Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO TERUS PROTES NAJIB


Lebih 200 lagi ketua cawangan akan tegur Najib
logo umno

PUCHONG - Lebih 200 lagi cawangan Umno dipercayai akan mengadakan 
protes kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan 
diadakan dalam satu majlis khas Jumaat ini.

Pendedahan ini disuarakan Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, 
Mohd Said Amidon.

Mohd Said berkata, perkara ini dijangka akan menjadi satu protes lebih
 besar kepada Najib.

"Selangor sahaja ada 22 bahagian Umno, sekurang-kurangnya 10 
cawangan setiap bahagian akan bersama kami dalam bantahan ini.

"Ramai ketua-ketua cawangan menyatakan persetujuan untuk
 bersama dalam majlis berkenaan nanti," katanya ketika ditemui
 semalam.

Beliau ditemui ketika mengadakan sidang media bersama 22 lagi
 ketua cawangan Umno dalam bahagian Puchong menegur 
kepimpinan

Dalam pertemuan berkenaan, beliau juga menegaskan tindakan 
mereka ini tidak mendapat sebarang habuan daripada mana-mana
 pihak, sebaliknya adalah tindakan mereka sendiri.

"Jangan salah anggap dengan tindakan kami ini seolah-oleh akan 
memburukkan parti, kerana sayangkan parti lah kami buat semua ini.

"Kami ini bukan hanya ahli Umno, tetapi orang Umno yang bersedia 
dengan apa jua tindakan, kami tidak gentar," tegasnya
.

TIADA KERJASAMA


Tiada kerjasama Umno, Pas di Selangor
Muzakarah

SHAH ALAM - Umno Selangor menyangkal dakwaan bekas Naib Presiden
 Pas, Datuk Husam Musa bahawa parti itu merancang untuk membentuk
 kerajaan perpaduan dengan Pas di negeri ini.

Menafikan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno
 Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, tiada sebarang
 kerjasama terutamanya berkaitan politik wujud antara kedua-dua 
parti itu.

"Juga tiada sebarang pertemuan dibuat oleh kedua-dua parti dalam
 usaha mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang didakwa," 
katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'My 
Rezeki Festival' di sini, hari ini.

Dakwaan Husam itu didedahkan menerusi sedutan video rakaman 
ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Bharu yang dikongsi
 di Facebook Husam baru-baru ini.

Pas menerusi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum 
ini menyifatkan dakwaan Husam itu tidak berasas kerana Pas hanya
 bekerjasama dengan Umno dalam  perkara yang menyentuh 
kepentingan negara dan rakyat sahaja. - Bernama

 

MUNGKIN DIA JANGKA KERAJAAN AKAN JATUH


Obama tidak hormati tuan rumah
Barack Obama
Obama menyampaikan ucaptama semasa Asean Sidang Kemuncak
Perniagaan Pelaburan 2015 hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama 
bertemu dengan pemimpin NGO pro pembangkang disifatkan sebagai
 tidak menghormati  tuan rumah, kata Setiausaha Veteran Umno, 
Datuk Mustapha Yaacub.

Beliau berkata, Obama patut lebih sensitif dengan perkembangan politik
 negara ini dengan menghormati pemimpin kerajaan terutamanya Perdana
 Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Veteran Umno kesal dengan sikap Obama yang tidak tahu
 menghormati tuan rumah Malaysia apabila beliau membuat 
keputusan untuk berjumpa dengan kumpulan pembangkang 
dan anti kerajaan ketika kehadirannya sebagai tetamu negara 
dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak 
Asean.

“Sikap seperti ini jelas menunjukkan ketua negara koboi itu mahu
 menunjukkan keangkuhannya dan tidak sensitif terhadap negara 
tuan rumah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mustapha turut mempersoalkan adakah perjumpaan Obama dengan
 kumpulan anti kerajaan itu sebahagian daripada tugas rasmi dalam
 lawatannya ke negara ini.

DAP MEMANG SELALU SEREKAP JARANG


Adun PKR paling tadah: Tuduhan LGE tiada asas
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng 

terhadap lima Adun PKR memihak kepada Umno didakwa tidak berasas

AMK Pulau Pinang dalam satu kenyataan mendakwa, Guan Eng sebagai
 ketua kerajaan negeri tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian 
kepada Adun yang menyokong kepimpinan beliau  sejak tahun 2008.

