Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA NAK HEBUH-HEBOH SIAPA KASI AMBIK JE !

SIAPA YANG NAK BAGI ZAKAT AMBIL JE, TAK PAYAH NAK AMBIL KIRA SIAPA YANG BAGI, KAFIR HARBI KE ZIMMI KE BOLEH BELAKA, JANJI PITIH.

ADAPUN ISTILAH ZAKAT ADALAH MILIK ISLAM, TAPI PENGENDALI KAFIR, ISH , BOLEH BELAKA !

SEKARANGPUN MALAYSIA BARU DAN SEMUANYA SERBA BARU,

BERERTINYA JANGAN TANYA TENTANG ROH ISLAM, TAPI TANYALAH ISLAM LIBERAL YANG BOLEH BELAKA.

BOLEH BELAKA ! MANIS BELAKAA !

macam majikan dengan pekerjanya !

-Pak Karamu-

Lebih manis orang Islam agihkan zakat - Mufti Kelantan


Haspaizi Zain  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   


Tindakan wakil rakyat bukan Islam mengagihkan pemberian zakat tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan zakat itu sendiri, kata Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad.

Bagaimanapun katanya, adalah 'tidak manis' bagi bukan Islam berbuat demikian kerana ia memberi gambaran seolah-olah tiada orang Islam layak menguruskan agihan zakat.

"Isu sekarang adalah membabitkan isu pengurusan, ia tidak melibatkan soal hukum.

"Tetapi, lebih beradab dan lebih manis jika orang Islam sendiri yang menguruskan agihan zakat, bahkan amil-amil yang dilantik untuk mengutip zakat juga boleh mengagihkan zakat," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit mengundang kontroversi apabila bertindak mengedarkan kit bantuan zakat kepada penduduk Islam Ahad lalu.



Chun Kit dalam status dimuat naik di dalam laman Facebook menjelaskan kit bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP) itu diagihkan kepada penerima di Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bangkok Lane dan Kampung Herriot di Pulau Tikus.

Bagaimanapun, tindakannya menyerahkan kit bantuan zakat itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang menganggap perbuatan tersebut sebagai mencampuri hal ehwal agama Islam.

Ia kemudiannya mendapat respon Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor yang menjelaskan adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada bagi menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf berdasarkan sudut hukum fikah.

Menurut beliau, perkara itu hanya yang berkaitan dengan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kafarah.

'Tak pernah berlaku zaman nabi'

Bagi pendakwah bebas, Rasyiq Alwi pula tidak bersetuju dengan tindakan bukan Islam melakukan agihan zakat kerana ia membabitkan ibadah dalam Islam.

Jelasnya pada zaman Rasulullah SAW tidak pernah berlaku bukan Islam diamanahkan berbuat demikian walaupun ketika itu terdapat bukan Islam di kota Madinah.

"Saidina Umar al- Khattab pernah menolak usaha lantikan seorang Kristian dalam urusan zakat walaupun dia ada beberapa kelebihan. Ini kerana wujud para sahabat yang mampu mengurus zakat waktu yang sama Saidina Umar enggan urusan Islam dimasuk campur oleh kafir.

"Sebahagian ilmuan yang mengatakan harus mewakilkan orang bukan Islam untuk mengagihkan zakat itu adalah pada keadaan pemilik zakat, iaitu orang yang keluarkan zakat itu sendiri yang wakilkan sendiri kepada orang bukan Islam untuk diagihkan," jelasnya.

NEGARA MENGATASI AGAMA, BAIK PUNYA KONSEP


APA PANDANGAN ORANG AGAMA DAN ISLAM ?

DISEBABKAN NEGARA MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM, MAKA PANDANGAN DAIM ADALAH SELARAS DENGAN KEADAAN NEGARA DAN PEMERINTAHNYA.

HIDUP MALAYSIA BARUUU !

-Pak Karamu-

Daim: Memang agama penting tapi negara lebih penting

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Adalah penting bagi rakyat mengutamakan negara dalam usaha memupuk perpaduan dan memajukan negara, kata bekas pengerusi Majlis Penasihat Negara, Daim Zainuddin.

“Saya percaya nombor 1, perlembagaan itu penting. Kita mesti hormat perlembagaan, Rukun Negara.

“Selain itu, kita mesti ingat, pentingkan kita ini orang Malaysia. Kalau kita pentingkan Malaysia dulu, Insya-Allah, negara akan selamat,” katanya dalam temu bual dengan Astro Awani.

Menurut Daim, walaupun terdapat pihak yang memperjuangkan hak-hak Sabah dan Sarawak, serta mereka yang mengatakan agama adalah penting, namun tegasnya bahawa negara itu lebih penting lagi.

“Memang agama penting tapi negara lebih penting. Sebagi rakyat Malaysia kita kena pentingkan negara Malaysia dulu,” katanya.

