Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Apa lagi yang Ramli Nuh nak kata….kalau tak menjaja bantuan One-Off RM100 dan RM500???


KUALA NERUS - Dalam pada orang ramai berpusu-pusu untuk melihat dan mendengar ucapan anak-anak mahasiswa di surau Pak Tuyu, dekat sini, pada 15 Januari lalu, Umno Tepoh menganjurkan program DI Gong Sekolah, Mengabang Telipot.

Betapa susahnya Umno dan Barisan Nasional nak mengumpulkan orang untuk hadir satu-satu program, terpaksa mengadakan tiga acara dalam satu program.


Wakil Rakyat Umno Teluk Pasu, Dato’ Rahin Said sehinggakan tak boleh berucap, dek kerana letih menggatih basikal.

Cuba bayangkan…..terpaksa mengayuh basikal dari Teluk Pasu ke Mengabang Telipot yang jaraknya sejauh 13 kilometer! Demi nak tarik anak-anak muda yang kononnya akan mempertahankan Umno dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Ia sesuatu yang amat serius bagi Umno yang sedang memerintah, yang kaya, yang banyak wang, tapi tak dapat mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Anak-anak muda itu pula, ssebagaimana didakwa oleh Bekas Ketua Puteri Umno, Rusni Hasan, bukannya ikhlas masuk Umno, tapi sain boring masuk Umno kerana nak ‘pitih’ Dana Bakti Remaja.

Selain habis tenaga kayuh basikal, Rahin dari Teluk Pasu, kemudian Ramli Nuh dari Wakaf Tembesu, Umno terpaksa pulak habis belanja, buat makan dan beri bantuan, kononnya ‘masih ada yang sayang’.

Sedang rakyat yang datang berbondong-bondong untuk mendengar ucapan-ucapan dari Ehsan, Adam dan Safwan di Pak Tuyu, tak perlu tarikan ‘bodoh’ seperti yang Umno buat.

Yang datang bukannya Pak Mat dan Minah kampung, tetapi termasuk golongan menengah, atasan dan keluarga Di Raja!

Pastinya kemunculan Raja Bahrin pada majlis mahasiswa anjuran NGO MAMPAT, yang berjumpa sendiri dengan anak-anak menara gading itu, adalah bukti sokongan moral yang ikhlas!

Tetapi ikhlas lah orang ramai yang datang ke majlis Umno di menagbang Telipot itu??

Buktinya, dua orang penerima bantuan berupa hamper barangan dapur dalam Majlis tersebut terus lari meninggalkan majlis itu sebaik sahaja mengambil hak mereka !

Kalau tak ada wang, tak da makanan dan taka ada barangan yang akan diberikan, akan adakah orang yang mahu hadir ke majlis-majlis Umno?

Maka Rahin yang datang bergatih 13 kilometer sudah habis stamina nak berucap, tapi Ramli Nuh tak melepaskan peluang, bukan hanya berucap, bahkan berkempen dalam majlis itu.

Apa lagi yang Ramli Nuh nak kata…… kalau tak menjaja bantuan One-Off RM100 dan RM500!

Sebaik beri salam dan ucapan alu-aluan dia ‘gomo’ selalu.



“Acap kali dah kita bertemu, akhir tahun baru ni kita bagi bantuan RM100 seorang  wang batuan awal persekolahan bagi anak-anak,

“dalam tempoh minggu ini kita bagi bantuan

Ramli Nuh kata, inilah nikmatnya dibawah kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak dibawah kepimpinan Dato’ Ahmad Said

“BN janji nak beri RM500 kita bagi…” kata Ramli yang terlupa bahawa batuan RM100 dan RM500 itu bukan duit BN, tapi datang dari hasil cukai rakyat yang dikutip oleh kerajaan.

Bantuan One-Off RM100 dan RM500 itu bukan duit ‘mak bapak’ Umno dan BN.

Sekarang kerajaan Umno/BN yang perintah, jadi mereka diamanahkan oleh rakyat untuk menguruskan wang tersebut.

Kalau kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat yang memerintah, maka mereka pula yang akan memegang amanah tersebut.

Tidak perlu menjadikan ia kempen politik kerana sewajarnya kerajaan yang diberi amanah memberikan keselesaan hidup kepada rakyat.

Tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Pekan Semporna.

Itulah yang dikatakan oleh ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, Umno adalah parti kelakar!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.