Kata kenyataan itu lagi, keputusan untuk tidak mengundi pada usul isu
 tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar itu tidak boleh dijadikan
 kayu ukuran untuk menuduh Adun PKR memihak kepada Umno.

Malah, katanya, Guan Eng sepatutnya menghormati pandangan berbeza 
yang dinyatakan oleh lima Adun itu.

“Mereka bukan semata - mata perlu menjadi boneka DAP walaupun 
Adun PKR adalah sebahagian daripada organisasi Kerajaan Negeri
 Pulau Pinang,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak Guan Eng menarik balik 
tuduhan yang dilemparkan serta memohon maaf atas tuduhan 
yang dibuat terhadap lima Adun PKR tersebut
.

YANG TIDAK ISTIQAMAH BIAR MEREKA BERAMBUS


Terus istiqamah bersama Pas walaupun diuji
 Terus istiqamah bersama Pas walaupun diuji
Ahmad (empat, kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pimpinan Pas.
 - Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU - Biarpun diuji pelbagai cabaran, namun Pas Kelantan 

mengharapkan penyokong dan kepimpinan yang ada dapat bertenang,
 di samping terus beristiqamah dengan perjuangan Islam.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sepanjang tempoh 60 tahun
 Pas di Kelantan, pelbagai perkara dihadapi dan ia ujian untuk menjadi 
lebih matang, sekali gus memastikan parti Islam itu terus berkubu
 di negeri ini.

“Kita telah melalui ujian demi ujian, selepas Muktamar baru-baru ini,
 beberapa orang tidak terpilih keluar meninggalkan Pas dan bentuk 
parti baharu. Kita tidak rasa tergugat.

“Kita mesti tenang, kita kena bersabar kerana ia baru sahaja bercambah
 sebagai benih dan belum diletakkan di suatu tempat untuk membesar.
 Kita perlu berikhtiar untuk meneruskan tanggungjawab yang kita pangku
 hari ini. Ini bukan pilihan tetapi kewajiban,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan 
di Medan Ilmu yang turut dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Tuan
 Ibrahim Tuan Man; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik
 Abdullah dan Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat
 Nawi yang juga pengarah program serta barisan kepimpinan Pas
 negeri.

Ahmad berkata, sambutan itu sangat penting khususnya di Kelantan
 untuk mengenang jasa pejuang yang bertungkus-lumus membentuk
 pentadbiran berlandaskan Islam.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan turut menghargai 
sokongan dan kepercayaan diberikan oleh rakyat selama ini untuk
 meneruskan legasi kepimpinan ulama yang ditinggalkan Allahyarham
  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam keadaan parti dan negeri 
menghadapi cabaran.

“Apa yang saya ingin tekankan, perancangan kita atur tidak akan
 berjaya tanpa adanya ikatan ketakwaan kepada ALLAH SWT,
 kepatuhan kepada keputusan yang telah digariskan sama ada
 oleh Majlis Syura Ulama, Pas

Pusat atau mana-mana keputusan dibuat perlu difahami secara teliti
, dan diterima dengan hati lapang, walaupun kadang-kadang ia tidak
 secocok dengan kita.

“Bersabarlah dengan keputusan, khususnya dalam situasi 
mutakhir ini kita diuji dengan parti baharu, bersabarlah dan
 yakinlah ALLAH SWT akan memberikan laluan mudah 
kepada kita. Perkara-perkara sebegini kita perlu tekankan
 dalam parti,” katanya.

Tambahnya, merujuk kepada apa berlaku mutakhir ini, 
banyak isu agak panas dan pandangan yang boleh menatijahkan
 sesuatu tidak baik kepada parti.

“Bagi mengurus hal ini, semua ahli wajib mendokong konsep
 dengar dan patuh kepada pimpinan tertinggi. Parti ada Majlis
 Syura Ulama dan Presiden. Ia persoalan asas dan adat tertinggi
 di dalam Pas  wajib difahami dan diamalkan semua ahli parti,” 
katanya
.