Daim menjawab soalan daripada pengacara yang membandingkan rusuhan pasca pilihan raya di Indonesia dengan ketegangan politik di Malaysia yang semakin hangat.

RAKYAT BANGUN


KOREK KES NI SAMPAI LUBANG CACING

Peguam persoal alasan undurkan Syazlin dari inkues Adib

Hariz Mohd  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Tindakan peguam Syazlin Mansor mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pada masa sama mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues kematian anggota bomba berkenaan, sepatutnya tidak menjadi isu.

Bercakap kepada Malaysiakini, peguam Salim Bashir Bhaskaran berkata tiada sesiapa dibicarakan dalam inkues tersebut dan semua pihak yang terlibat hanya membantu koroner untuk mendapatkan penemuan.

"Pertama sekali, kita mesti tahu bahawa jika dia bertindak untuk kedua-dua kementerian dan pihak keluarga, itu boleh menjadi konflik kepentingan, saya tidak menafikannya.

"Tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu ingat bahawa ini adalah inkues. Dengan pihak-pihak (terlibat), tiada sesiapa yang sedang dibicarakan," kata Salim.

Salim berkata demikian mengulas penjelasan Peguam Negara Tommy Thomas berhubung penarikan diri peguam Syazlin Mansor daripada inkues berkenaan.

Thomas berkata Syazlin berada dalam konflik kepentingan apabila bersetuju mewakili kementerian itu, sedangkan beliau juga merupakan peguam keluarga Adib.

Peguam Negara juga menyatakan semua kementerian dan jabatan kerajaan dikehendaki mendapatkan nasihat perundangan dari Jabatan Peguam Negara ketika melantik peguam luar.

Walaupun tidak menafikan Syazlin perlu dilantik oleh kementerian itu setelah mendapat kelulusan AGC, namun Salim mempersoalkan arahan menyingkirkan Syazlin yang tidak kena pada masanya.

"Di bawah prosiding kerajaan, AG mesti memberi fiat kepada peguam peribadi untuk bertindak, itu jelas. Kerana di sini, Syazlin perlu mengambil fiat itu.

"Satu-satunya isu adalah mengapa bantahan itu tidak dilakukan sebelum ini. Kenapa isu ini (timbul) pada akhir pendengaran?" soalnya.

Salim juga menafikan dakwaan bahawa pelantikan Syazlin oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah konflik kepentingan kerana suaminya bekerja untuk menteri, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata isu itu tidak timbul kerana Syazlin mem berikan khidmatnya kepada kementerian itu secara pro bono.

"Tidak ada konflik kepentingan apa pun yang melibatkan suami dan semua itu. Secara teknikal, dia bertindak pro bono.

"Jika dia dibayar oleh kementerian, maka mungkin (ada konflik kepentingan), tetapi di sini dia bertindak pro bono," tegasnya.

MEMANG P.HALAPAN AKAN KALAH PRU 15

SEPATUTNYA TIADA MELAYU,CINA, IBAN, KADAZAN HINDU/MAMAK, YANG ADA HANYA MALAYSIAN IN MALAYSIA !

BARULAH TIADA HAPRAK.

-Pak Karamu-

Dr M: PH perlu nyatakan pendirian isu kaum bagi kalahkan Umno-PAS

Annabelle Lee  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Kerajaan PH perlu menyatakan pendirian tentang debat melibatkan kaum atau berdepan kemungkinan kalah dalam pilihan raya kepada Umno dan PAS yang menggunakan isu berkenaan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sidang medianya hari ini, Dr Mahathir turut mempertahankan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

"Saya tak nampak apa-apa masalah dengan Maszlee, dia suruh tukar kasut warna hitam sahaja.

"Yang lain semua okay. Yelah, pasal dia cakap sedikit berkenaan kaum, bukan bermakna dia rasis.

"Dalam parti kita, banyak orang cakap pasal kaum juga, orang yang dari keturunan India dia cakap selalu berkenaan kaum India, orang yang dari parti DAP yang Cina cakap pasal Cina, yang Melayu cakap pasal Melayu, yang Iban cakap pasal Iban, yang Kadazan cakap pasal Kadazan.

"Tapi mereka semua rakyat Malaysia, anda tidak boleh mempersoalkan kerakyatan mereka. Isu kaum lain," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas gesaan menyingkirkan Maszlee susulan kenyataannya berhubung kuota matrikulasi.

Pengerusi PH itu juga menegaskan bahawa PH perlu bersaing dengan Umno dan PAS dalam menarik sokongan orang Melayu.

"Anda perlu memenangi sokongan bumiputera.

"Terutamanya ketika ini Umno dan PAS bergabung dan menggunakan isu kaum dan agama untuk mendapatkan sokongan.

"Jika kita tidak menjelaskan pendirian kita tentang kaum, kita akan kalah dalam pilihan raya," katanya.

KEKADANG NAMPAK MACAM ADA ORANG TAPI SEBENARNYA MEMANG TAK DE ORANG !

