Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ZAHID KENA BUKTIKAN UMNO BERUBAH.


ZAHID HAMIDI PRESIDEN UMNO BARU

KEPUTUSAN  RASMI SEHINGGA TAMAT PEMILIHAN

ZAHID HAMIDI 99 UNDI

KHAIRY JAMALUDDIN 61 UNDI

KU LI 30 UNDI

TAHNIAH UNTUK DR ZAHID HAMIDI YANG MEMENANGI PRESIDEN UMNO DAN DIA PERLU BUKTIKAN UMNO BERWAJAH BARU.

ZAHID YANG BERLATARBELAKANGKAN DIDIKAN AGAMA PERLU MEMBIMBING ORANG MELAYU KE ARAH KETAKWAAN.

DIA MESTI KOTAKAN JANJINYA UNTUK MEROBAH PEMIKIRAN ORANG MELAYU DAN MEMPERTAHANKAN BANGSANYA DI NEGARA INI.

DIA PERLU MENUTUP MULUT-MULUT CELUPAR YANG DATANG DARI KUMPULAN PEROSAK AGAMA YANG MULA BERLELUASA DI NEGARA INI.

TAHNIAH !

 -Pak Karamu-

 

Zahid Hamidi Sah Presiden Umno Yang Baharu


ZANID 99 UNDI KHAIRT 61 UNDI DAN KU LI 30 UNDI ADALAH UNDI MUKTAMAT.

Ketua Umno Bagan Datuk kini berada pada kedudukan selesa apabila mendahului dua pencabar lain untuk semakin menghampiri 'garisan penamat' dalam perebutan jawatan presiden Umno.

Setakat jam 8.15 malam ini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperoleh 58 undi berbanding Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memperoleh 47 undi.

Tokoh veteran yang cuba menjadi presiden Umno sekali lagi selepas 1987, Tengku Razaleigh Hamzah, sekadar mengumpul 22 undi.

Sebelum ini keadaan dilihat sengit apabila Ahmad Zahid dan Khairy masing-masing mengumpul 41 undi.

Sehingga jam 7.15 malam Tengku Razaleigh pula hanya mendapat 18 undi.

Keputusan itu diumumkan menerusi akaun Twitter Pemilihan Umno 2018.

Sementara itu bagi jawatan timbalan presiden, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan memperoleh undi 27 undi berbanding pencabar tunggal, Tan Sri Annuar Musa 16 undi.

Untuk jawatan naib presiden, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin tercicir sedikit ke tempat ketiga dengan 13 undi. Pendahulu ialah bekas menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (16 undi) dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (15 undi).

Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula masing-masing mendapat 14 dan empat 12 undi. Datuk Seri Ahmad Said memperoleh satu undi bahagian.

Calon ketujuh Sheikh Razali Sheikh Hamad konsisten gagal mendapat sebarang undi.

RAKYAT SEDANG TUNGGU UMNO AKAN DIMATIKAN ?

JIKA  AKAUN UMNO TELAH DIBEKUKAN  BERERTI UMNO JUGA AKAN TURUT MATI, MUNGKIN BANGUNAN UMNO JUGA AKAN TURUT DILELONG ?

BAGAIMANA DENGAN PARTI UMNO ?

PARTI UMNO JUGA TIADA SELAMAT, MAKA AKAN GEGAK GEMPITALAH NEGARA NANTI DAN SEBAGAI RAKYAT KITA SEDANG TUNGGU LAKONAN-LAKONAN YANG AKAN BERLAKU.
 
ADA PANDANGAN YANG MENGATAKAN BAHAWA AHLI UMNO PERLU BERPINDAH KEPADA PARTI BERSATU PIMPINAN MAHADHIR DAN MUHYIDDIN YASSIN ?
 
CERITANYA MACAM PAN NAK PANKAN PAS TAPI TAK BERJAYA. 
 
RAMAI YANG MENJANGKAKAN JIKA BERSATU BERJAYA MELUMPUHKAN AHLI UMNO, DAN MENGUMPULKANNYA KEDALAM BERSATU MAKA BARULAH BOLEH DIKATAKAN MAHADHIR DAN BERSATU BERJAYA !!!
 
