Tolak parti tiada perjuangan bela agama
SHAH ALAM - Rakyat negara ini harus menolak parti-parti politik yang
tidak meletakkan asas perjuangan untuk membela agama dalam Perlembagaan
Parti.
Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, perkara
ini dapat dilihat dalam DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang
mana mereka membuka keahlian kepada semua kaum.
"Dahulu saya terfikir juga kenapa ada parti politik yang membina ruang keahliannya kepada pelbagai kaum dan agama.
"Berbeza dengan Umno dan Pas yang menetapkan keahlian parti hanya
kepada bumiputera dan beragama Islam," katanya melalui satu kenyataan
kepada Sinar Harian.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Subang berkata, menurut Bahagian
II Fasal 5 Perlembagaan 'Parti Keadilan Rakyat' menyebutkan: (5.4)
Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan
berpersatuan kepada semua.
"Perjuangan berasaskan kebebasan atau disebut juga sebagai fahaman
liberalisme adalah fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam.
"Sejak PKR memperjuangkan fahaman ini, pelbagai isu sosial telah
melanda masyarakat kita, antaranya tuntutan untuk kebebasan beragama
termasuk membenarkan orang Islam menukar agamanya," katanya.
2 orang berkata:
parti utk melayu islam hanya umno dan pas. dalam umno paling banyak penyangak melayu islam berpangkat HAJI dan HAJAH. pas walaupun parti utk lebai ulamak bagai tapi masih terpalit dgn skandal rm90juta yg masih belum dibersihkan, terbaru ni parti lebai cuba menipu rakyat bagi hutan kat cina tapi tak ada ofis.
Tolak parti gelek dangdut dan rock. Mereka mabuk dedak
Post a Comment