'Bukan boikot' - Dr M pertahan Mukhriz isu tak salam Sultan Johor

Annabelle Lee  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Dr Mahathir Mohamad mempertahankan anaknya, Mukhriz Mahathir, dalam insiden tidak bersalaman dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar minggu lalu.

"Ia bukan apa-apa. Ada kala anda tertinggal sesetengah orang, itu tak bermakna anda memboikotnya.

DENDAM YANG TERUS MEMBARA ?


DEMIKIAN SIKAP /PERANGAI YANG SEMULA JADI !

Pemuda Umno Johor tuntut Mukhriz mohon maaf

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Pemuda Umno Johor menuntut Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir memohon maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Berdasarkan satu video pendek, Mukhriz kelihatan tidak bersalam dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar ketika sama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, semalam.

"Di sebalik ketenangan dan kesyahduan itu, Mukhriz Mahathir, menteri besar Kedah dilihat bertindak biadab dan hilang etika kemelayuannya apabila tidak bersalaman dengan DYMM Sultan Johor. 

"Sikap yang ditunjukkan beliau ini adalah sifat kebudak-budakan dan tidak berakhlak. 

"Apatah lagi beliau seorang menteri besar yang melakukan sedemikian rupa," kata Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Shah.

Mukhriz bagaimanapun memberikan isyarat sembah.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkongsi video yang memaparkan Mukhriz tidak bersalaman dengan ayahandanya, Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail berkongsi video disiarkan Twitter Friends of Johor yang menghentam Mukhriz, anak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad - yang hubungan dengan istana Johor tegang sebelum ini.
Video 14 saat itu telah ditonton hampir 50,000 kali itu, setakat laporan ini ditulis.

Malaysiakini telah menghubungi Mukhriz dan sedang menunggu penjelasannya berkaitan perkara itu.

SERAHKAN KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG UNTUK JAWATAN PERDANA MENTERI

Image result for image ku li

DI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA TIDAK DISEBUT JAWATAN PERDANA MENTERI ADALAH JAWATAN SEMENTARA.

JAWATAN PERDANA MENTERI TIDAK BOLEH ADA SESIAPA YANG MEMAKSA PERDANA MENTERI MELEPASKAN JAWATANNYA SEHINGGA TAMAT TEMPUH SATU PENGGAL. 

MELAINKAN PERDANA MENTERI SENDIRI SUDAH TIDAK MEMPUNYAI DAYA UPAYA UNTUK MENERUSKAN TUGAS TERSEBUT. DAN KETIKA ITU YANG DIPERTUAN AGONG BERHAK MELANTIK SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA DIANTARA AHLI PARLIMEN.

ANDAINYA ADA DIANTARA AHLI PARLIMEN YANG KURANG BERPUAS HATI KERANA TIDAK TERLANTIKNYA AHLI PARLIMEN PILIHAN HATI MEREKA   NENJADI PERDANA MENTERI  MAKA MEREKA AKAN MENAMATKAN KERIER POLITIKNYA, MAKA ITU ADALAH HAL PRIBADI

DALAM PERKARA JAWATAN PERDANA MENTERI INI JANGAN ADA KENYATAAN JOLOK-JOLOK KENYATAAN YANG MENGATAKAN PERDANA MENTERI ADA BUAT JANJI NAK SERAH JAWATAN SETELAH DUA TAHUN BERKHIDMAT.







SEMUA PIEM DAN MENTERINYA PERLU DISIASAT

ADALAH MAKLUM ADA DIANTARA MENTERI YANG DIBERSIHKAN MELALUI KRONI YANG BERKUASA. 

ADA DIANTARA MENTERI KELIHATANNYA BERKEADAAN MARHAIN, NAMUN ANAK-ANAK MEREKA HEBAT-HEBAT.

INI SEMUA MAIN SILAP MATA.

ADA DIANTARA MENTERI, KONONNYA BERSIH, NAMUN DIBERI KUASA KEMBALI, MUNGKIN INGIN MENGINTAI PELUANG UNTUK KRONI.

JANGAN HANYA BILA BERTUGAS BUAT ISTIHAR HARTA, BILA AKHIR TUGAS NYENYAK MEMBISU, MEREKA JUGA PERLU DI ISTIHAR HARTANYA.

-Pak Karamu-

 

'Jadilah Najib PM bongsu Umno'

Subky Latif  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
ULASAN | Najib Razak adalah perdana menteri bongsu daripada spesies Umno yang mungkin tiada lagi sambungannya hingga kiamat.

Kini mantan perdana menteri itu menghadapi lambakan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang jika satu-satu dibicarakan mungkin sekurun pun tidak habis. 

Mungkin kita perlu menunggu datangnya kiamat daripada menunggu semua kesnya selesai dibicarakan.

Mengikut sistem perundangan yang dipakai - termasuk undang-undang Islam - seseorang yang dituduh tidak bersalah hinggalah ia ditentukan begitu atau sebaliknya oleh mahkamah.