KITA IKUTI APA YANG AKAN BERLAKU
 
-Pak Karamu-

 

Akaun beku: Umno beri kerjasama sepenuhnya kepada SPRM

AddThis Sharing Buttons

Zahid Hamidi
Zahid Hamidi
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berusaha membuktikan wang yang dimiliki Umno adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden berkata, Umno akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  berhubung pembekuan akaun bank ibu pejabat Umno dan akaun lain.

“Selagi memimpin Umno, saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap Umno. Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru beliau berharap semua ahli Umno akan bersama-sama  beliau dalam memastikan parti itu terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.

Beliau turut memberi jaminan sekiranya dipilih sebagai presiden parti pada pemilihan Sabtu ini, Umno akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Terdahulu hari ini pada satu majlis di Johor Bahru, Ahmad Zahid mendakwa  SPRM telah membekukan akaun Umno pusat. - Bernama

HATI ORANG TUA CEPAT MERAJUK !!!

ANDAINYA MAHADHIR LETAK JAWATAN MAKA PENGGANTINYA ADA WAN AZIZAH, ADA APA MASALAH ?

ANDAINYA ANGGOTA KABINET TAK BOLEH DITEGUR, DIMANA YANG DIKATAKAN KEBEBASAN BERSUARA ?

MEMANG KABINET BERHAK MENERUSKAN AJENDA MEREKA TANPA GANGGUAN DARI LUAR, TAPI YANG BUKAN KEPUTUSAN KABINET APA SALAHNYA ORANG LUAR MENEGUR !

SEBAB ITU ORANG-ORANG DALAM KABINET JANGAN CAKAP SEMBARANGAN, TERUTAMA DALAM MASALAH KEDAULATAN BAHASA DAN NEGARA.

KENA PAKAI AKAL LA, KALAU KATA ORANG LUAR MAKA ITU YANG DINAMAKAN RAKYAT, DAN KERANA RAKYATLAH TERBENANYA KABINETM JIKA BUKAN KERANA RAKYAT, MANA DATANG KABINET ?

APA YANG PENTING LAIN KALI KENA FIKIR BANYAK HAL, SAMA ADA ORANG DALAM KABINET ATAU ORANG LUAR, IAITU:

ORANG TUA CEPAT TERASA DAN MERAJUK, KENA JAGA HATI ORANG TUA

OPPP COOOT ! HATI ORANG LAMA !!!

-Pak Karamu-

 

'Anwar boleh ulas apa saja'

AddThis Sharing Buttons

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas mengulas berkaitan apa sahaja isu kerana beliau tidak berada dalam Kabinet.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kabinet akan tetap dengan keputusan sebaik mencapai persetujuan bersama.

"(Anwar) seperti orang lain. Beliau boleh ulas, buat apa saja komen... beliau bukan dalam kerajaan.

"Mereka yang tiada dalam kerajaan boleh beri komen. Mereka boleh kata apa saja tetapi kami adalah kerajaan," katanya dalam wawancara bersama Channel News Asia.

Malaysiakini melaporkan ada pihak yang tidak senang apabila Anwar mengeluarkan kenyataan berkaitan dasar kerajaan.

Sebelum ini, Anwar pernah menegur Menteri Kewangan, Lim Guan Eng agar menyerahkan tanggungjawab membongkar salah laku dan penyelewengan kepada menteri atau agensi lain.

Katanya, status sebagai Menteri Kewangan itu lebih sensitif yang mempengaruhi pelaburan asing.

Sebelum ini, laporan Moody's Investors Service yang menyebut fasa peralihan kuasa ketika ini mencetuskan ketidaktentuan polisi yang dibimbangi penganalisis akan menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi negara sekaligus menjejaskan keyakinan pelabur asing.

Sebelum memenangi PRU14, Mahathir pernah mengumumkan perancangan mengangkat Anwar sebagai penggantinya dalam tempoh dua atau tiga tahun namun tiada tarikh dinyatakan.

Melalui wawancara itu juga, Mahathir berkata beliau boleh bekerjasama dengan pihak yang tidak bersetuju dengannya.

"Saya sentiasa boleh kekal dan bekerja dengan mereka yang menentang saya. Ada ramai yang menentang saya tetapi saya (berjaya) menanganinya.

