkan
hasrat membentuk kerajaan selepas PRU14.
Menurutnya, sokongan pengundi bukan Melayu kepada Pakatan Harapan juga
akan membolehkan pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) dari segi
kutipan undi.
“Kalau kerajaan Pulau Pinang yang difitnah sebagai anti-Islam dan
anti-Melayu pun boleh mendapat sekurangnya 30 peratus undi Melayu, saya
tidak lihat mengapa ini tidak boleh berlaku di negeri lain.
“Untuk menang kali ini kita mesti tarik sokongan orang Melayu dan inilah yang kita lakukan menerusi gabungan Pakatan Harapan.
“Malahan, tindakan BN yang semakin kerap menyerang pemimpin pakatan
kini membuktikan mereka sendiri sudah risau dengan keadaan ini dan sedar
masa mereka sudah tiba (untuk kalah),” katanya semasa satu ceramah
politik anjuran DAP Melaka di sini, malam kelmarin.
Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, keputusan satu
kaji selidik dijalankan Invoke Malaysia turut memberi keyakinan kepada
beliau bahawa Pakatan Harapan berpeluang cerah membentuk majoriti pada
PRU akan datang.
Kaji selidik itu memperbandingkan pertembungan tiga penjuru antara
Umno, PKR dan Pas yang menunjukkan Umno mendapat jumlah undi 29 peratus,
PKR 22.3 peratus dan Pas 11.2 peratus.
Berdasarkan keputusan kaji selidik ini katanya, Pakatan Harapan
berpeluang cerah untuk menang sekiranya dapat menarik undi pengundi
Melayu, termasuk mereka yang di atas pagar.
“Kita kena hadapi realiti bahawa kalau satu parti hendak lawan BN
memang susah hendak menang, sebab itulah kita wujudkan Pakatan Harapan.
"Bukan macam Pas. Kalau Pas lawan BN bersendirian sudah tentu mereka akan kalah... tentu habis punya,” katanya.
4 orang berkata:
Ulamak bangsat..makan dedak 90juta..
aik dlu ko puji pas hehe.. hagak2 la hihi.. jgn nmpak sangat.. pas masa kawan ngan ko dan x kawan ngan ko ialah pas yg sama yg jual agama xda beza pun.. awat skrg marah2.. sikit hagak pun xda ni hihi..
JIKA DILIHAT DARI APA YANG BERLAKU SEKARANG KEMUNGKINAN BN AKAN TUMBANG, BN DAN PAS AKAN JADI PEMBANGKANG DAN PEMBANGANG, PAS MUNGKIN AKAN DAPAT UNDI SEPAROH SAHAJA DARI JUMLAH UNDI AHLI PAS, RAMAI YANG DAH CELIK TIDAK MENGIKUT MEMBABI BUTA APA YANG DIPERKATAKAN OLEH PEMIMPIN PAS, RAMAI YANG DAH TAHU DALAM PAS RAMAI PARASIT PARASIT YANG MEMESONGKAN HALA TUJU PAS, TIDAK SEPERTI SEMASA DIBAWAH PIMPINAN ARWAH TUAN GURU NIK AZIZ DULU, PENIAGA PENIAGA DI MADINAH PUN TURUT MENGHORMATI DAN KAGUM DENGAN PERJALANAN ARWAH TGNA, PENGALAMAN SAYA SENDIRI BULAN MEI 2014, SEMASA MASUK DALAM SATU KEDAI MENJUAL KITAB DAN PAKAIAN DIMADINAH, SEORANG PAK ARAB SEDANG MENYUSUN KITAB, DIA MENOLEH KEPADA SAYA, DIA BERTANYA AWAK SIAPA??? SAYA DIAM, DIA TANYA A....? SAYA FAHAM MAKSUDNYA, SAYA GELENG KEPALA, DIA TANYA N....? SAYA GELENG KEPALA, DIA TANYA M......? SAYA GELENG KEPALA DIA TANYA HABIS SIAPA???? SAYA JAWAB TUAN GURU NIK AZIZ DIA DATANG PELUK SAYA DAN KATA, APA AWAK NAK AMBIL, AMBIL LAH, BERAPA BANYAK NAK AMBIL AMBIL LAH, TAK PAYAH BAYAR, BERIA IA DIA MENYURUH AMBIL, SAYA KATA NAWAITU SAYA NAK LIHAT SAHAJA, BARU DIA DIAM, SAYA TANYA DIA, DIA ORANG MANA, DIA JAWAB ARAB YAMAN, BEGITULAH ORANG LUAR PUN TAHU DAN HORMAT TERHADAP PEMIMPIN YANG LURUS DAN AMANAH, SEMOGA KITA SEMUA DIBERI PETUNJUK DAN DIKEMBALIKAN ALLAH KEJALAN YANG LURUS
Nak bgtau . Aku ada melawat ke satu unit di tempat kerja aku. Sambil berbual termasuk bab politik. Bila sebut shj pas semuanya hampir 5 orang dr umur 28-54 tahun mengatakan pas tidak boleh pakai kerana dah jadi tali barut umno/bn. Aku bertanya lagi pru 13 undi apa semua kata undi pas. Pru 14 mcmana undi pas lagi x....jawapannya tidak.
Tahu lah aku kini pas sudah ramai yang tolak.
Tunggu dan lihat shj
Post a Comment