Mahathir Mohamad semasa penggal pertamanya dulu pernah berkata, seseorang itu tidak semestinya dihukum rasuah barulah kita boleh kata dia rasuah, tetapi disangsi bersihnya jika dia dilihat rasuah. 

Maka seseorang yang bersih rasuah itu bukan semata-mata bersih rasuah, tetapi mesti tidak dilihat rasuah.

Tohmah yang Najib hadapi kini sudah bertimbun, yang bakal dituduh juga bertimbun lagi. Tetapi apakah yang dilihat rasuah itu perdana menteri bongsu Umno itu saja?
Tidakkah dia mewarisinya daripada sekalian perdana menteri sebelumnya?

Enggan terlibat rasuah
 
Tiada yang sebelumnya ditakwil bersihnya kecuali Mahathir beberapa bulan sebelum menumbangkan Najib disuruhanjaya siasatan diraja dan disabitkan. Belum dikenakan hukuman.

Maka itu pun cukup untuk dikatakan tidak dilihat bersih.

Siapa di sepanjang 60 tahun merdeka tidak melihat Malaysia dan pemerintahannya negara rasuah. Cuma tiada jerung yang disebut dimahkamahkan. Semua kata, yang dimahkamahkan cuma bilis-bilis belaka.

Saya pernah diberitahu Almarhum Bahaman Samsudin, menteri dalam kabinet pertama Tunku Abdul Rahman sejak 1955. Dialah pencadang Tunku Abdul Rahman menjadi presiden Umno menggantikan Onn Jaafar dulu. 

Dia pernah jadi DO (pegawai daerah) Lumut dan Teluk Intan. Pada PRU 1955 dia bertanding di Hilir Perak yang kawasannya termasuk Bagan Datuk, Teluk Intan dan Pasir Salak sekarang. 

PRU 1959 dia balik ke tanah airnya di Negeri Sembilan. Tiada Umno menolak buntang dari ajak melainkan dia.

Awal 1960-an dia bersara politik. Saya jumpa dia di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. 

Saya tanya, mengapa dia tidak menjadi menteri lagi? Jawabnya, dia tidak mahu terlibat dengan kerajaan rasuah yang sudah bermula sejak merdeka.

Dia jarang keluar dalam surat khabar. Dia menteri yang tidak dikacau pembangkang di parlimen. Cakapnya boleh dipercayai.

Jika Bahaman boleh dijadikan saksi, siapakah dalam Umno yang dipercayai bersihnya?

Jadi bubur semua
 
Semasa mula-mula dulu tiada badan pencegah rasuah yang khas. Mungkin rasuahnya sekadar RM10 kerana berbasikal pada waktu malam tak berlampu atau langgar lampu trafik. 

Tunku mana pernah cukup duit. Elaunnya sebagai perdana menteri tak cukup. Menteri Kewangan ketika itu, Tan Siew Sin, dikatakan selalu bingung kerana cek yang Tunku keluarkan tidak berduit.

Kita tidak tahu apa yang Razak Hussein dan menteri-menterinya buat. Lepas 13 Mei 1969 Dr Ismail Abdul Rahman jadi timbalan perdana menteri dan BPR (Badan Pencegah Rasuah) dibentuk. 

Diangkatnya Harun Hashim jadi pengarah BPR. Ditangkapnya pembesar Umno termasuk menteri mesar. Menteri MCA pun ketakutan.

Selepas Razak menggantikan Tunku, BPR mulai lembik. Jerung tidak masuk perangkap lagi. Ia seolah-olah menghadapi bilis saja.

Dari zaman Razak hingga ke zaman Dollah Badawi Malaysia dirasakan sudah di belakang Indonesia, Filipina dan Thailand. 

Rasuah dilihat sebagai sebahagian daripada budaya bangsa. Parahnya rasuah, Abdullah tukar BPR jadi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bagi membendung rasuah.

Tapi beras tidak jadi nasi. Jadi bubur semuanya. Jadilah Najib perdana menteri bongsu Umno. SPRM sudah tidak bergigi. Tinggal gusi, gigi palsu pun tidak lekat.

Sejak lahir Najib hidup di tengah budaya dilihat rasuah. Sangkanya rasuah itu sebahagian watak Melayu. Dia sambung saja legasi semua perdana menteri sebelumnya.

SUBKY LATIF ialah bekas wartawan kanan dan veteran PAS. Artikel ini asalnya diterbitkan harakahdaily dengan tajuk "PM Umno hanya menyambung."
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

MALAYSIA DENGAN PILIHANRAYA MENGEJUT

SELAMATKAN NEGARA

BILA CACING SUDAH NAIK KEMATA, MAKA APA LAGI ?

PILIHANRAYA MENGEJUUUT !

-Pak Karamu- 

 

Ku Li beri amaran kemungkinan PRU15 secara mengejut


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   


Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa parti itu mula untuk bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-15 secara mengejut.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, persediaan itu termasuk berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi yang perlu dibincangkan bersama rakan parti pembangkang iaitu, PAS serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain. 