"Jika saya tidak dapat tanganinya, saya akan letak jawatan," katanya.

MENTERI KEWANGAN MALAYSIA BIADAB ?

HANG PA TAK PATUT TUDUH SEORANG MENTERI

YANG DILANTIK OLEH P.M BIADAB.

WALAUPUN RAMAI YANG TEGUR GUAN ENG, TAPI YANG TEGUR TU BUKAN MENTERI, MENTERI NI KIRA ORANG BESAR LAAA !

ALA, JANGAN TAKUT LA, SOK GUAN ENG MINTA MA'AF LA !

YANG PENTING DIA DAH TUNJUK KEBERANIAN DIA !!!

MANA HILANGNYA PAK BRAHIM ?

KECUTTTT !!! 

SEMENTARA ITU:

Terjemah bahasa Mandarin bila perlu saja


Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GUAN ENG MASIH BELUM MINTA MAAF, HANGPA NAK KATA APA ?

Bagaimanapun, Guan Eng berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan beliau akan mengambil kritikan serta teguran mereka terhadap perkara ini.

“Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia,” katanya.


Guan Eng cuma buat kesilapan kecil , alah Guan Eng tak sengaja ! kata Dr Mahathir


Guan Eng cuma buat kesilapan kecil kata Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata demikian ketika sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa Mandarin hanyalah satu kesilapan kecil yang tidak disengajakan.

ye tak ye gak, tak sengaja !!!

-Pak Karamu-

 

Guang Eng digesa minta maaf dalam Bahasa Melayu

AddThis Sharing Buttons

Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM -  Menteri Kewangan, Lim Guan Eng digesa mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan menghormati kedudukan bahasa rasmi negara.

Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kenyataan permohonan maaf tersebut mestilah dalam Bahasa Melayu.

“Saya terkilan dengan tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian di dalam Bahasa Mandarin dan bukannya dalam Bahasa Kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu.

“Tindakan tersebut sangat biadab, menghina dan merendah-rendahkan kedudukan Bahasa Melayu yang menjadi perkara asas bukan sahaja dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi dalam setiap amalan dan urusan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebagai negara yang mengangkat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tindakan sedemikian dengan jelas tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan amalan pentadbiran negara ini.

Mohamed Khaled berkata, Guan Eng seolah-olah lupa dengan pendirian sebagai ‘I am not Chinese, I am Malaysian' yang dinyatakan semasa di awal pelantikannya.


 

SIAPA SURUH ANUAR KERJA KERAS ?

RAMAI DIANTARA RAKYAT MAHUKAN ANUAR TERUS BEKERJA KUAT DAN MENGANGGAP TINDAKAN ANUAR BETUL.

MUNGKIN RAKYAT MAHUKAN ANUAR BEKERJA HINGGA SEPARUH NYAWA.

PADA WAKTU YANG SAMA:

 Anwar tidak dibenarkan terima pelawat

 Anwar Ibrahim
 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke hospital semalam tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini. 
 
Melalui satu kenyataan dikeluarkan keluarganya, kini pihak doktor sedang memantau dan menilai keadaan beliau.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya disebabkan kecederaan tulang belakang (Prolaps Disc).

-Pak Karamu- 

 

Anwar dimasukkan ke hospital

AddThis Sharing Buttons

Anwar Ibrahim
Anwar
(Ubah saiz teks
 
KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit di bahu dan bahagian belakang selepas tiba dari Turki petang tadi.

Ia disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan memaklumkan Anwar dibawa Ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Beliau dibawa dari rumah di Bukit Segambut menaiki ambulans menuju wad kecemasan.

“Beliau dibawa ke PPUM kerana mengadu kesakitan di bahu serta bahagian belakang selepas pulang dari Turki. Walau bagaimanapun, keadaan kesihatan beliau stabil, “ katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sebelum ini, Anwar menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur sebelum dibebaskan daripada hukuman penjara pada 16 Mei lalu.

Anwar juga pernah menjalani pembedahan bahu kanan pada Mac tahun ini.

BARISAN NASIONAL SEMAKIN MENGUNCUP

BERITA YANG SUDAH DIJANGKAKAN, KITA TUNGGU PULA KHABAR DARI MCA .