PAS JANGAN LAYAN KERENAH


Pas akui ubah pendekatan dengan Umno
Idris Ahmad
Idris ketika memberi ucapan dalam ceramah Sambutan 60 tahun Pas 
Kelantan 

KOTA BHARU – Pas akui parti itu menggunakan pendekatan berbeza

 ketika berdepan dengan Umno, berbeza dengan amalan yang 
dipraktikkan sebelum ini.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, walaupun terdapat pimpinan 
Pas mengadakan pertemuan dengan Umno, ia bukan bermaksud Pas
 akan menjalinkan hubungan politik dengan parti itu.

“Takkan lah kita jumpa orang Umno kita tidak boleh bercakap, nak 
macam itu ke, takkan kita nak balik kaedah lama balik, kalu jumpa 
orang Umno, nak tindih bayang pun tidak boleh,”

“Pas ini ada dasar, kita ada Majlis Syura, kita ada AJK Pas pusat,
Lajnah politik, jangan tuan-tuan runsing, tengok kepimpinan Pas minum
 kopi dengan orang Umno, terus kata nak masuk Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ceramah Sambutan 60 tahun Pas
 Kelantan yang diadakan di Dataran Ilmu, di sini malam tadi.

Isu kerjasama Pas-Umno kini kembali hangat diperkatakan apabila bekas
 Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendedahkan pimpinan parti itu
 mahu mewujudkan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke 12
 (PRU-12).

Dakwa Husam, tindakan itu gagal setelah kerusi yang diperoleh tidak
 cukup untuk mewujudkan sebuah kerajaan.
Dalam ceramah tersebut, Idris turut mengesahkan tiada perbincangan 
khususnya agenda untuk bergabung dengan Umno dalam mesyuarat 
Majlis Syura minggu lalu.

“Sebab itu tuan puan, setakat hari ini, jangan runsinglah, mesyuarat
 terakhir minggu lepas majlis syura, jawatankuasa Pas pusat tak 
pernah bincang pun nak masuk Umno ini, tidak ada, malah kita tegaskan
 lagi sekali, kita dengan Umno ini tak ada apa,”katanya.

Idris berkata, mereka yang menyertai Pas bukan kerana ikutan
 mana-mana individu sebaliknya kerana dasar parti itu yang mahukan
 Islam dimartabatkan.

“Kalau ada pemimpin Pas yang dekat dengan Umno, dia seorang sahaja
 dekat dengan Umno. Sebab itu tuan-tuan jangan bimbang tidak ada orang
 pas yang nak masuk Umno ni,”katanya
.

MAHFUZ SUDAH TIDAK PENTING DLM PAS


Mahfuz akui masih lagi ahli Pas
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
ALOR SETAR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan
 bahawa beliau masih ahli Pas dan tidak menyertai Parti Amanah Negara
 (Amanah) seperti yang hangat diperkatakan pada masa kini.

Beliau berkata, penyertaannya dalam banyak program anjuran Pakatan
 Harapan di Kedah adalah atas dasar rakan seperjuangan.

“Saya hadir (program Pakatan Harapan) adalah sebagai ahli parlimen kepada
 anjuran program yang diadakan dalam kawasan Pokok Sena.

“Ini bukan gimik untuk saya masuk Amanah, saya masih ahli Pas. Sejak 
sebelum PRU sampai hari ini, nak menang pun kami bersama menggerakkan
 usaha atas nama Pas dan DAP,” katanya selepas menghadiri program 
Kayuhan Gerek Anak Malaysia anjuran Pusat Komuniti Derga, di sini, semalam.

Menurutnya, kehadiran beliau dalam program anjuran DAP adalah dalam 
konteks pelbagai kaum dan agama, khususnya dalam kalangan generasi
 anak muda di Parlimen Pokok Sena.

“Saya tidak fikir kerana perbezaan ideologi politik kita harus bercanggah 
antara satu sama lain. Yang penting kita kena melihat soal kepentingan
 rakyat yang ada dalam kawasan kita,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk 
Seri Jamil Khir Baharom yang memfailkan saman terhadap Pengarah Pusat 
Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Akmal Nasir 
berhubung isu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), 
beliau menyifatkan ia hak masing-masing.

“Itu adalah hak dia (Jamil Khir) untuk saman Now. Tapi sewajarnya pihak 
berkuasa melakukan penyiasatan terhadap Yapeim.