“Kita kena selesaikan supaya tidak akan berbangkit sesuatu yang memecahkan kita, kita juga kena ambil kira bukan Melayu yang selama ini menjadi kawan setia kita.

“Saya rasa kena mula sekarang, kalau pilihan raya mengejut macam mana? 

“Ya mungkin, kalau ada perubahan kepemimpinan, ada pilihan raya mengejut,” katanya dipetik oleh Utusan Malaysia.


Tengku Razaleigh, yang juga dikenali sebagai Ku Li, mengulas rancangan peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan bakal penggantinya iaitu Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, pemangku presiden Umno Mohamad Hasan menjangkakan senario yang berbeza.

Semasa ceramahnya, baru-baru ini di Sandakan, beliau memberitahu hadirin bahawa Mahathir tidak akan menunaikan janjinya untuk menyerahkan tampuk pemerintahan negara selepas dua tahun.

Mohamad sebaliknya mendakwa Mahathir akan membubarkan Parlimen dan supaya pilihan raya umum ke-15 dapat diadakan.

Begitu juga, bekas menteri di jabatan perdana menteri, Zaid Ibrahim juga percaya bahawa tidak semua pemimpin dalam Pakatan Harapan mahu Anwar menjadi perdana menteri.

"Saya tidak yakin pemimpin PH sebulat suara mahu Anwar mengambilalih.

"Jika mereka mahukannya, kenapa kita tidak boleh menetapkan tarikh? Ini bukan zaman Julius Ceasar di mana pewaris (Octavius) terpaksa dinamakan dalam surat wasiat kerana takut tercetusnya pergaduhan," ciapnya di Twitter pagi ini.


Katanya, setakat ini hanya DAP yang menunjukkan kesungguhan mengenai isu penggantian dan menyatakan bagaimana Lim Kit Siang menawarkan diri untuk bersara dari politik jika Mahathir tidak menunaikan janjinya.

"Bagaimana dengan Mat Sabu (Presiden Amanah Mohammad Sabu)? Saya harap (Presiden Bersatu) Muhyiddin (Yassin) berkata sesuatu. (Timbalan Presiden PKR) Azmin (Ali)? Jadi..,” katanya.

Semalam, Anwar mendedahkan bahawa perbincangan berkenaan peralihan kuasa dengan Dr Mahathir berjalan dengan baik tetapi beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikhnya.

Semasa ulang tahun pertama PH pada 9 Mei lalu, Mahathir berkata beliau akan meletak jawatan selepas menyelesaikan masalah yang diwarisi daripada kerajaan BN sebelum ini.

Diasak untuk mengulas lanjut, beliau menjawab: "Saya tidak tahu sama ada tiga tahun atau dua tahun, tetapi saya perdana menteri sementara."

BAIK PUNYA BERITA, SERAMPUN ADA

Isu LGBT: Orang luar tiada hak beri tekanan, kata Anwar

B Nantha Kumar  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Presiden PKR Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya agar Malaysia tidak tunduk kepada tekanan antarabangsa berkaitan isu LGBT.

"Kita perlu bebas, dan membuat keputusan apa yang terbaik untuk negara kita, mewakili aspirasi rakyat kita sendiri," katanya kepada pemberita dalam majlis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor, hari ini.

Jelas Anwar, meskipun Malaysia perlu mengambil kita pandangan komuniti antarabangsa, mereka tidak mempunyai hak bagi memberi tekanan.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pelakon Hollywood George Clooney yang menyatakan bahawa Malaysia dan Indonesia mempertimbangkan hukuman mati untuk golongan homoseksual seperti dilaksanakan Brunei.

The Star sebelum ini memetik Anwar mengakui bahawa ada isu berkenaan mempunyai kaitan dengan kemanusiaan dan hak asasi manusia.

Namun, kata beliau: "Tetapi untuk mencadangkan bahawa Amerika atau negara lain memberi tekanan kepada terma kita, untuk kita mematuhi, saya tidak rasa kita boleh mentadbir (negara) seperti itu.

"Kita perlu sedar bahawa kita mempunyai sistem sendiri dan kepimpinan bebas untuk mempertahankan kehendak negara dan rakyat.

"Mereka boleh beri cadangan, tapi, kita tidak perlu tunduk kepada tekanannya.

"Kita perlu sentiasa mempertahankan negara kita dan tidak perlu berasa tertekan dengan reaksi orang luar," tambahnya.

Semalam, Timbalan Menteri Luar Negara, Marzuki Yahya mengingatkan bahawa Clooney perlu lebih waspada dengan kenyataannya.

Clooney sebelum ini menyeru untuk memboikot hotel-hotel mewah yang dimiliki oleh Brunei, sejak kerajaan negara itu mempertahankan pelaksanaan hukuman mati untuk homoseksual. 