DAN ADALAH DIJANGKAKAN BAHAWA MIC AKAN MENYERTAI PAKATAN HARAPAN ?

MAMPUKAH UMNO MEMPERTAHANKAN BN ?

-Pak Karamu-

Gerakan umum keluar BN

AddThis Sharing Buttons

Gerakan
Gerakan
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Parti Gerakan hari ini mengumumkan keluar BN untuk menjadi sebuah parti bebas yang konstruktif.

Gerakan dalam satu kenyataan berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan (CGC).

"Keputusan ini dibuat selepas perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca PRU14.

"Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini, pemilihan parti di peringkat cawangan sedang berlangsung di seluruh negara. Ia selaras dengan matlamat kami untuk menyatukan parti dan ahli," katanya.

Menurut kenyataan itu, Gerakan wajar memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan, pemerkasaan dan ketegasan untuk memperjuangkan kepercayaan terbaik demi negara dan rakyat.

Mengulas lanjut, keputusan itu selaras dengan aspirasi, keperluan dan permintaan baru oleh rakyat pasca PRU-14 selain memutuskan bahawa Gerakan harus melakarkan hala tuju baharu untuk terus kekal dalam perjuangan.

"Kami keluar BN di bawah suasana yang baik, Gerakan akan memainkan peranan sebagai sebuah parti yang bebas dalam blok pembangkang untuk menjalankan semak dan imbang ke atas Kerajaan Pakatan Harapan.

"Kami akan bekerjasama dengan parti, individu dan kumpulan yang berkongsi fahaman dan perjuangan yang sama atas kepentingan nasional untuk memartabatkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi Malaysia," katanya.

Katanya, Gerakan sentiasa menjunjung idealisme politik, prestasi dan integriti sebagai aset selain menjadi perintis liberalisme, kepelbagaian kaum dan pragmatisme dalam politik Malaysia sekali gus berusaha memainkan peranan dalam sistem multi-parti yang matang.

Keputusan Gerakan itu menyaksikan BN kini hanya bertahan dengan tiga parti iaitu Umno, MCA dan MIC.

PAS JANGAN TEGOR DAP .... BIAR NEGARA MELINGKUP ! HIDUP DAP !!!!

HIDUP MAHADHIR KUTY, HIDUP GUAN ENG !!!

SIKAP MENTERI KEWANGAN BUAT MASA TERAKHIR INI MENYEBABKAN PELABUR AKAN TARIK DIRI ?

ITU PANDANGAN RAMAI PEHAK, TAPI YANG RAMAI ITU ADALAH MEREKA YANG TIDAK FAHAM POLITIK.

DIDALAM NEGARA INI YANG BIJAK PANDAI HANYALAH DAP DAN BERSATU, SEBAB ITU PAS TAK PAYAH TEGUR.

GUAN ENG DARI DAP MEMPUNYAI BOSNYA SENDIRI IAITU MAHADHIR KUTY

ANUAR ???

HI HI HI SIAPA ANUAR ? DIA HANYA BEKAS BANDUAN YANG MENDAPAT KEAMPUNAN AGONG.

RAKYAT  TAHU ANUAR HANYA BEKAS BANDUAN !!!

-Pak Karamu-

Guan Eng patut peka teguran Anwar



AddThis Sharing Buttons


Khairil Nizam Khirudin
Khairil Nizam Khirudin

(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng seharusnya lebih peka dengan teguran Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyarankan tanggungjawab membongkar salah laku diserahkan kepada menteri atau agensi lain.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata ketidaktentuan ekonomi hari ini dipengaruhi kenyataan-kenyataan Guan Eng yang tidak konsisten.

“Beliau seharusnya lebih peka dengan teguran Datuk Seri Anwar yang dilihat lebih selari dengan aspirasi rakyat berbanding terus kekal dengan mentaliti pembangkang.

“Keadaan ketidaktentuan ekonomi negara hari ini banyak dipengaruhi oleh kenyataan beliau yang tidak konsisten khususnya dalam menjelaskan angka sebenar hutang negara.