“Walaupun penafian dibuat dalam Parlimen, tetapi persoalannya ialah 
penyiasatan yang dilakukan. Sebab itu wajar bagi Jamil Khir dan dua orang
 berpangkat dalam jawatankuasa itu digantung tugas sementara sehingga 
siasatan selesai,” katanya.

Mahfuz berkata, ia bagi mengelak mereka daripada menggunakan kuasa 
untuk menyembunyikan dokumen dan menekankan pegawai berkenaan 

daripada menyerahkan apa-apa dokumen kepada pihak berkuasa
.

KATAK LOMPAT PADA TEMPAT TAK DE DASAR

Dewan Dewan Undangan
Negeri Perak sedikit kecoh apabila ADUN Changkat
Jering Datuk Seri Mohamad
 Nizar Jamaluddin diperli
dengan bunyi 'suara katak'
oleh beberapa anggota dewan selepas bekas ADUN PAS itu diumum speaker dewan
sebagai 'pendatang baru' ahli dewan, kelmarin.

Permulaan dewan berjalan
 tenang namun bertukar kecoh yang mulanya berjalan tenang tiba-tiba bertukar kecoh hari ini apabila speaker dewan Datuk
Seri SK Devamany memaklumkan bahawa terdapat empat parti pembangkang pada
persidangan kali ini setelah ADUN Changkat Jering 'melompat' ke Parti Amanah Negara
 (Amanah) atau PAN.

Sebelum itu, parti pembangkang terdiri daripada tiga buah parti iaitu DAP, PKR dan PAS. 
Namun selepas krisis yang melanda PAS menyebabkan beberapa bekas pemimpin 
kecewa telah menyertai Parti Pekerja sebelum ditukar kepada Parti PAN.

Pengumuman speaker itu disambut dengan 'bunyi katak' oleh beberapa anggota dewan
 sebagai memerli tindakan Nizar yang diumpamakan sebagai 'katak' atas tindakan beliau ‘melompat’ parti.

CINA GILA


'DAP jangan menyibuk hal Umno-Pas'
Md Alwi Che Ahmad
Md Alwi Che Ahmad

KOTA BHARU - DAP diingatkan agar tidak mencampuri urusan parti
 lain terutamanya usaha kerjasama antara Umno dan Pas.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata,
 Pas atau mana-mana parti berhak bekerjasama dengan sesiapa sahaja
 kerana negara ini mengamalkan prinsip demokrasi.

“DAP sibuk kata Pas nak kerjasama dengan Umno, apa masalah DAP
 jika ia berlaku (kerjasama)? Dahulu DAP pun pernah kerjasama dengan
 Pas atau parti lain.

“Kita negara demokrasi, siapa nak buat kerjasama dengan siapa tidak
menjadi masalah. BN terdiri daripada 14 parti komponen dan Umno
adalah paling besar,” katanya.

Md Alwi memberitahu, kerjasama Pas dan Umno bukan untuk
membentuk kerajaan tetapi sebagai parti yang bertanggungjawab,
 ia amat sesuai dengan prinsip Islam.

“Bekerjasama dalam hal buat kebaikan, itu prinsip Umno dan Pas
 serta semua orang Islam, apa yang patut buat bersama kita buat,
 namun ada juga yang tidak boleh buat bersama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Md Alwi yang juga bekas Setiausaha Politik
 bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan
selepas PRU12, beliau pernah diminta mengatur pertemuan antara
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Abdullah tetapi
tidak tahu tujuan pertemuan tersebut.

“Dia kini Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah)
(Salahuddin Ayub) pernah menelefon saya dan bertanya boleh
 atau tidak saya aturkan pertemuan Abdul Hadi dan Perdana
Menteri.

“Jadi bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kena tanya
Salahuddin apa yang Abdul Hadi suruh dia buat, setakat itu sahaja
yang saya boleh cakap.

"Mengenai kerjasama Umno dan Pas di Selangor saya tidak tahu,”
 katanya.

Baru-baru ini, pada Majlis Demo Tanya, Ambo Jawab yang berlangsung
 di Kota Bharu, Husam mendakwa usaha untuk menyatukan Pas dengan
 Umno bermula selepas PRU12 apabila beberapa pimpinan Pas didakwa
mengadakan pertemuan dengan Abdullah di sebuah hotel di Kuala Lumpur
.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.