Clooney mendakwa boikot Brunei adalah satu "tembakan amaran" kepada Indonesia dan juga Malaysia.

Di Malaysia tiada undang-undang terhadap homoseksual, tetapi, seks di luar tabii dianggap sebagai jenayah di bawah kanun keseksaan.

Anwar sendiri telah dituduh berkaitan liwat, tetapi dibebaskan selepas pengampunan diraja selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum yang lalu.

Presiden PKR itu sentiasa menegaskan bahawa tuduhan ke atasnya termasuk pertuduhan liwat yang pada tahun 1999, direka oleh seteru politiknya.

DIBOGEL DI AKHBAR KERANA TAK PUAS HATI ?


Zaharudin: Kalau ada cuba simpan bawah karpet, saya lawan

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad menyambut baik langkah parti itu yang mengarahkan agar ahli parti tidak membincangkan isu dalaman parti secara terbuka.

Bagaimanapun, Zaharudin yang mendedahkan berhubung kewujudan "kartel dedak" dalam PAS menegaskan bahawa dia akan melawan sekiranya ada usaha pihak tertentu untuk menyembunyikan isu berbangkit tanpa sebarang tindakan.

"Alhamdulillah...Paling kurang kes ini dapat bawa ke jawatankuasa tatatertib dan disiplin.

"Semoga dapat diselesaikan secara tertutup. Tetapi jika ada usaha untuk simpan bawah karpet, Insya-Allah saya akan lawan," tulisnya di Facebook, petang tadi sambil memuat naik salinan arahan dikeluar parti itu.

PAS hari ini mengeluarkan perintah larangan terhadap semua ahlinya daripada membawa, membincang dan membahasakan sebarang isu membabitkan urusan parti di media mahupun media sosial.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan mengingatkan ahli partinya agar menyampaikan sebarang pandangan, pendapat, cadangan mahupun kritikan melalui saluran parti pelbagai peringkat. 

Takiyuddin berkata perintah larangan itu berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini, Zaharudin membangkitkan isu "kartel dedak", yang dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam PAS yang didakwa menerima wang daripada pihak tertentu.

Tanpa menyebutkan nama sebenar, Zaharudin turut mendedahkan lima ahli dalam kumpulan berkenaan.

Zaharudin mendakwa pendedahannya berhubung isu dedak mendapat restu Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun Abdul Hadi ketika ditemui media semalam, menafikan dakwaan menantunya itu.

CER BAGI PENCERAHAN SEKALI LAGI

 RAKYAT PERLU PENCERAHAN, BAGI MENGELAK KELUAR DI JALAN RAYA

Pemuda PKR: Takiyuddin perlekeh pengampunan Agong pada Anwar

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Pemuda PKR hari ini menggesa Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan menarik balik dakwaan dan memohon maaf secara terbuka kerana menggelar Anwar Ibrahim sebagai seorang banduan.

Kata ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, kenyataan Takiyuddin secara tidak langsung memperlekeh pengampunan diraja yang diberikan kepada presiden PKR itu.
 
-Pak Karamu-

PAS: Mahu kita jadikan bekas banduan sebagai PM kita?

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   
PRK SANDAKAN l Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri.

Takiyuddin membuat kenyataan itu ketika ceramah di Taman Indah, Sandakan pada Rabu lalu.

“Ada seorang cita-cita nak jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara tak tahu macam mana dia dapat pengampunan daripada (Yang di-Pertuan) Agong bertanding dalam PRK (Pilihan Raya Kecil) di Port Dickson.

“Paksa ahli parlimen yang menang pada PRU-14 letak jawatan. Dia bertanding, dia mahu jadi PM.

“Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah banduan. 

“Jadi mahu kita menjadikan seorang ini sebagai PM kita?” soalnya dengan hadirinya menjawab "Tidak."

Beliau berkata kesalahan yang dijatuhkan ke atas ‘bakal’ perdana menteri dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, yang menjadikannya keputusan berkenaan tidak lagi boleh dipersoalkan.

Ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan tidak bersalah Anwar dalam kes Liwat II oleh Mahkamah Tinggi. Presiden PKR itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada tahun 2015

Bagaimanapun, selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum tahun lalu, Anwar telah mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V Kelantan, ketika ini.

“Mahkamah Persekutuan bukan seorang hakim, lima orang hakim, Mahkamah Rayuan tiga orang hakim.

“Mahkamah Tinggi (cuma) satu orang (hakim). Mahkamah Persekutuan ada lima orang hakim telah bagi keputusan bahawa dia (Anwar) bersalah sebagaimana dia dituduh,” kata Takiyuddin.

DISEBABKAN MENTERI MELAYU/ISLAM MEMBISU

KESIMPULAN YANG KITA NAMPAK BAHAWA PEMIMPIN DI DALAM PAKATAN HARAPAN TIADA ILMU MEMIMPIN/MENGURUS KEMANUSIAAN.