“Hal tersebut telah menjejaskan pasaran modal sehingga berlaku penarikan dana besar-besaran oleh pelabur luar negara dari Bursa Malaysia sehingga mencecah RM 5.8 bilion (paling tinggi pada tahun 2018),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, melalui wawancara khas bersama Astro Awani, Anwar berkata setiap kenyataan Menteri Kewangan akan merujuk terus kepada pelabur dan seeloknya tugas membongkar penipuan diserahkan kepada menteri lain atau SPRM.

Menurut Anwar langkah itu akan membolehkan Guan Eng memberi keutamaan kepada usaha meyakinkan pelabur.

Sementara Guan Eng melalui laporan media tempatan menghargai teguran itu namun beliau akan tetap membongkar skandal kewangan itu selaras dengan arahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Khairil berkata, kedudukan Guan Eng sebagai menteri telah bermasalah sejak awal lagi.

“Isu ini pernah ditimbulkan sendiri oleh Perdana Menteri dan Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) berhubung dua dakwaan salah laku Guan Eng sewaktu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Kes ini masih berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan ia jelas menimbulkan konflik berkepentingan. Berdasarkan integriti, beliau sewajarnya mengambil cuti sehingga kes beliau diselesaikan,” katanya.

NAZIR HUSSIN MASIH TIDOR

KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN ADALAH KERANA RAMAI AHLI UMNO YANG MENGUNDI PAKATAN HARAPAN, KAJIAN KAMU TAK BETUL !


ADA RAMAI ORANG UMNO KATA,"JIKA MEREKA MENGUNDI PAKATAN HARAPAN BERERTI JUGA MEREKA MENGUNDI UMNO SEBAB MAHADHIR, MUHYIDDIN YASSIN DAN MUKHRIZ ADALAH UMNO JUGA.


RAMAI ORANG UMNO YANG MENGUNDI PAKATAN HARAPAN SEBAB BENCI KAT NAJIB, DAN PUCUK PIMPINAN UMNO KENA TERIMA HAKIKAT INI


SEMENTARA PENGUNDI DARI PARTI MCA DAN GERAKAN  MEMANG MEREKA MENGUNDI DAP &PAKATAN HARAPAN, TAKKAN UMNO TAK TAHU KOT !


SIKAP AHLI UMNO YANG BODOH SOMBONG,  EGO,BONGKAKA  PERLU DIKIKIS HABIS, SEMUA INI JANGAN NAK DINAFIKAN.
UMNO HANYA BOLEH HIDUP JIKA MEREKA KEMBALI KEPADA DSAR ISLAM.

INGAT, KERAMAT HANYA ADA DALAM ISLAM !!!
-Pak Karamu-

Nazir mahu orang Melayu terbela dengan Umno



AddThis Sharing Buttons


 Nazir Hussin
Nazir Hussin

(Ubah saiz teks) 
 

KUALA LUMPUR - Umno amat memerlukan kepimpinan yang cerdas dan berkualiti serta berfikiran jauh bagi memastikan parti keramat itu bagi merampas kembali pentadbiran Pakatan Harapan.

Calon Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Nazir Hussin Ahktar Hussin berkata, kajian terkini di dapati, hampir pertiga pengundi baru (baru mengundi pertama kali) menolak kerajaan BN kerana percayakan janji-janji manis yang penuh keindahan yang ditaburkan Pakatan Harapan.

"Walaupun kini kita telah pun dimaklumkan mereka tidak mampu untuk menunaikan janji-janji yang mereka canangkan namun ia sudah tidak boleh berbuat apa-apa kerana kita perlukan lima tahun lagi untuk Umno merampaskan kembali kerajaan.

"Oleh yang sedemikian, Umno 2018 - 2021 amat perlukan dan dahagakan kepimpinan yang lebih dinamik dan berwawasan serta mampu menarik kembali sokongan rakyat terhadap kepimpinan BN yang diketuai Umno," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berharap, seluruh ahli-ahli Umno yang menyanyangi parti keramat ini untuk terus mempertahankan parti ini demi untuk merampas kembali tampuk pemerintahan Malaysia.

"Demi perjuangan orang-orang Melayu terdahulu yang terus berjuang untuk menaikkan martabat orang Melayu maka pemilihan Umno kali ini amat penting dan perlukan kepimpinan yang cerdas dan berkualiti serta berfikiran jauh.

"Perjuangan ini belum selesai dan saya akan pastikan orang-orang Melayu terbela dengan parti Umno ini," katanya.