DISAMPING DIANTARA PARTI DI DALAM PAKATAN HARAPAN ADA NIAT NAK JADIKAN MALAYSIA MACAM SINGPURA.

UNTUK MEMUJUK ISLAM, MUNGKIN SYI'AH ATAU WAHABI AKAN DIPERKENALKAN TERHADAP UMAT ISLAM DI NEGARA INI.

NAMUN RAKYAT SUDAH DAPAT BACA PERANAGAI DAN TUJUAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN TERHADAP NEGARA INI.

AKHIRNYA RAKYAT TIDAK MAHU PEMIMPIN YANG BISU DAN RENDAH AKHLAK DAN MENOLAK YANG TELAH MENJALANI HUKUMAN PENJARA KERANA AKHLAK KOTOR.

-Pak Karamu-

'Tak solat, kaki judi tetap akan marah bila Islam diusik'


Shakira Buang, Anne Muhammad dan Alya Alhajri  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   


TINJAUAN | Himpunan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang menghimpunkan ribuan peserta di ibu negara siang tadi disifatkan sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana rata-rata peserta perhimpunan yang ditemui Malaysiakini berkata melalui himpuan sedemikian rakyat dapat memperlihatkan apa yang membebani fikiran mereka selepas hampir setahun PH memerintah Malaysia.

Menurut salah seorang peserta himpunan, Akhmal Haris, 48, dari Jerlun, Kedah, kehadirannya hari ini bukanlah semata-mata kerana isu Statut Rom yang merupakan salah satu agenda himpunan itu.

Sebaliknya, Akhmal berkata ia lebih kepada ketidakpuasaan hati rakyat terhadap kepimpinan PH.

Akhmal (gambar) mendakwa selepas hampir setahun pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kerajaan terus-menerus memberi tekanan kepada rakyat khususnya dalam perkara melibatkan Islam.



“Saya sertai himpunan hari ini bukanlah kerana Statut Rom tetapi lebih kepada ketidakpuasan hati terhadap kerajaan.

“Pimpinan sedia ada hari ini dilihat sengaja memberi tekanan kepada rakyat, bukan sahaja isu Statut Rom tetapi semua apa yang berlaku di dalam negara ini,” kata Akhmal yang tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 10.00 pagi tadi dari Jerlun, Kedah.

Bagi Rohani Mohamad, 50, kerajaan PH hari ini didakwa gagal mempertahankan kedaulatan Islam yang merupakan agama rasmi negara.

Rohani (gambar, kanan) berkata kegagalan PH itu boleh dilihat daripada sikap diam diri barisan kabinet ketika wakil rakyat DAP membuat serangan dalam soal Melayu-Islam.


“Himpunan hari ini lebih kepada ketidaktegasan pemimpin kerajaan yang ada hari ini.
“Kita ini negara Islam, jadi adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menjaga kedaulatan Islam.

“Tetapi apa yang kita lihat hari ini dari apa yang dinyatakan pihak DAP, nampak sangat kerajaan banyak berdiam diri, lebih-lebih lagi bila DAP lakukan serangan dalam satu-satu isu. 

“Sepatutnya kerajaan perlu fikir kepentingan rakyat atau pun bertindak tegas terhadap serangan yang dibuat pemimpin DAP selain menunaikan janji-janji manifesto mereka,” katanya tanpa menjelaskan secara khusus insiden serangan DAP itu.

Menurut Rohani lagi, dia datang bersama 20 lagi rakannya yang lain sebagai sokongan penuh kepada kepimpinan pembangkang yang dilihatnya bersungguh-sungguh mempertahankan kepentingan Melayu-Islam.

Sementara itu, Azli Asmawi, 53 berkata kehadiran ribuan rakyat hari ini bukti rakyat mula sedar bahawa mereka telah ditipu oleh kerajaan pimpinan PH.



Kata Azli (gambar, kanan), kemarahan rakyat itu timbul ekoran tindakan yang disifatkan datang daripada pihak tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja menyentuh soal institusi raja dan Melayu-Islam.

“Daripada apa yang saya tengok kebanyakan orang Melayu dan termasuk keluarga saya yang pangkah (undi) PH dah mula sedar, dan nampak mereka kena tipu. 

“Dia kacau orang Melayu, Bumiputera, Islam, raja-raja dan sebab itu orang marah.

“Orang Islam, dia tak solat, kaki perempuan dan berjudi ke apa dia tetap akan marah bila orang lain usik Islam,” katanya.

Azli berkata keadaan negara hari ini juga meresahkan rakyat.

“Saya boleh kata ramai yang saya temui resah dengan apa yang berlaku hari ini, harga barang naik, (dakwaan) nak gugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalan, UEC, Statut Rom.

“Statut Rom ini, walaupun saya belajar sampai tingkatan tiga tapi saya banyak membaca. Kita tengok bila perdana menteri dah kata tarik balik ratifikasi Statut Rom, kenapa masih ada yang bising soal itu?

“Kalau BN sebelum ini mereka kata setuju dengan Statut Rom tapi mereka tak tanda tangan. Peguam Negara pun tak tandatangan, kenapa perdana menteri dengan peguam negara hari ini tak sama dengan kabinet? 

"Mereka ini tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain,” katanya.



Sementara itu, bagi Osman Abdul Rahman, 53 (gambar) matlamat beliau hadir ke himpunan petang untuk menyedarkan kerajaan PH bahawa mereka perlu mendengar suara rakyat.

“Kerajaan hari ini, kita tengok langsung tidak mempertahankan hak Melayu-Islam dan kalau kita tengok dari segi hak keistimewaan orang Melayu pun yang ada dalam perlembagan terus dicabar.

“Kita nampak dari segi Melayu-Islam dan Raja-raja kerajaan tak langsung pertahankan dan sebab itu matlamat saya hanya satu, iaitu mempertahankan kepentingan Melayu-Islam dan kedaulatan Raja-raja serta hak-hak orang Melayu,” katanya.

Kata Osman, sekiranya kerajaan gagal mendengar tuntutan perhimpunan ini tidak mustahil rakyat akan terus berdemonstrasi dari semasa ke semasa.

“Kita harap kerajaan dengar apa yang kita tak puas hati, lebih-lebih lagi yang melibatkan kepentingan orang Melayu. Ambil berat, kerana hak orang Melayu ini memang dah termaktub dalam perlembagan, jangan sesekali cuba menghakisnya.

“Kalau tidak rakyat akan terus berhimpun bagi mendesak kerajaan dengar suara rakyat,” katanya lagi.

SEMUA PEHAK BERHAK BERCAKAP PASAL POLITIK

POLITIK RAJA, RAJA BERPOLITIK.

POLITIK PIEM, PIEM BERPOLITIK.

DUA PEHAK BERHAK BERPOLITIK, JANGAN ADA GOLONGAN YANG NAK HALANG RAJA BERPOLITIK.

JANGAN INGAT ORANG POLITIK NAK KUASAI POLITIK DAN NAK HALANG ORANG LAIN BERPOLITIK.

PIEM ADA PENGIKUT, RAJA JUGA ADA PENGIKUT.

RAJA BOLEH BERCAKAP PASAL POLITIK KERANA RAJA ADA RAKYATNYA, CUMA SISTEM SAHAJA PERLU DIPERBETULKAN.

JANGAN INGAT KERANA SISTEM YANG BERAT SEBELAH MENYEBABKAN  TIDAK BERLAKU ADIL.

SEBAB ITU MARUAH KENA JAGA DAN ADAB KENA PERHATIKAN.

KERANA ITU:

MALAYSIA INI ORANG CINA PUNYA ORANG INDIA PUNYA, JANGAN INGAT MALAYSIA INI ORANG MELAYU PUNYA ?

-Pak Karamu-

PAS: Istana berhak beri pandangan, rakyat tak semesti terima


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


    Presiden PAS Abdul Hadi Awang berpendapat tidak salah sekiranya Institusi raja menegur kerajaan dan pada masa yang sama rakyat pula tidak semestinya menerima pandangan istana itu.

Hadi dipetik Harakahdaily berkata hal ini memandangkan konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini tidak sama seperti di United Kingdom.

“Raja Berperlembagaan ini, dia tak boleh pegang (ikut) kepada British. Raja Berperlembagaan ini ‘dikurung’ dalam begitu, dia boleh beri pandangan-pandangan dia dan rakyat tak semestinya terima pandangan dia,” katanya.

Jelas MP Marang, politik melibatkan semua pihak, termasuk Raja Berperlembagaan dan bukan setakat parti politik sahaja
"Istana juga berkait dengan kerajaan, berkait dengan rakyat. Mereka berhak memberikan pandangan mereka.

“Pada saya, tidak menjadi salah jika istana nak beri pandangan dia. Sebabnya, sesi pemerintahan kita ini merangkumi Istana, merangkumi kalangan politik.

“Politik itu melibatkan semua. Politik ini luas, bukan parti politik sahaja termasuklah Raja Berperlembagaan,” katanya. 

Hadi difahamkan membuat kenyataan ini susulan isu perbalahan Perdana Menteri Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan pihak istana, khususnya Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kontroversi antara Mahathir dan istana tercetus antaranya apabila perdana menteri mendakwa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu "terbatal" dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Tunku Ismail pula bertitah kepada peminat kelab bola sepak JDT: "Daripada tukar (jurulatih Benjamin) Mora, baik tukar perdana menteri," susulan kekalahan pasukan itu kepada Shandong Luneng dalam perlawanan Kejuaraan Liga AFC baru-baru ini.

Terdahulu, TMJ juga lantang mengkritik langkah kerajaan memeterai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang menyebabkan perdana menteri menarik balik komitmen Malaysia terhadap perjanjian tersebut.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.