ANUAR KATA JANGAN DEDAH, GUAN ENG KATA MAHADHIR SURUH

ANUAR KATA JANGAN MUNGKIN SEBAB KESELAMATAN,MAHADHIR KATA DEDAH MUNGKIN NAK BAGI TAHU RAKYAT, KESELAMATAN BELAKANG KIRA.
GUAN ENG TETAP BOGELKAN PENYELEWENGAN SEBAB SEKARANG BIG BOS ADALAH MAHADHIR, SO ? ANUAR JANGAN CAMPUR URUSAN MENTERI KABINET ERTINYA JANGANLAH ANUAR BUAT MENYEBUK !
DOK DIAM-DIAM SUDAHLAH !!! JANGAN CAMPUR URUSAN ORANG KABINET BUAT KERJA.
-Pak Karamu-

Guan Eng tetap bongkar skandal kewangan

AddThis Sharing Buttons

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Kementerian Kewangan akan terus membongkarkan semua skandal kewangan dalam tempoh masa 100 hari seperti diarahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, rakyat berhak tahu tentang kedudukan sebenar ekonomi dan status kewangan negara.

“Rakyat tidak mahu kerajaan sorok-sorok atau sembunyikan lagi. Semasa berjumpa dengan Datuk Seri Anwar (Ibrahim), beliau juga bersetuju.

“Kementerian saya akan terus membongkarkan semua skandal kewangan dalam tempoh masa 100 hari seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri. Kita harus berani kerana benar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan Astro Awani bahawa Guan Eng sepatutnya menyerahkan tanggungjawab membongkar salah laku dan penyelewengan kepada menteri atau agensi lain.

Menurut Guan Eng, beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan menteri lain mendedahkan skandal kewangan yang berlaku.

“Saya bukanlah Perdana Menteri dan tidak mempunyai kuasa untuk memberikan arahan kepada menteri-menteri lain bagi mendedahkan skandal kewangan yang berlaku dalam bidang kuasa Kementerian Kewangan.

“Tidaklah kena pada tempatnya untuk saya mengarahkan seorang menteri yang lain mendedahkan skandal kewangan kerajaan lama yang berlaku dalam Kementerian Kewangan yang disandang oleh saya,” katanya.

Katanya, beliau juga telah memberi penerangan kepada Anwar mengenai keadaan ekonomi negara dan skandal kewangan yang memudaratkan beban tanggungan hutang.

“Keadaan fiskal Kerajaan Persekutuan terjejas kerana hutang yang melebihi RM1 trilion seperti didedahkan Perdana Menteri ekoran skandal kewangan 1MDB dan perbelanjaan yang boros sebelum ini.

“Anwar juga terkejut dengan impak negatif meluas berhubung penyelewengan kewangan oleh kerajaan lama dalam bentuk memalsukan penyata kewangan, menyorokkan fail penyata kewangan dan menanda fail penyata kewangan berwarna merah khas untuk orang tertentu sehingga tidak boleh diakses oleh Ketua Audit Negara,” katanya.

Malah, katanya, Anwar juga faham bahawa semua pendedahan skandal kewangan berkaitan 1MDB dan skandal lain di dalam media dibuat atas arahan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata, beliau menghargai input Anwar dan mengalu-alukan pandangan ataupun maklum balas rakyat bagaimana untuk menyelamatkan ekonomi negara.

“Semua pandangan akan diterima dengan hati terbuka,” katanya.

AKHIRNYA DR ROSLI YANG PENIPU ?

TUTUP KES JE LA.
 
ATAU TUNGGU SIASATAN POLIS ? KALAU SIASAT SEKALIPUN JAWATAN MB TU DAH TIDAK ADA LAGI.
 
DOK DIAM-DIAM UDAH LE !
 
Pak Karamu- 
 

'Lantikan Amirudin melalui konsensus'

AddThis Sharing Buttons

'Lantikan Amirudin melalui konsensus'
MOHAMED AZMIN
(Ubah saiz teks) 
 
KLANG - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan pelantikan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dicapai melalui konsensus.

Kenyataan itu dilihat bertentangan sama sekali dengan dakwaan dibuat Adun Ijok, Dr Idris Ahmad pada sidang media di kediamannya, pagi tadi.

“Saya tidak mahu terjebak dalam polemik ini. “Perbincangan berjalan dengan baik dengan konsensus semangat untuk memastikan kesinambungan,” katanya selepas majlis mengangkat sumpah jawatan, di Istana Alam Shah, sini, hari ini.

Idris pada sidang media sejam sebelum majlis angkat sumpah Amirudin turut mengemukakan surat sokongan pemimpin-pemimpin Bersatu, DAP dan Amanah Selangor yang didakwa menyokong pelantikannya.

Surat sokongan berasingan pula ditandatangani oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam semua empat surat berkenaan yang ditandatangani awal bulan ini, nama Idris adalah calon tunggal yang dikemukakan oleh setiap parti.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa PKR mencalonkan Adun Sungai Tua selama tiga penggal, Amirudin dan Adun Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin sebagai calon untuk menteri besar.

Pelantikan baharu ini selepas Mohamed Azmin dipilih pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Idris dalam dakwaannya turut mengaitkan pelantikan Mohamed Azmin sebagai menteri besar untuk penggal kedua juga tanpa persetujuan dalam kalangan parti Pakatan Harapan (Harapan).

HASRAT JADI MB SELANGOR TERBANTUT KERANA PENYELEWENGAN WANG ?

WOW, ADA TUDUHAN TERHADAP DR IDRIS AHMAD ?
MUNGKIN SEBAB ITU DIA TIDAK TERPILIH KERANA DIKATAKAN TELAH MENYELEWENGKAN WANG PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI ?
DR IDRIS SEPATUTNYA BUAT LAPORAN JUGA PADA SPRM, BIAR MEREKA SIASAT, 
ATAU
JIKA DR  IDRIS TAHU SIAPA YANG BUAT ANGKARA TAK BAIK ITU MAKA DR IDRIS BOLEH BUAT SAMAN MALU, 
SEBAB 
NAMA DR IDRIS SUDAH ADA TITIK-TITIK HITAM SEBAGAI WAKIL RAKYAT, KEMANA JUGA DR IDRIS PERGI ATAU TELAH NAFIKAN SEKALIPUN MAKA RAKYAT AKAN JELING-JELING !
MELAINKAN
BUAT SAMAN MALU JE, JIKA  SIAPA YANG BUAT FITNAH,POKOKNYA KEPUTUSAN LAPORAN POLIS ATAU SPRM PERLU ADA UNTUK JERNIHKAN KONDAK.

SEMENTARA ITU:

apa sudah jadi ? ada apa hal !

 Idris dakwa Amirudin hanya dapat 'restu' Azmin

Idris dakwa Amirudin hanya dapat 'restu' Azmin

 - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr. Idris Ahmad mendakwa beliau merupakan satu-satunya calon dipersetujui oleh empat komponen parti Pakatan Harapan (Harapan) untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
  "Saya ada sokongan semua parti dalam Harapan manakala Amirudin Shari cuma mendapat restu (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di kediamannya pagi ini.

-Pak Karamu-

 Idris nafi skandal penyewengan PTPTN



AddThis Sharing Buttons


Idris nafi skandal penyewengan PTPTN
Idris (tengah) sudah pun membuat laporan polis, semalam.

(Ubah saiz teks) 
 

PETALING JAYA - Adun Ijok, Dr Idris Ahmad menafikan dakwaan terlibat isu penyelewangan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar Kolej Vision Kelana Jaya.

Beliau berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan berniat jahat untuk menjejaskan nama baik serta reputasinya sebagai wakil rakyat dan doktor sakit puan.

Jelasnya, penularan berita palsu beberapa hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu itu mempunyai agenda tersembunyi di sebalik pencalonannya sebagai salah seorang calon.

"Memandangkan seriusnya dakwaan ini saya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Damansara sekitar jam 7 petang semalam.

"Saya menyerahkan siasatan sepenuhnya mengenai perkara ini kepada pihak polis bagi membersihkan nama saya dan menghentikan perbuatan fitnah ini," katanya.

Beliau yang menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kolej Vision sejak 2005 berkata, kolej ditubuhkan bertujuan membantu masyarakat mendapatkan pendidikan perubatan.

"Hasil semakan dengan pengurusan kolej mengesahkan tidak wujud sebarang masalah atau salah laku berkaitan PTPTN atau dari Kementerian Pendidikan Tinggi sejak dibuka.

"Rekod saya bersih dan bebas rasuah malah saya pernah mengisytiharkan harta sewaktu bertanding bagi Dun Ijok," katanya.

HATI ORANG UMNO BERBELAH 7, UMNO TERUS BERPECAH !

RAKYAT NAMPAK BAHAWA UMNO MASIH BERPECAH BELAH
MALAH HATI-HATI MEREKA BERBELAH 7 KABILAH.

BEREBUT JAWATAN SEHINGGA BERBELAH 7 BUKAN MENCERMINKAN DEMOKRASI, TAPI MENCERMINKAN SIKAP GELOJOH NAK TUNJUKKAN SIAPA TERROR.

SEMASA PILIHANRAYA UMNO BERSUARA DAN MENGELOH "MENGAPA MELAYU BERPECAH  BELAH ? "
SEBENARNYA MELAYU YANG BERPECAH BELAH ADALAH TABI'AT MELAYU UMNO, HATI MEREKA MASIH BERSIFAT TAMAK DAN MABUK KUASA. 

KU LI BUKAN ORANG YAANG TERBAIK, SEBAB DIA PERNAH ROSAKKAN UMNO DAN MENUBUHKAN SEMANGAT 46, ERTINYA DIA PERNAH MENDERHAKA MELAYU, WALAUPUN DIA KEMBALI KPD UMNO.
BERTANDING SEHINGGA 7 PENJURU UNTUK MEREBUT JAWATAN PRESIDEN ADALAH LANGKAH BANGANG,
INI SEMUA LANGKAH DENDAM DAN EMOSI TINGGI.
-Pak Karamu-

 Persaingan buka lembaran baharu buat Umno



AddThis Sharing Buttons


Dr Sivamurugan Pandian
Dr Sivamurugan

(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Pertandingan tujuh penjuru melibatkan calon Presiden Umno membuka lembaran baharu dalam sirah riwayat Umno selepas keputusan PRU14 yang kurang memberangsangkan.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, perebutan jawatan selepas PRU14 amat penting bagi Umno untuk menunjukkan adanya perubahan kepimpinan yang komited selaras dengan perubahan landskap politik arus perdana.

"Walaupun ia menunjukkan keterbukaan, namun bukan kuantiti yang diutamakan, tetapi pemilihan calon yang berwibawa, sifat orang Umno dan bukan sekadar menjadi ahli Umno, tetapi juga berkredibiliti tinggi, reputasi dihormati di dalam dan luar parti, serta boleh mengangkat Umno dalam konteks gelanggang politik yang sudah berubah," katanya kepada Sinar Harian.

Sivamurugan berkata, tujuh calon presiden dilhat membuka luas gelanggang pertandingan atas nama demokrasi.

"Perwakilan mungkin sudah ada pilihan. Perpecahan undi boleh berlaku jika undian secara blok berlaku," katanya.

Meskipun calon datang dari pelbagai latar belakang, beliau berkata, tanggungjawab besar menanti mereka jika diberi amanah oleh perwakilan memegang jawatan tertinggi itu untuk membina semula parti.

"Ada calon yang tidak pernah memenangi pilihan raya atau bertanding dalam pemilihan sebelum ini dan ada pula calon yang sudah diuji banyak kali. Kepelbagaian latar wujud, tetapi tanggungjawab selepas menang amat besar untuk membina semula parti.

"Justeru, perwakilan tidak boleh lagi mengundi atas sentimen, tetapi undi atas prinsip perjuangan parti. Tujuh calon (memang) meriahkan pemilihan, tetapi adakah bilangan ramai yang dimahukan atau mencari yang terbaik dalam kalangan terbaik?," katanya.

Menurutnya, adalah penting untuk memastikan pertandingan itu berlaku secara sihat untuk merapatkan semula barisan parti selepas 30 Jun ini.

"(Calon) yang kalah perlu boleh terus mainkan peranan jika perjuangan adalah berasaskan kepada parti kerana pasca pemilihan amat kritikal untuk membina semula kepercayaan yang terhakis dalam PRU14," katanya.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.